Tuesday, December 9, 2008

Dah terantuk .... baru nak menyesal.

Tragedi Highland Tower 11 Dec 1993 merupakan tragedi yang maha dasyat untuk dirakamkan dalam calender pembangunan negara. Betapa rakusnya nafsu manusia atas nama pembangunan , maka banyak bukit2 hijau yang dikorbankan.

Dalam tempoh 15 tahun , lebih 30 laporan berkaitan tanah runtuh telah direkodkan. Banyak kejadian tanak runtuh telah berlaku. Namun apa yang kerajaan lakukan ?

Projek2 pembangunan di lereng bukit masih diutamakan. Tak perlu saya namakan. Ada banyak . Sama ada kita nampak atau tidak ... pembangunan masih dilakukan. Dalam hukum ekonomi , selagi ada permintaan, disitu ada penawaran.

Orang Malaysia nak duduk tempat yang ada privasi. Nak tengok pemandangan hijau bila bangun daripada tidur. Tapi mereka tak sedar .... kawasan sekitar Bukit Antarabangsa tu sebenarnya ada berlaku pergerakan tanah.

Saya insaf dan bersimpati dengan mangsa2 tanah runtuh. Tetapi yang menjengkelkan saya sebenarnya adalah elemen penguatkuasaan yang terlalu lemah Dah tahu ada banyak laporan .... terutamanya laporan tanah runtuh ... mengapa masih ada pembangunan terutamanya dilereng bukit ? Bukankan ini tindakan bodoh namanya.

Bila dah berlaku .... sibuk la pakar itu dan pakar ini memberikan pendapat. Kerajaan pulak seperti biasa .. barulah terhegeh2 nak dikuatkuasakan arahan supaya semua projek dilereng bukit dihentikan. Mengapa perlu tunggu sehingga 15 tahun ? bukanlah sepanjang tempoh itu ada banyak laporan dibuat ? Nak tunggu berapa orang lagi mati ?

Pihak Berkuasa Tempatan [ PBT ] yang mempunyai kuasa untuk melulus serta memantau pembangunan dikawasan terbabit juga menunjukkan sepanjang tempoh tu ... mereka terlepas pandang ataupun memang mereka sengaja tak nak tengok. Ini kawasan berisiko tinggi ... dah banyak laporan dan aduan dibuat ...yang sedihnya PBT masih lagi luluskan.

Saya pasti pembangunan projek2 lereng bukit ini ada yang diluluskan dizaman kerajaan BN berkuasa di Selangor. Kalau kerajaan Selangor sekarang pimpinan KhalidIbrahim pun turut sama meluluskan permohonan sebegitu ... maka kerajaan yang ada sekarang ni pun macam kerajaan Khir Toyo. Tak nak fikir panjang ... asyik fikirkan keuntungan.

Ada beberapa pertanyaan ulangan yang saya nak tanya . Nak tanya kat budak sekolah ... takut tak boleh dijawab. Nak tanya kat budak sekolah menengah ... berapa kerat antara mereka yang ambil berat tentang isu2 alam sekitar . Nak tanya kat budak universiti ..... boleh ke mereka jawab isu2 sebegini ? Terlalu ilmiah ? Nak tanya kat menteri ..... menteri semua sibuk Ada yang terlalu sibuk ambik rasuah ... terlupa ada isu2 sebegini yang perlu ditangani. Ahli Parlimen ? lagilah teruk . Asyik bergaduh saja di Parlimen.

1- Apa langkah2 pencegahan yang telah , sedang dan akan diambil oleh PBT dan kerajaan dalam menangani masalah Tanah Runtuh ?
2- Apa yang berlaku terhadap laporan2 " pakar " yang telah dikemukan untuk makluman kerajaan ?
3- Apakah cukup dengan hanya memberikan jaminan bahawa tiada lagi insiden Tanah Runtuh akan berlaku sudah memadai ? Apakah dengan menyalahkan hujan lebat yang berlaku sepanjang minggu membolehkan tanggungjawab seliaan PBT atau Kerajaan dilepaskan begitu sahaja ?
4- Nak tunggu berapa orang lagi " MATI " baru kerajaan nak haramkan projek2 pembangunan Lereng Bukit ? Nak tunggu berapa orang lagi Perdana Menteri baru nak dikuatkuasakan larangan ini ?

Cukup2lah dengan pencerobohan alam atas nama pembangunan. Alam banyak berbakti kepada manusia. Mereka juga perlu persekitaran yang stabil dalam hukum ekosistem manusia. Manusia yang rakus akan terima pembalasan. Mungkin bukan sekarang ... tetapi siapa tahu yang akan datang.

Mereka yang terlibat di Bukit Antarabangsa mungkin orang2 yang berada. Tak merasa sangatlah kalau rumah mereka terlibat kerana mereka boleh pindah ketempat lain. Tapi nyawa yang terkorban bagaimana ? Itu yang kita kena ambil berat. Harta boleh dicari .... nyawa bagaimana ?

ps : saya ada kawan yang dulunya duduk di Bukit Antarabangsa. La ni dah pindah sebab takut kejadian tanah runtuh berlaku lagi.

No comments: