Tuesday, December 9, 2008

Cuba kita renung .....

Dua lagi lokasi kritikal
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Taman Hill View dan Highland Towers merupakan dua kawasan paling kritikal yang boleh berlaku kejadian tanah runtuh ketika ini jika hujan berterusan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, tahap boleh runtuh di dua lokasi tersebut adalah kritikal, manakala di Bukit Antarabangsa pada tahap tinggi
.


Dah banyak orang bagi maklujmat ... kalau kerajaan buat pekak je ... memang le Karajaan ni Pekak Badak. Elok disembelih je . Dah diberitahu bahawa Bukit Antarabangsa berada pada tahap kritikal dan tahap tinggi ..... tetapi pembangunan masih dilakukan. Elok hantar Karam Singh Walia kesana .....

Lulus projek tanah tinggi hak negeri
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Semua kuasa untuk meluluskan projek pembangunan dan perumahan termasuk di kawasan tanah tinggi yang berisiko adalah di bawah kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana itu hak kerajaan negeri iaitu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).


Ini yang saya katakan Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan tidur. Saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Hak meluluskan sesuatu Projek hak negeri. Namun kerajaan boleh memantau melalui kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu. Kalau tak lulus , jangan beri lesen kepada pemaju. Senang. Itu pun tak boleh fikir ke ?

PUTRAJAYA 8 Dis. - Pemaju projek perumahan di Putrajaya akan dipanggil untuk berbincang bagi memastikan kegiatan pembangunan di kawasan berbukit di sini dijalankan mengikut peraturan bagi mengelak sebarang kejadian tanah runtuh.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga meminta Perbadanan Putrajaya sentiasa memantau cerun-cerun dan kawasan tadahan air di Presint 9 terutama apabila hujan berpanjangan.

Mengapa hanya di Putrajaya ? Tempat lain tak penting ke ? Ahli2 Parlimen kawasan lain tolong turun padang . Tengok yang mana ada kawasan lereng bukit. Panggil TV. Tapi yang sedihnya ... bila berlaku TV pun bersekongkol dengan Kerajaan BN.

Di Bukit Antarabangsa contohnya .... saya tak dengar apa YB Azmin Ali bercakap .... Tak ade TV yang panggil Azmin Ali & YB Zuraida Ampang untuk buat statement. Mereka ini ADUN & MP yang dipilih oleh orang kawasan sekitar. Yang lawaknya pelawak yang buat statement di TV ketua UMNO Ampang .... Ismail Kijo . Siapa dia ni ?



No comments: