1- Shahrizat menghormati silaturrahim bersama Rafidah
04/12/2008 6:51pm
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hubungannya dengan Tan Sri Rafidah Aziz tidak terjejas dan masih baik, di sebalik keputusannya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
Menurutnya, adat di dalam pertandingan, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama untuk menang ataupun kalah dan walau apa pun yang terjadi, ia tidaklah perlu sehingga menggugat silaturrahim. - Utusan Melayau
Cakap orang politik mana ada yang boleh dipercaya. Baik dimulut tapi kadang2 di hati .... hanya tuhan saja yang tahu. Dulu baik ... la ni gaduh. Dah disuruh turun ... pun tak mahu turun2 lagi. Pidah ... oh ... Pidah.
PDRM buat pengambilan khas tambah pegawai keturunan Cina
04/12/2008 6:41pm
oleh Azian Aziz
SHAH ALAM 4 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membuat pengambilan khas pada tahun ini bagi menampung kekurangan pegawai polis yang berketurunan Cina dalam pasukan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pengambilan khas itu telah dibuat pada September lalu dan ia melibatkan seramai 97 pegawai berpangkat Inspektor.
Menurutnya, pengambilan mereka dibuat hasil saringan daripada pelbagai cara termasuk permohonan calon yang berminat dan cadangan nama-nama calon yang sesuai daripada pihak institusi pengajian tinggi (IPT). - Malayau
Elok jugak diambil pegawai2 polis yang berpangkat ni daripada bangsa selain Melayu. Kita galakkan ramai rakyat yang berbilang bangsa join pasukan keselamatan. Yang jadi persoalannya ... mengapa terlalu lama nak rectified the problem ? IGP tak tahu nak anticipate problem sebegini rupa ? Tak buat staffing projection ke ? banyak makan rasuah ... kerja tak ikhlas. Pasal tu la banyak yang perut buncit.
Tiada pilihan raya negeri lebih awal
04/12/2008 6:43pm
KUCHING 4 Dis. – Kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun depan sekali gus menafikan ramalan pembangkang bahawa pilihan raya negeri ke-10 diadakan lebih awal.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masih terlalu awal untuk mengadakan pilihan raya memandangkan ia baru sahaja diadakan pada Mei 2006.- Malayau
Bila dah takut .... macam2 alasan yang diberikan Sarawak antara negeri yang kaya dengan hasil tanah . Tapi apa yang rakyat mereka dapat ? Yang dapat semuanya keturunan2 sepapat Taib Mahmud dan kroni2 BN. Bangsat ....
Thursday, December 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment