PUTRAJAYA 19 Dis. — Rancangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN) ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Run Razak, hari ini.
IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.
Semalam, Sime Darby berkata, kerajaan secara dasarnya memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi. - Bernama
Syauqie : Aduhai ... mengapa la Najib Monggol ni tak fikir panjang. Mampu ke makcik2 yang anknya dimasukkan ke IJN membayar bil2 yang dikeluarkan sekiranya IJN diswastakan ? Adeke lagi swasta2 dan konglomerat2 bajingan yang masih fikirkan tentang erti kebajikan berbanding keuntungan ?
Swasta pentingkan keuntungan , sedangkan kerajaan melalui MoF menggunakan duit rakyat untuk memberikan pertolongan kepada IJN. Jangan swastakan IJN. Kita tak mahu IJN menjadi satu lagi bajingan sime darby untuk membuat keuntungan seperti PLUS.
Sudah sudahlah tu membodohkan rakyat Malaysia ni wahai Najib.....
SEOUL 19 Dis. – Akhbar-akhbar Korea Utara menyokong tindakan seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dengan menegaskan, ia merupakan tindakan yang sangat patut dilakukan.
Kat Malaysia ni pun kalau pemimpin2 dia kuat berbohong ... dalam siri ceramah ke , perhimpunan ke , Parlimen ke .... memang elok dibaling dengan selipar jepun. Yang suka pusing2 cakap .. pun sama gak . Elok dibaling dengan kasut jugak. Bila cakap berlapik tak faham ... maka dengan balingan kasut ni .. mereka akan faham.
Wajarkah IJN diswasta?
Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri
Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun RazakTimbalan Perdana Menteri
Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi LekTimbalan Presiden MCA(Bekas Menteri Kesihatan)
Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy JamaludinNaib Ketua Pemuda UMNO
Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir MurshidPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby
Tengoklah bila mereka bercakap. Bunyinya macam pemimpin yang paling adil. Tapi disebalik permainan politik mereka.... tujuan mereka hanyalah nak melingkupkan orang lain... seterusnya membuncitkan perut2 mereka serta kroni. Cuba tengok siapa disebalik Sime Darby ... anda akan jumpa kawapannya.
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO sebagai badan yang paling lambat bertindak menangani masalah dalaman parti itu.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, kelewatan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap beratus-ratus aduan mengenai amalan politik wang dan rasuah dalam pemilihan UMNO yang lalu seakan-akan mahu perkara itu dilupakan secara perlahan-lahan.
Syauqie : Hello kawan ... orang semua dah tau yang UMNO memang lembab dalam menangani isu ini. Tak kan baru perasan kot. Saya percaya ... end of the day ....semua ini akan hilang dan dilupakan .. kerana satu perkara. Rasuah dan UMNO sudah jadi darah daging. Susah nak dipisahkan. Kebanyakkan pemimpin besar mereka memang perasuh , menerima rasuah , korup dan bermacam2 kebejatan lagi.
Ingat lagi pemimpin UMNO yang raba punggung ... Jamaluddin Jarjis ? Bukankah ini semua bukti berlakunya kebejatan dalam parti yang sudah ditolak itu .
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Masyarakat tidak harus melihat keanggotaan ahli politik di kalangan empat tokoh terkemuka dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dikhususkan kepada kalangan anggota Barisan Nasional (BN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pengertian ahli politik turut merangkumi tokoh dan anggota parti pembangkang yang mungkin juga boleh dilantik menganggotai SPK.
Bagaimanapun katanya, pelantikan keanggotaan bagi kategori itu terletak pada keputusan suruhanjaya dan Perdana Menteri yang berhak melantik mana-mana tokoh yang berkelayakan dan memenuhi kriteria.
Syauqie : Kalau yang bercakap Nazri Aziz ... janganle korang percaya sangat. Merepek banyak. Cakap macam tin kosong. Ingat lagi apa dia cakap dulu pasal status Tun Salleh Abas ? Dipecat .... berhenti awal .... ? entah apa2 la yang dicakapkan oleh mamat ni. Rubbish.....
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) memberi tempoh kepada Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sehingga 15 Mac depan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Saya ugut menteri Hishammuddin agar dia meletakkan jawatan. Apa-apa yang kementerian lakukan sekarang ini berhubung PPSMI ini memang salah.
"Kita akan hantar notis dan beri tempoh sehingga 15 Mac sahaja menjelang Perhimpunan Agung Umno. Kalau tidak, kami akan buat laporan polis. Kami sedang menyusun beberapa perancangan berhubung hal itu," kata Ketua Dua Gapena Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.
Syauqie : Buatlah wahai Gapena walaupun sebenarnya dah terlambat. Akhirnya ... Hishammudin masih dengan pekak badak dia. Penat you all cakap ... end result masih macam tu jugak. Dasar menteri pekak badak.
Khas untuk Warga Kuala Terengganu ......
Gurindam Nik Aziz :
Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS
Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.
Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh
Syauqie : Rokok telah difatwakan haram . Namun kerajaan negeri banyak tak setuju lalu tak diwartakan. Akhirnya ... Fatwa sedemikian masuk dalam bakul sampah.
Dah banyak diberitakan tentang bahaya merokok ... tapi degil dan tegarnya perokok ni hanya tuhan sahaja yang tahu. Ayuh kita benteras rokok.
Kerajaan membayar pencen sebanyak RM45.7 juta sebulan kepada 1,207 bekas Ahli Parlimen atau keluarga mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor tidak menerima sebarang pencen seperti didakwa beberapa Ahli Parlimen pembangkang pada sesi Dewan Rakyat semalam.
Katanya, apa yang diterima Abdul Rahim hanya elaun ihsan sebagai ganti pencen selepas beliau dijatuhi hukuman penjara dua bulan kerana kesalahan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokap Bukit Aman pada tahun 1998.
Syauqie : Saya dah cakap tadi ... kalau NAzri Aziz yang bagi statement ... baikle korang tengok dulu kesahihannya dan fikirkan 3 - 4 kali supaya malaun nie tak " tersalah " cakap lagi. Jangan percaya bulat2. NOKTAH
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment