1. Hudud ialah undang2 ciptaan Allah. Tak kira siapa yang memerintah, perlaksanaannya mesti dilakukan. Menolak hukum hudud bermaksud menolak hukum ciptaan Allah. Menolak hukum Allah hukumnya berdosa. Sebagai manusia , kita hanya melaksanakannya , bukan menolak.
2. Tak kira siapa pun yang memerintah , hukum hudud sepatutnya sama dan tidak berbeza. UMNO mahupun PAS yang melaksanakan hukum hudud mestilah berpandu kepada satu sumber iaitu Al-Quran. Sekiranya ada perbezaan antara hudud PAS dgn UMNO , maka yang salah tentulah orang yang melaksanakannya. Hukum Allah tetap sama.
3. Sekiranya perompak dipotong tangannya akibat kesalahan yang dilakukan, tidak kira hukum hudud PAS atau UMNO maka sipencuri harus dipotong tangannya. Sekiranya berbeza perlaksanaannya, maka yang melaksanakan itu sudah tidak bersumber kepada Al-Quran.
4. Baru2 ini Najib Razak meminta agar PAS melaksanakan dahulu hukum hudud dinegeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Beliau mencabar supaya dilaksanakan dahulu. Jangan dijadikan modal politik katanya. Sama ada bakal PM kita ini dangkal ilmu perlembagaannya ataupun memang dia Jahil Muroqab .... hanya beliau saja yang tahu.
5. Sejarah politik telah merekodkan bahawa kerajaan BN pimpinan UMNO menjadi batu penghalang bila PAS ingin melaksanakan hukum hudud ini di Kelantan mahupun Terengganu.
6. Kalau MCA , MIC, Gerakan ataupun PPP menolak hukum hudud....maka saya faham kerana parti mereka bukan berorientasikan ISLAM. Tapi yang menolaknya ialah UMNO yang katanya menjunjung Al-Quran. Ini yang saya pelik.
7. Saya percaya kalau pilihanraya ini diadakan bukan di KT, maka POLEMIK hukum hudud ini tidak akan dibangkitkan oleh UMNO.
8. Saya sokong perlaksanaan hukum hudud. Tak kira siapapun yang memerintah. Hukum hudud perlu diambil secara TOTAL dan bukan separuh-separuh.
ALLAHU AKBAR.
sent from my Nokia E 71 wireless device via vodafone Celcom mobile
Thursday, December 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment