1- Ada orang kata ; PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan joint balik bersama pakatan UMNO untuk kebaikan orang Melayu.
Syauqie cakap : UMNO dah lama menjahanamkan orang melayu. Ada baiknya PAS terus duduk dalam Pakatan Rakyat dan perbaiki kebejatan yang ditinggalkan oleh legasi BN sekiranya dapat memerintah negara. Orang yang dah berkuasa lama selalunya takut akan hilang kekuasaan dan terus memperbodohkan rakyat untuk terus berkuasa.
2- Angkatan Tentera Malaysia bengang sebab orang Bukit Antarabangsa cakap mereka tak buat kerja. Minum benda memabukkan waktu bertugas dan tak tolong mereka yang pindahkan barang2.
Syauqie cakap : Orang kaya tak semuanya jahat dan orang miskin tak semuanya baik. Ada orang kaya yang masih nak berlagak macam tuan walaupun dalam keadaan yang sedemikian. Baru suruh angkat baju satu beg ... riuhnya macam disuruh menyapu satu laman. Kecoh lebih.
Yang menolong buat jembatan sementara kat Bukit Antarabangsa tu sapa ? Hantu ... ? Jembalang ... ? Antara pihak ATM tu bukan semuanya baik. Ada jugak yang kaki curi tulang. Itu tak dapat Jeneral ATM nafikan. Bukan semua tentera tu baik....... manusia . Biasalah.
3- Kerajaan hari ini mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa 16 Disember. Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM.180 seliter kepada RM1.70 seliter.
Syauqie cakap : nak ucap terima kasih pun dah terlambat. Dulu masa naik 72 sen ..... tak ingat rakyat. La ni ... bila nak turunkan harga minyak ... terhegeh2. Bila Anwar Ibrahim berdebat dengat Menteri Bang^^g RTM bahawa harga minyak akan turun, menteri cakap bahawa kerajaan akan bangkrap bila kita turunkan harga minyak. Bila Dollah turunkan harga minyak sekarang ...... tak pulak dikomplennya. Bodoh .......
4-Kementerian Pengajian Tinggi tidak berhasrat untuk campur tangan urusan Kementerian Pelajaran dalam memansuhkan pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebaliknya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian itu untuk memperhalusi sistem itu demi masa depan pendidikan negara.
Syauqie cakap : Inilah menteri yang kita lantik. Bebudak yang belajar di sekolah rendah ni akan masuk universiti. Kalau menteri ni tak nak masuk campur macam mana ? Cubalah ambik berat sikit apa yang berlaku. .... Bodoh tak boleh diajar , pandai tak boleh diikut. NOKTAH
Tuesday, December 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment