Tuesday, December 30, 2008

Yang pelik tapi berlaku

Bila tiba musim pilihanraya
Banyak perkara yang pelik tapi berlaku
Calon YB cuba nak tonjol muka
Calon YB cuba nak pancing selera
Calon YB cuba nak jadi 'hamba'
Calon YB cuba nak jadi ' kita '

Bila tiba musim pilihanraya
Surau, pasar, warong, dewan semuanya penuh
Calon YB sembahyang di surau
Berkain pelikat pakai selipar jepun
Pakai kopiah atau bersongkok
Tak pakai sepatu mahal serta berstocking
Takut dipanggil kumpulan elitis bukan marhain

Cuba tengok YB diwarong
Bersembang dengan orang biasa
Umpama kawan masa kecil
Cuba nak jadi baik ....belanja teh ...apalah sangat
Semua sebab nak jadi YB

Dipasar pun sama cerita
Calon YB cuba nak perggi tempat ikan basah
Cuba nak pergi tempat sembelih ayam
Cuba nak pergi tempat kukur kelapa
Walau kekok sebab buat 5 tahun sekali
Tapi diri mesti merendah dan tak boleh hidung tinggi
Nanti undi tak menjadi

Biar berpura untuk menjadi YB
Ini hakikat yang kena ditempuhi
Ala....5 tahun sekali berlakon begini
Apa yang heran ...semua boleh terjadi

Ini ragam YB sebelum dipangkah
Bila dapat gelaran YB.....itu perkara mungkin boleh terjadi
Hidung tinggi kepala besi .... Semua boleh
Sebab aku dah jadi YB
Seronok jadi YB hanya para YB yang boleh kongsi

Maimun Yusof - 89 tahun & Pilihanraya

1. Saya masih tak faham waktu pilihanraya March 08 yang lalu berkaitan tindakan Maimun Yusof @ Tok Mun bertanding bagi merwbut kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

2. Tindakan beliau pada pandangan banyak pihak membuktikan bahawa proses demokrasi sebenarnya subur di Malaysia. Sesiapapun berhak utk bertanding atas nama demokrasi.

3. Saya pula menyifatkan tindakan beliau bertanding pada Mar lalu sebagai satu lagi lawak jenaka pilihanraya. Apa yang boleh disumbangkan oleh Maimun kepada masyarakat KT khususnya , hanya org sana saja yang tahu.

4. Walaupun ditegah oleh kaum keluarga terdekat beliau , tapi oleh kerana proses demokrasi masih diamalkan dan menjadi teras, maka Maimun Yusof bertanding. Dan seperti biasa telahan saya ....beliau tewas dan hilang wang pertaruhan.

5. Kali ini dalam pilihanraya KT yang akan datang beliau juga dikhabarkan akan bertanding. Masih lagi nak mencuba. Tapi dalam akhbar online hari ini ...beliau dah serik nak bertanding. Pada saya eloklah. Tak ade apa yang dapat beliau sumbangkan menjelang usia emas beliau.

6. Saya bukan bersifat sakarstik, tapi ini realiti. Tanpa jentera dan wang yang banyak ...hampir mustahil calon seperti Maimun boleh diangkat menjadi YB. Umno dan PAS mempunyai kekuatan tenaga dari akar umbi yang menyebabkan mereka masih relevan di KT.

7. Tetapi lain ceritanya kalau Umno ambik Maimun jadi calon. Peluang utk beliau menang tetap ada sebab Umno kuat.

8. Pada saya pilihanraya adalah proses memilih calon yang boleh memberi khidmat kepada kita. Bukan proses nak memberi jawatan YB. Tak kira parti apapun yang kita pilih, kita nak YB yang punya akal utk bercakap dan boleh membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.

9. Tapi masalah yang berlaku pada YB 2 sekarang ni berbeza. Saya akan ulas pada topik yang akan datang.

10. Untuk yang bertanding .....selamat bertanding. Sehingga saat ini PAS masih lagi belum mencalonkan sesiapa utk merebut kerusi KT. Sedangkan UMNO sudah bergerak jauh menemui pengundi. Media massa juga seperti biasa sudah mula menjadi pencacai Umno dengan menghentam Pakatan Rakyat daripada kiri dan kanan sudut.

11. Saya seperti biasa, media massa pro kerajaan boleh baca tapi kena fikir semula. Boleh baca ....tapi beli jangan.

'sent via my mobile wireless device'

Monday, December 29, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dilantik menjadi YDPB NS ke 11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar yang mangkat pada hari Sabtu ; 11.45 pagi akibat serangan angin Ahmar.

Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali.

sent via mobile Nokia E71

Family Dinner

29 Disember 2008

6 pm - 8.30 pm

Medan Muara Ikan Bakar
Tanjung Harapan
Jalan Sultan Hishamuddin Kaw. 20
Bandar Sultan Suleiman
Pelabuhan Klang Utara
42000 Port Klang
Selangor Darul Ehsan
03-31766929 - TEL
03-31766001 - FAX

TOTAL : RM 382.30

Sent via my Nokia E71

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah 1430

Tema tahun ini :

' Menjana Ummah Gemilang '

29 Dis 2008 ; bersamaan 1 Muharram 1430 H

Idris Jusoh . . .

1. Kawan saya berhujah yang katanya Idris Jusoh boleh diberikan gelaran Bapa Pembangunan Terengganu. Katanya lagi banyak monumen2 besar yang dibina semasa IJ menjadi menteri besar Terengganu.

2. Saya kata itu tak dapat dinafikan. Memang banyak yang IJ buat semasa menjadi MB sepenggal dari 2004 - 2008. Malahan apa yang beliau buat lebih banyak berbanding zaman Wan Mokhtar Ahmad jadi MB. Waktu Hj. Hadi jadi MB pun tak banyak pembangunan yang dapat beliau laksanakan.

3. Saya berkata ' itu memang kerja seorang YB'. Rakyat dah pilih mereka dan mereka kena berkhidmat utk rakyat. Kita bukan suruh mereka kerja percuma , malahan kitalah yang bayar gaji mereka.

4. Membangunkan sesebuah negeri dengan monumen2 besar seperti di Terengganu akan menyebabkan sektor pelancongan negeri berkembang dgn lebih pesat. Tengok sajalah Monsoon Cup di Pulau Duyung. Itu yang bagusnya.

5. Pada saya senang. Selagi rakyat KEBANYAKKAN mendapat manfaat daripada proses pembangunan ini, maka asasnya sudah bagus. Yang penting manfaat daripada proses ini dapat dikongsi oleh rakyat Terengganu.

6. Akan tetapi kalau Idris Jusoh mengamalkan korupsi atas nama pembangunan ...maka akan celakalah dia. Ini sebab atas perkara2 yang kadang kala sukar nak dibuktikan...banyak pembangunan yang sebenarnya dibangunkan dengan asas rasuah menjadi dasar kepada projek itu.

7. Projek yang berharga RM 10 juta ....menjadi hingga RM 17 juta. Lagi 7 juta itu ialah agihan kepada kroni A , B mahupun C. Ini yang bangsatnya. Banyak berlaku bukan sahaja pada Idris Jusoh ...tetapi kepada bekas2 MB yang sekarang duduk melongok didewan undangan negeri menjadi PEMBANGKANG macam Khir Toyo.

8. Pada saya membangunkan negeri untuk manfaat bersama adalah menjadi satu kewajipan. Mengamalkan rasuah dan mengorek harta kekayaan utk dibahagi2kan kepada kroni .....itu memang BANGSAT. Sebagai seorang pemimpin ....mereka harus bersedia utk memimpin. Pimpinan mestilah bersih daripada amalan rasuah.

9. Saya akan ulas lebih lanjut erti pembangunan daripada perspektif saya sebagai warga biasa.

sent from my Nokia E71 wireless device via vodafone Celcom mobile

Thursday, December 25, 2008

Hudud & Perlaksanaannya

1. Hudud ialah undang2 ciptaan Allah. Tak kira siapa yang memerintah, perlaksanaannya mesti dilakukan. Menolak hukum hudud bermaksud menolak hukum ciptaan Allah. Menolak hukum Allah hukumnya berdosa. Sebagai manusia , kita hanya melaksanakannya , bukan menolak.

2. Tak kira siapa pun yang memerintah , hukum hudud sepatutnya sama dan tidak berbeza. UMNO mahupun PAS yang melaksanakan hukum hudud mestilah berpandu kepada satu sumber iaitu Al-Quran. Sekiranya ada perbezaan antara hudud PAS dgn UMNO , maka yang salah tentulah orang yang melaksanakannya. Hukum Allah tetap sama.

3. Sekiranya perompak dipotong tangannya akibat kesalahan yang dilakukan, tidak kira hukum hudud PAS atau UMNO maka sipencuri harus dipotong tangannya. Sekiranya berbeza perlaksanaannya, maka yang melaksanakan itu sudah tidak bersumber kepada Al-Quran.

4. Baru2 ini Najib Razak meminta agar PAS melaksanakan dahulu hukum hudud dinegeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Beliau mencabar supaya dilaksanakan dahulu. Jangan dijadikan modal politik katanya. Sama ada bakal PM kita ini dangkal ilmu perlembagaannya ataupun memang dia Jahil Muroqab .... hanya beliau saja yang tahu.

5. Sejarah politik telah merekodkan bahawa kerajaan BN pimpinan UMNO menjadi batu penghalang bila PAS ingin melaksanakan hukum hudud ini di Kelantan mahupun Terengganu.

6. Kalau MCA , MIC, Gerakan ataupun PPP menolak hukum hudud....maka saya faham kerana parti mereka bukan berorientasikan ISLAM. Tapi yang menolaknya ialah UMNO yang katanya menjunjung Al-Quran. Ini yang saya pelik.

7. Saya percaya kalau pilihanraya ini diadakan bukan di KT, maka POLEMIK hukum hudud ini tidak akan dibangkitkan oleh UMNO.

8. Saya sokong perlaksanaan hukum hudud. Tak kira siapapun yang memerintah. Hukum hudud perlu diambil secara TOTAL dan bukan separuh-separuh.

ALLAHU AKBAR.

sent from my Nokia E 71 wireless device via vodafone Celcom mobile

Wednesday, December 24, 2008

Internet dan Kehebatannya

1. Menjelang tahun 2015, diberitakan bahawa capaian jalur lebar internet akan menjadi keperluan yang kepada semua manusia yang ada ; sama pentingnya dengan penggunaan hand phone pada masa ini. Melihat senario diatas , kerajaan perlu menilai akan kehebatan jalur lebar ini supaya semua penduduk akan mendapat manfaat daripada keberkesanannya.

2. Ramai yang sedar betapa maklumat boleh diperolehi dari hujung jari masing2. Capaian ini boleh membawa banyak mafaat sekiranya digunakan dgn bijaksana.

3. Kita amat berhara agar manfaat ini dapat digunakan kearah kebaikan ... Dan bukan sebaliknya.

4. Saya juga ingin bergerak seiring kearah itu dan menggunakan apa yang ada untuk kebaikan semua.

5. Yang lebih penting , rakyat sekarang terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa batasan. Janganlah lagi kerajaan suapkan benda2 basi sebagai santapan rakyat jelata dan kebanyakkan.

6. Saya akan terus suarakan apa yang saya rasa untuk kebaikan bersama. apa yang saya tulis hanyalah pendapat peribadi. Ada yang setuju ,,, begitu juga sebaliknya

Sampai jumpa lagi

Sent via mobile ' Nokia E 71'

Tuesday, December 23, 2008

Kebersihan . . . Realiti semasa

1. Saya selalu melalui kawasan LRT Pasar Seni. Banyak orang yang menjual makanan, minuman malahan pakaian. Bila ditinjau persekitaran kawasan Pasar Seni, begitu juga keadaannya. Ramai org yang menjalankan aktiviti berjual beli. Yang saya lihat banyak warga asing yang berniaga.

2. Saya tak mahu persoalkan mengapa mereka berniaga dan dimana orang Malaysia berada. Mungkin towkey dia orang melayu. Itu yang saya bersangka baik. Berniaga tak salah. 9 / 10 rezeki adalah daripada berniaga. Tapi yang saya nak tanya dimanakah elemen kebersihan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua peniaga. Yang saya lihat ... banyak peniaga tidak melaksanakan perkara2 asas kebersihan.

3. Bayangkan peniaga goreng pisang yang menghisap rokok sambil tangannya memegang pisang yang ingin dimasukkan dalam kuali. Kalau itu tidak menjijikkan .. cuba lihat penjual air dimana air gulanya penuh dengan hurungan lalat. Bukan saja dibahagian tepi bekas, malahan didalam bekas gula itu sendiri. Subhanallah.

4. Yang menghairankan saya , masih ada kalangan pengguna yang membeli dalam keadaan sedemikian. Dimana kuasa pembeli supaya hanya memilih tempat yang bersih.

5. Itu belum kita lihat aspek penguatkuasaan yang SANGAT LEMAH. Dimana penguatkuasaan DBKL yang saya harapkan ? tak kanlah nak mengejar mereka yang berniaga dengan kereta sorong menjadi satu kesusahan ? Ya ... aktiviti mengejar peniaga haram ini akan jadi susah kalau semua pegawai penguatkuasaan makan rasuah , perut buncit dan malas nak berlari.

6. Ayuhlah .... kebersihan itu separuh daripada IMAN. Elakkan diri kita dari membeli ditempat2 yang kotor lagi menjijikkan. Itu belum lagi disentuh sikap peniaga daripada segi layanan kepada pelanggan yang pada saya sangat memualkan. Jika dibiarkan lebih lama tanpa sebarang penguatkuasaan , maka KL terutamanya akan menjadi " little Jakarta & Bangladesh ".

Monday, December 22, 2008

Polis minta semua patuhi undang-undang

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Polis meminta semua pihak yang terlibat dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini supaya mematuhi undang-undang dan peraturan bagi menjamin kelancarannya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.


Polis ni kalau bercakap ... betul2 macam professional. Tapi bila bertindak ... menampakkan ketidak cerdikan mereka kerana hidung mereka bagai ditarik oleh parti pemerintah. Bila orang bercakap statement yang sebegini ... mengata yang polis ni senang dicucuk hidungnya ... wui ... bukan main melenting lagi KP mereka.

Mereka lupa bahawa keadilan dan kesaksamaan bukan setakat dilihat dalam paper atau naskah akhbar sahaja... tetapi mestilah dilihat dilaksanakan. Pihak polis berat sebelah. Noktah

Kalau melibatkan parti Dollah Bodohwi ... semuanya boleh. Mana yang bukan ikut parti Dolah Bohohwi ... macam2 halangan. Senang cerita ... satu benda je saya nak beritau .....

" Polis masih seperti dulu .... mudah dicucuk hidung oleh parti Najib Razak." Saya berani garenti yang polis2 besar tak de TELOR .... tak de TELOR untuk lawan orang. Hanya berani berkokok bila sampai masa ... entahapapa. Biasalah. " Inilah yang dikatakan... Malaysia Boleh.

Pramugara `terlampau’ bebas hukuman penjara

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Bekas pramugara yang didakwa menghasilkan rakaman dan mengedar video aksi seksnya, Mohd. Rizal Mat Yusof dibebaskan daripada hukuman penjara 18 bulan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan untuk mengetepikan sabitan tersebut.

Bila mahkamah Malaysia kata engkau bebas ... maksudnya kau bebas. Tetapi ... walaupun engkau bebas , tetapi bila jumpa orang kau masih lagi tutup muka .... maksudnya kau sememangnya bersalah dan malu pada orang. Ini clear cut tunjuk yang kau memang salah. Noktah

Pesuruhjaya Kehakiman P. Nalini memutuskan demikian dengan alasan keterangan saksi-saksi pendakwa gagal membuktikan hubungan tertuduh dengan video lucah tersebut.

Entahlah ... apa yang hakim tu fikir. Kalau dah tengok banyak kali ... nampak pulak sidia dengan sidia buat XXXXX ; tapi masih juga tak bersalah... maksudnya undang2 di Malaysia banyak longgarnya. Adakah bermaksud kalau benda ini berlaku lagi ... chances untuk kes seperti ini bebas masih ada ? Kalau bebas sebab taktikal... tak de benda la Rizal yang kau boleh banggakan.

Mohd. Rizal dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan pada 17 Februari 2004. – UtusanMelayau


Kat dunia ni kau boleh bebas ... Tuhan maha mengetahui dik oi. Bawak2 la bertaubat. Sementara masa masih ada.

4,749 pekerja diberhentikan

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Sebanyak 102 majikan akan memberhentikan seramai 4,749 pekerja secara berperingkat-peringkat pada bulan Januari hingga Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.
Menurut beliau, majikan yang ingin memberhentikan pekerja secara sukarela atau sementara perlu melaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berbuat demikian. - Utusan Melayau


Najib kata ... Ekonomi Malaysia stabil. Mengapa masih berlaku pembuangan kerja seperti ini ? Najib nak buat itu dan ini... mengapa tak diberi perhatian perkara2 kebajikan atas nama rakyat marhain ? mengapa ? Ini pun nak diberitahu ke ? Aduhai Najib Al- Monggolia ......

TV 3 dan Berita Mawi

Pagi tadi sebelum saya pergi kerja , MHI hari ini ada buat ulasan panjang lebar mengenai laporan akhbar yang mengatakan wartawan mereka dihalang daripada buat liputan dalam masjid semasa Mawi bernikah dgn Ekin. TV 3 terutamanya Media Prima agaknya berasa sangat terhina kerana dihalau daripada Majlis terbabit.

Panjang lebar hujah pengacara MHI Mazidul berkaitan perkara terbabit ... sehingga kadang kala saya rasa muak dengan olahan Mazidul. Tak kan TV 3 tak tahu , Astro dah ambil majlis tu sebagai hak eksklusif mereka. Tak kiralah walaupun yang datang bukan team Melodi atau rancangan hiburan apa sekalipun ... pokoknya you TV 3 . TV 3 tak boleh ambil siaran itu kerana itu hak Astro.

Perkara senang seumpama ini pun diperbesarkan . Menyampah. Bila dah terkena ... baru korang bising. Dulu masa TV 3 buat siaran langsung majlis Siti Nurhaliza...... ada korang fikirkan orang lain ? Tak de nye. TV 3 bolot semua benda berkaitan Siti ... hinggakan TV lain tak boleh buat liputan.

So .... sekarang baru barule korang rasa apa yang mereka rasa dulu. Memang ada yang tak sempurna pada majlis itu ... tetapi rasanya hak eksklusif Astro kena dihormati. So .... sama2 rasa apa yang sepatutnay korang rasa.

Mawi pun jangan le over sangat. Saya memang tak pinat langsung kat dia. Saya rasa over exspose.

Saturday, December 20, 2008

Berita Hari Ini

PUTRAJAYA 19 Dis. — Rancangan Sime Darby Bhd untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN) ditangguhkan hingga kajian mendalam dilakukan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Run Razak, hari ini.
IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd, milik penuh Kementerian Kewangan.
Semalam, Sime Darby berkata, kerajaan secara dasarnya memberi kelulusan kepada syarikat berkaitan kerajaan itu untuk mengambil alih kepentingan dalam IJN Holdings.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pihak yang terlibat dalam kajian itu termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan serta Unit Perancang Ekonomi. - Bernama


Syauqie : Aduhai ... mengapa la Najib Monggol ni tak fikir panjang. Mampu ke makcik2 yang anknya dimasukkan ke IJN membayar bil2 yang dikeluarkan sekiranya IJN diswastakan ? Adeke lagi swasta2 dan konglomerat2 bajingan yang masih fikirkan tentang erti kebajikan berbanding keuntungan ?
Swasta pentingkan keuntungan , sedangkan kerajaan melalui MoF menggunakan duit rakyat untuk memberikan pertolongan kepada IJN. Jangan swastakan IJN. Kita tak mahu IJN menjadi satu lagi bajingan sime darby untuk membuat keuntungan seperti PLUS.
Sudah sudahlah tu membodohkan rakyat Malaysia ni wahai Najib.....

SEOUL 19 Dis. – Akhbar-akhbar Korea Utara menyokong tindakan seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dengan menegaskan, ia merupakan tindakan yang sangat patut dilakukan.

Kat Malaysia ni pun kalau pemimpin2 dia kuat berbohong ... dalam siri ceramah ke , perhimpunan ke , Parlimen ke .... memang elok dibaling dengan selipar jepun. Yang suka pusing2 cakap .. pun sama gak . Elok dibaling dengan kasut jugak. Bila cakap berlapik tak faham ... maka dengan balingan kasut ni .. mereka akan faham.

Wajarkah IJN diswasta?
Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat
–Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiPerdana Menteri

Syarikat Sime Darby mesti memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh bagi memastikan golongan miskin tidak dipinggirkan
–Datuk Seri Najib Tun RazakTimbalan Perdana Menteri

Kalau kita perhatikan projek-projek lain yang telah diswastakan, bayarannya terus meningkat
–Datuk Dr. Chua Soi LekTimbalan Presiden MCA(Bekas Menteri Kesihatan)

Walaupun IJN kini bertaraf dunia ia masih perlu memberikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan ini merupakan kriteria yang diperlukan
–Khairy JamaludinNaib Ketua Pemuda UMNO

Ini bukan pengambilalihan sebuah syarikat perniagaan, sebaliknya merupakan perkongsian. Kami hanya mahukan 51 peratus
–Datuk Seri Ahmad Zubir MurshidPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby


Tengoklah bila mereka bercakap. Bunyinya macam pemimpin yang paling adil. Tapi disebalik permainan politik mereka.... tujuan mereka hanyalah nak melingkupkan orang lain... seterusnya membuncitkan perut2 mereka serta kroni. Cuba tengok siapa disebalik Sime Darby ... anda akan jumpa kawapannya.

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyifatkan Lembaga Disiplin UMNO sebagai badan yang paling lambat bertindak menangani masalah dalaman parti itu.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, kelewatan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap beratus-ratus aduan mengenai amalan politik wang dan rasuah dalam pemilihan UMNO yang lalu seakan-akan mahu perkara itu dilupakan secara perlahan-lahan.


Syauqie : Hello kawan ... orang semua dah tau yang UMNO memang lembab dalam menangani isu ini. Tak kan baru perasan kot. Saya percaya ... end of the day ....semua ini akan hilang dan dilupakan .. kerana satu perkara. Rasuah dan UMNO sudah jadi darah daging. Susah nak dipisahkan. Kebanyakkan pemimpin besar mereka memang perasuh , menerima rasuah , korup dan bermacam2 kebejatan lagi.

Ingat lagi pemimpin UMNO yang raba punggung ... Jamaluddin Jarjis ? Bukankah ini semua bukti berlakunya kebejatan dalam parti yang sudah ditolak itu .

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Masyarakat tidak harus melihat keanggotaan ahli politik di kalangan empat tokoh terkemuka dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) dikhususkan kepada kalangan anggota Barisan Nasional (BN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, pengertian ahli politik turut merangkumi tokoh dan anggota parti pembangkang yang mungkin juga boleh dilantik menganggotai SPK.
Bagaimanapun katanya, pelantikan keanggotaan bagi kategori itu terletak pada keputusan suruhanjaya dan Perdana Menteri yang berhak melantik mana-mana tokoh yang berkelayakan dan memenuhi kriteria.


Syauqie : Kalau yang bercakap Nazri Aziz ... janganle korang percaya sangat. Merepek banyak. Cakap macam tin kosong. Ingat lagi apa dia cakap dulu pasal status Tun Salleh Abas ? Dipecat .... berhenti awal .... ? entah apa2 la yang dicakapkan oleh mamat ni. Rubbish.....

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) memberi tempoh kepada Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sehingga 15 Mac depan untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Saya ugut menteri Hishammuddin agar dia meletakkan jawatan. Apa-apa yang kementerian lakukan sekarang ini berhubung PPSMI ini memang salah.
"Kita akan hantar notis dan beri tempoh sehingga 15 Mac sahaja menjelang Perhimpunan Agung Umno. Kalau tidak, kami akan buat laporan polis. Kami sedang menyusun beberapa perancangan berhubung hal itu," kata Ketua Dua Gapena Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.


Syauqie : Buatlah wahai Gapena walaupun sebenarnya dah terlambat. Akhirnya ... Hishammudin masih dengan pekak badak dia. Penat you all cakap ... end result masih macam tu jugak. Dasar menteri pekak badak.


Khas untuk Warga Kuala Terengganu ......

Gurindam Nik Aziz :

Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.



Menteri Besar Kelantan mengingatkan wakil rakyat dan penghulu di negeri ini supaya menghentikan tabiat merokok kerana mereka merupakan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh

Syauqie : Rokok telah difatwakan haram . Namun kerajaan negeri banyak tak setuju lalu tak diwartakan. Akhirnya ... Fatwa sedemikian masuk dalam bakul sampah.

Dah banyak diberitakan tentang bahaya merokok ... tapi degil dan tegarnya perokok ni hanya tuhan sahaja yang tahu. Ayuh kita benteras rokok.

Kerajaan membayar pencen sebanyak RM45.7 juta sebulan kepada 1,207 bekas Ahli Parlimen atau keluarga mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor tidak menerima sebarang pencen seperti didakwa beberapa Ahli Parlimen pembangkang pada sesi Dewan Rakyat semalam.
Katanya, apa yang diterima Abdul Rahim hanya elaun ihsan sebagai ganti pencen selepas beliau dijatuhi hukuman penjara dua bulan kerana kesalahan mencederakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokap Bukit Aman pada tahun 1998.


Syauqie : Saya dah cakap tadi ... kalau NAzri Aziz yang bagi statement ... baikle korang tengok dulu kesahihannya dan fikirkan 3 - 4 kali supaya malaun nie tak " tersalah " cakap lagi. Jangan percaya bulat2. NOKTAH

Tuesday, December 16, 2008

Berita yang kita kena selidik ....

1- Ada orang kata ; PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan joint balik bersama pakatan UMNO untuk kebaikan orang Melayu.

Syauqie cakap : UMNO dah lama menjahanamkan orang melayu. Ada baiknya PAS terus duduk dalam Pakatan Rakyat dan perbaiki kebejatan yang ditinggalkan oleh legasi BN sekiranya dapat memerintah negara. Orang yang dah berkuasa lama selalunya takut akan hilang kekuasaan dan terus memperbodohkan rakyat untuk terus berkuasa.


2- Angkatan Tentera Malaysia bengang sebab orang Bukit Antarabangsa cakap mereka tak buat kerja. Minum benda memabukkan waktu bertugas dan tak tolong mereka yang pindahkan barang2.

Syauqie cakap : Orang kaya tak semuanya jahat dan orang miskin tak semuanya baik. Ada orang kaya yang masih nak berlagak macam tuan walaupun dalam keadaan yang sedemikian. Baru suruh angkat baju satu beg ... riuhnya macam disuruh menyapu satu laman. Kecoh lebih.

Yang menolong buat jembatan sementara kat Bukit Antarabangsa tu sapa ? Hantu ... ? Jembalang ... ? Antara pihak ATM tu bukan semuanya baik. Ada jugak yang kaki curi tulang. Itu tak dapat Jeneral ATM nafikan. Bukan semua tentera tu baik....... manusia . Biasalah.

3- Kerajaan hari ini mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa 16 Disember. Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM.180 seliter kepada RM1.70 seliter.

Syauqie cakap : nak ucap terima kasih pun dah terlambat. Dulu masa naik 72 sen ..... tak ingat rakyat. La ni ... bila nak turunkan harga minyak ... terhegeh2. Bila Anwar Ibrahim berdebat dengat Menteri Bang^^g RTM bahawa harga minyak akan turun, menteri cakap bahawa kerajaan akan bangkrap bila kita turunkan harga minyak. Bila Dollah turunkan harga minyak sekarang ...... tak pulak dikomplennya. Bodoh .......

4-Kementerian Pengajian Tinggi tidak berhasrat untuk campur tangan urusan Kementerian Pelajaran dalam memansuhkan pelaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebaliknya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian itu untuk memperhalusi sistem itu demi masa depan pendidikan negara.

Syauqie cakap : Inilah menteri yang kita lantik. Bebudak yang belajar di sekolah rendah ni akan masuk universiti. Kalau menteri ni tak nak masuk campur macam mana ? Cubalah ambik berat sikit apa yang berlaku. .... Bodoh tak boleh diajar , pandai tak boleh diikut. NOKTAH

Friday, December 12, 2008

Semasa . . . .

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.


Bersyukurlah dapat cuti tahunan 30 hari setahun. Company saya beri hanya 17 hari. Itupun dah banyak tahun saya tak boleh nak habiskan sebab kerja. CUEPACS kena belajar bersyukur.

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pembangunan cerun bukit yang dibuat berdasarkan penilaian teknikal yang objektif dan laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) akan dapat memastikan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa dapat dielakkan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang penting ialah jangan membenarkan sebarang pertimbangan komersial pembangunan untuk mengaut keuntungan hingga mengetepikan soal keselamatan dan langkah penjagaan alam sekitar.


Najib... Najib , EIA dah ada lama. Hanya penguatkuasaaan saja yang menjengkelkan. Percayalah , cerita Bukit Antarabangsa ni orang akan lupa dalam masa 12 bulan. Selepas itu semuanya akan kembali kepada suasana biasa. Yang mungkin sibuk bertahun2 pun hanyalah resident Bukit Antarabangsa sendiri. Resident Puchong , Segamat , Keramat, Kuala Terengganu .... apa mereka kisah ? Kerajaan selamat sebab Orang Malaysia banyak yangv pelupa . NOKTAH

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Jentera kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak perlu takut atau tunduk kepada ugutan pembangkang kerana keselamatan mereka terjamin sepanjang tempoh berkempen.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, jentera kempen UMNO dan BN seharusnya berani berdepan dengan apa sahaja provokasi pembangkang kerana perlu mempertahankan kerusi milik sendiri.
Katanya, amaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri serta polis yang akan mengambil tindakan ke atas pihak tertentu yang menimbulkan huru-hara membuktikan wujud kecenderungan pembangkang melakukan sesuatu di luar dugaan.


Mat Taib ... ohhh Mat Taib. Apa nak risau . U punya team semua ada. Apa nak takut. Wang banyak , TV ada , Jentera kerajaan ada . Apa lagi yang u nak takut. Dont worry. Kalau PAS punya penyokong buat susah, U suruh Syed Hamid sumbat mereka dalam penjara. Kalau Hadi Awang buat statement yang menyebabkan u punya team susah... tahan Hadi Awang dalam ISA> Senang.

Kalau u punya team buat provokosi .... it's OK . Sebab u mau pertahankan kerusi Kuala Terengganu. U boleh guna bom & pistol. Pas punya penyokong ... hanya dibenarkan guna botol air. MAcam YAHUDI dan PAlestin. Nak tanya la u Mat Taib .... Your group sebelah mana ? Yahudi @ Palestin ? Sacarstic ...... Malaysia Boleh.

KUALA LUMPUR – Beregu remaja, Goh Wei Shem-Ong Jian Guo melakar kejutan terbesar pada Grand Prix Badminton Kebangsaan Akhir semalam apabila menyingkirkan pasangan elit dan penyandang juara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-19, 21-18 pada separuh akhir.

Bagus untuk Badminton Malaysia. Keep up the good job untuk pasangan muda negara ini. Kien Kiat & Boon Heong ..... hello kawan ... bila mau bangun dari tidur ? Sedarlah sikit . Kepala & Ego jangan dibesar2 kan. Masih banyak yang u kena belajar. Learn from the best. Rexy Manaiky......

Rang undang-undang bukti kerajaan tunai janji
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Dua rang undang-undang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam, mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.


Najib .... Najib. Dollah badawi bentangkan semua tu segera sebelum March 09 sebab dia nak pastikan pengganti beliau tidak rasuah. By Feb 2009, dia akan "arahkan " BPR / Suruhanjaya untuk cek menteri kabinet bebas daripada rasuh. You are the one who will kena. Jeng ... jeng ... jeng .... Jangan happy sangat ye.

Peguam rela korbankan tembok rumah
KUALA LUMPUR 11 Dis. - "Saya ikhlas membantu penduduk kerana berbanding harga rumah dan nyawa, nyawa adalah lebih penting," begitulah kata-kata Khairuzzaman Muhammad, 43, yang merelakan tembok rumahnya dirobohkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.
Ekoran keizinannya itu, kira-kira 5,000 penduduk yang berada di bahagian atas bukit dan terputus hubungan di Taman Laman Oakleaf, Bukit Jaya, Bukit Utama dan Puncak Utama berjaya dibawa turun dengan selamat.
Mungkin tidak ramai menyedari tanpa pengorbanan Khairuzzaman itu, ramai mangsa yang terperangkap sukar dibawa turun oleh pasukan penyelamat kerana keadaan cerun tanah kurang stabil.


Inilah contoh keprihatinan seorang rakyat Malaysia. Kalau lebih banyak rakyat malaysia sebegini... maka negara kita akan lebih maju kehadapan. Bukannya membebel tak tentu pasal sebab anggota penyelamat tak tolong BINI dia angkat barang.
Orang kaya bukan semuanya jahat, dan orang miskin tak semuanya berhati baik. Tapi orang yang duduk di Bukit Antarabangsa yang membebel kat TV 3 depan ADUN YB Azmin Ali sebab anggota penyelamat tak tolong BINI dia angkat barang ... memanglah *&^%$#@!. Dah biasa hidup senang ... bila hidup susah sikit ... tak tahu nak buat. Sebab hari2 ada orang tolong dia angkat barang.

Wednesday, December 10, 2008

Laporan Utusan Malaysia menyeleweng,PAS Selangor kesal
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.


PAS tak pernah belajar daripada kesilapan. Dah tau UM tu dibawah kongkongan parti pemerintah BN ... mengapa masih nak panggil mereka semasa sidang akhbar dilakukan ? Kalau UM nak berita ... ask them to go to PAS TV @ Harakah sebagai sumber rasmi. Mereka akan manipulasikan berita yang mereka rasa betul untuk kepentingan BN.

Kalau saya .... saya tak panggil Utusan. Leceh ... sebab PAS kena buat satu lagi PC untuk nafikan berita yang UTISAN buat. Buang masa.


Update TANAH RUNTUH

Setakat ini, mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas kekal empat orang iaitu Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an


Kuala Terengganu: KeADILan, DAP akan beri sokongan padu pada PAS
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari kelak.

Saya harap ... SPR bukan sahaja harus dilihat adil dalam PRK K.T kali ini , tetapi mestilah nampak keadilan itu dilaksanakan . Dilihat ADIL & Keadilan itu dilaksanakan. Jangan berat sebelah. Noktah .

Larangan penuh
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kerajaan kini melarang sepenuhnya sebarang bentuk pembangunan dan projek perumahan di kawasan lereng dan puncak bukit yang berisiko tinggi di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, kerajaan tidak akan memberi sebarang kelulusan kepada mana-mana pemaju perumahan yang ingin membina projek di kawasan tanah tinggi.


Hallo Pak Lah . Ini larangan saya minta u pastikan dilaksanakan supaya dimasa hadapan tidak ada lagi mangsa2 kejadian tanah runtuh yang akan mengalami trauma. Ini penting. Bila PM bercakap ... yang lain kena dengar. Yang lain kena laksanakan arahan.

Akan tetapi kalau PM bercakap ... tetapi yang lain dah tak nak dengar atau biat2 tak dengar ... maka ada sesuatu yang tak betul dalam pentadbiran.

Sama ada yang bercakap kena ditukar ... ataupun yang tak nak dengar cakap mesti disingkirkan. Pilihan ada ditangan pemimpin. Nak dengan tak nak je kalau nak dilaksanakan. Nak tunggu berapa puluh atau ribu mangsa lagi sebelum pembangunan lereng bukit dihentikan ?

Penduduk saman PBT, pemaju

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.


Mereka ada hak ... so laksanakan hak masing2. PBT pun kena bertanggungjawab. Daripada jumlah projek pembangunan dilereng bukit .... lebih 30 projek diluluskan zaman Khir Toyo memerintah Selangor. So ... cam ne ?

Jangan timbulkan kekacauan - Syed Hamid
KUALA TERENGGANU 9 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepada parti-parti yang bertanding supaya tidak menimbulkan sebarang kekacauan pada hari pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar arahan.


Cik Hamid .... yang banyak timbulkan provokasi selalunya parti awak. Yang lain ni banyak mengalah sebab tak de machinery kerajaan digunakan. Kalau nak tegur ... tolong tegr parti UMNO dulu. Yang bertanding pun parti awak..... so kalau budak parti awak yang buat ONAR ... ada tindakan ke yang akan diambil ? JAwab Cik Hamid ....

KUANTAN 9 Dis. – Kerajaan memerlukan suntikan sebanyak RM100 juta lagi daripada pihak swasta dan individu untuk menjayakan Program Amal Jariah (PAJ) bagi membaik pulih dan membina semula 15,000 rumah daif milik penduduk miskin tegar di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, suntikan tersebut adalah tambahan kepada peruntukan RM100 juta yang disediakan kerajaan bagi tujuan tersebut.


Yang kaya bertambah kaya ... yang miskin bertambah miskin. Ini modal kapitalis. Yang bercakap pun Najib. So you kena faham apa yang tersurat. Kalau elemen2 berkaitan kemiskinan ini ... banyak yang dijadikan modal untuk pilihanraya. UMNO selalunya gunakan modal kemiskinan untuk meraih undi.

Dibiarkan adanya orang2 miskin supaya bila PRU nanti ... mereka ini boleh digula2 kan oleh parti pemerintah. Bercakap tentang rasuah pun tak telus ... inikan pulak nak bercakap tentang membasmi kemiskinan. Subhanallah.

ROM 9 Dis. - Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia, Hafez Ghanem berkata, harga makanan yang melambung tinggi telah menyebabkan bilangan penduduk dunia yang kelaparan mencecah hampir satu bilion orang.
Beliau berkata, pada tahun ini sahaja, jumlah mereka yang dikategorikan sebagai kelaparan meningkat sehingga 40 juta, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah lebih 963 juta orang
.

Yang sedihnya di Malaysia ... walaupun ramai orang yang masih hidup dibawah paras kemiskinan.... jumlah makanan yang dibazirkan lebih banyak malahan semakin meningkat setiap tahun. Cuba kita tengok dalam buffet ramadhan . Banyak tak makanan yang kita bazirkan ?

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.


PPP hanya berani untuk bercakap . Percayalah ...... mereka bukanlah pendesak dalam BN yang kuat. end of the day ... mereka akan duduk dalam kelambu BN & UMNO. Mereka belum cukup kuat untuk bergerak secara sendirian. PPP akan berkubur kalau mereka bergerak SOLO. Percayalah.

Pada saya lebih mulia kalau kita berpegang pada prinsip diri daripada hidup bersekongkol dengan KEZALIMAN.

"SAY NO TO ISA"

Tuesday, December 9, 2008

Cuba kita renung .....

Dua lagi lokasi kritikal
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Taman Hill View dan Highland Towers merupakan dua kawasan paling kritikal yang boleh berlaku kejadian tanah runtuh ketika ini jika hujan berterusan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, tahap boleh runtuh di dua lokasi tersebut adalah kritikal, manakala di Bukit Antarabangsa pada tahap tinggi
.


Dah banyak orang bagi maklujmat ... kalau kerajaan buat pekak je ... memang le Karajaan ni Pekak Badak. Elok disembelih je . Dah diberitahu bahawa Bukit Antarabangsa berada pada tahap kritikal dan tahap tinggi ..... tetapi pembangunan masih dilakukan. Elok hantar Karam Singh Walia kesana .....

Lulus projek tanah tinggi hak negeri
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Semua kuasa untuk meluluskan projek pembangunan dan perumahan termasuk di kawasan tanah tinggi yang berisiko adalah di bawah kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, kementeriannya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana itu hak kerajaan negeri iaitu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).


Ini yang saya katakan Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan tidur. Saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Hak meluluskan sesuatu Projek hak negeri. Namun kerajaan boleh memantau melalui kajian Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA) terlebih dahulu. Kalau tak lulus , jangan beri lesen kepada pemaju. Senang. Itu pun tak boleh fikir ke ?

PUTRAJAYA 8 Dis. - Pemaju projek perumahan di Putrajaya akan dipanggil untuk berbincang bagi memastikan kegiatan pembangunan di kawasan berbukit di sini dijalankan mengikut peraturan bagi mengelak sebarang kejadian tanah runtuh.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga meminta Perbadanan Putrajaya sentiasa memantau cerun-cerun dan kawasan tadahan air di Presint 9 terutama apabila hujan berpanjangan.

Mengapa hanya di Putrajaya ? Tempat lain tak penting ke ? Ahli2 Parlimen kawasan lain tolong turun padang . Tengok yang mana ada kawasan lereng bukit. Panggil TV. Tapi yang sedihnya ... bila berlaku TV pun bersekongkol dengan Kerajaan BN.

Di Bukit Antarabangsa contohnya .... saya tak dengar apa YB Azmin Ali bercakap .... Tak ade TV yang panggil Azmin Ali & YB Zuraida Ampang untuk buat statement. Mereka ini ADUN & MP yang dipilih oleh orang kawasan sekitar. Yang lawaknya pelawak yang buat statement di TV ketua UMNO Ampang .... Ismail Kijo . Siapa dia ni ?



Dah terantuk .... baru nak menyesal.

Tragedi Highland Tower 11 Dec 1993 merupakan tragedi yang maha dasyat untuk dirakamkan dalam calender pembangunan negara. Betapa rakusnya nafsu manusia atas nama pembangunan , maka banyak bukit2 hijau yang dikorbankan.

Dalam tempoh 15 tahun , lebih 30 laporan berkaitan tanah runtuh telah direkodkan. Banyak kejadian tanak runtuh telah berlaku. Namun apa yang kerajaan lakukan ?

Projek2 pembangunan di lereng bukit masih diutamakan. Tak perlu saya namakan. Ada banyak . Sama ada kita nampak atau tidak ... pembangunan masih dilakukan. Dalam hukum ekonomi , selagi ada permintaan, disitu ada penawaran.

Orang Malaysia nak duduk tempat yang ada privasi. Nak tengok pemandangan hijau bila bangun daripada tidur. Tapi mereka tak sedar .... kawasan sekitar Bukit Antarabangsa tu sebenarnya ada berlaku pergerakan tanah.

Saya insaf dan bersimpati dengan mangsa2 tanah runtuh. Tetapi yang menjengkelkan saya sebenarnya adalah elemen penguatkuasaan yang terlalu lemah Dah tahu ada banyak laporan .... terutamanya laporan tanah runtuh ... mengapa masih ada pembangunan terutamanya dilereng bukit ? Bukankan ini tindakan bodoh namanya.

Bila dah berlaku .... sibuk la pakar itu dan pakar ini memberikan pendapat. Kerajaan pulak seperti biasa .. barulah terhegeh2 nak dikuatkuasakan arahan supaya semua projek dilereng bukit dihentikan. Mengapa perlu tunggu sehingga 15 tahun ? bukanlah sepanjang tempoh itu ada banyak laporan dibuat ? Nak tunggu berapa orang lagi mati ?

Pihak Berkuasa Tempatan [ PBT ] yang mempunyai kuasa untuk melulus serta memantau pembangunan dikawasan terbabit juga menunjukkan sepanjang tempoh tu ... mereka terlepas pandang ataupun memang mereka sengaja tak nak tengok. Ini kawasan berisiko tinggi ... dah banyak laporan dan aduan dibuat ...yang sedihnya PBT masih lagi luluskan.

Saya pasti pembangunan projek2 lereng bukit ini ada yang diluluskan dizaman kerajaan BN berkuasa di Selangor. Kalau kerajaan Selangor sekarang pimpinan KhalidIbrahim pun turut sama meluluskan permohonan sebegitu ... maka kerajaan yang ada sekarang ni pun macam kerajaan Khir Toyo. Tak nak fikir panjang ... asyik fikirkan keuntungan.

Ada beberapa pertanyaan ulangan yang saya nak tanya . Nak tanya kat budak sekolah ... takut tak boleh dijawab. Nak tanya kat budak sekolah menengah ... berapa kerat antara mereka yang ambil berat tentang isu2 alam sekitar . Nak tanya kat budak universiti ..... boleh ke mereka jawab isu2 sebegini ? Terlalu ilmiah ? Nak tanya kat menteri ..... menteri semua sibuk Ada yang terlalu sibuk ambik rasuah ... terlupa ada isu2 sebegini yang perlu ditangani. Ahli Parlimen ? lagilah teruk . Asyik bergaduh saja di Parlimen.

1- Apa langkah2 pencegahan yang telah , sedang dan akan diambil oleh PBT dan kerajaan dalam menangani masalah Tanah Runtuh ?
2- Apa yang berlaku terhadap laporan2 " pakar " yang telah dikemukan untuk makluman kerajaan ?
3- Apakah cukup dengan hanya memberikan jaminan bahawa tiada lagi insiden Tanah Runtuh akan berlaku sudah memadai ? Apakah dengan menyalahkan hujan lebat yang berlaku sepanjang minggu membolehkan tanggungjawab seliaan PBT atau Kerajaan dilepaskan begitu sahaja ?
4- Nak tunggu berapa orang lagi " MATI " baru kerajaan nak haramkan projek2 pembangunan Lereng Bukit ? Nak tunggu berapa orang lagi Perdana Menteri baru nak dikuatkuasakan larangan ini ?

Cukup2lah dengan pencerobohan alam atas nama pembangunan. Alam banyak berbakti kepada manusia. Mereka juga perlu persekitaran yang stabil dalam hukum ekosistem manusia. Manusia yang rakus akan terima pembalasan. Mungkin bukan sekarang ... tetapi siapa tahu yang akan datang.

Mereka yang terlibat di Bukit Antarabangsa mungkin orang2 yang berada. Tak merasa sangatlah kalau rumah mereka terlibat kerana mereka boleh pindah ketempat lain. Tapi nyawa yang terkorban bagaimana ? Itu yang kita kena ambil berat. Harta boleh dicari .... nyawa bagaimana ?

ps : saya ada kawan yang dulunya duduk di Bukit Antarabangsa. La ni dah pindah sebab takut kejadian tanah runtuh berlaku lagi.

Thursday, December 4, 2008

1- Shahrizat menghormati silaturrahim bersama Rafidah
04/12/2008 6:51pm
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hubungannya dengan Tan Sri Rafidah Aziz tidak terjejas dan masih baik, di sebalik keputusannya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
Menurutnya, adat di dalam pertandingan, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama untuk menang ataupun kalah dan walau apa pun yang terjadi, ia tidaklah perlu sehingga menggugat silaturrahim. -
Utusan Melayau

Cakap orang politik mana ada yang boleh dipercaya. Baik dimulut tapi kadang2 di hati .... hanya tuhan saja yang tahu. Dulu baik ... la ni gaduh. Dah disuruh turun ... pun tak mahu turun2 lagi. Pidah ... oh ... Pidah.

PDRM buat pengambilan khas tambah pegawai keturunan Cina
04/12/2008 6:41pm
oleh Azian Aziz
SHAH ALAM 4 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa membuat pengambilan khas pada tahun ini bagi menampung kekurangan pegawai polis yang berketurunan Cina dalam pasukan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pengambilan khas itu telah dibuat pada September lalu dan ia melibatkan seramai 97 pegawai berpangkat Inspektor.
Menurutnya, pengambilan mereka dibuat hasil saringan daripada pelbagai cara termasuk permohonan calon yang berminat dan cadangan nama-nama calon yang sesuai daripada pihak institusi pengajian tinggi (IPT). -
Malayau

Elok jugak diambil pegawai2 polis yang berpangkat ni daripada bangsa selain Melayu. Kita galakkan ramai rakyat yang berbilang bangsa join pasukan keselamatan. Yang jadi persoalannya ... mengapa terlalu lama nak rectified the problem ? IGP tak tahu nak anticipate problem sebegini rupa ? Tak buat staffing projection ke ? banyak makan rasuah ... kerja tak ikhlas. Pasal tu la banyak yang perut buncit.

Tiada pilihan raya negeri lebih awal
04/12/2008 6:43pm
KUCHING 4 Dis. – Kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tahun depan sekali gus menafikan ramalan pembangkang bahawa pilihan raya negeri ke-10 diadakan lebih awal.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masih terlalu awal untuk mengadakan pilihan raya memandangkan ia baru sahaja diadakan pada Mei 2006.-
Malayau

Bila dah takut .... macam2 alasan yang diberikan Sarawak antara negeri yang kaya dengan hasil tanah . Tapi apa yang rakyat mereka dapat ? Yang dapat semuanya keturunan2 sepapat Taib Mahmud dan kroni2 BN. Bangsat ....

Zaid Ibrahim

1- Ramai orang mengenali Zaid Ibrahim sebagai pengamal undang2 yang mempunyai Firma Guaman terbesar [ ZICO ] di Malaysia. Kita tidak nafikan ketokohan beliau dalam " padang " perundangan. Beliau juga sangat VOKAL yang kadang-kala pandangan beliau tidak sependapat dengan kabinet Dolah & Najib. Selalunya membuatkan anggota kabinet Malaysia pening kepala sebab ada kalanya pendapat beliau ni lebih mirip kepada parti yang tidak beliau wakili.

2- Beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri khusus untuk melihat apa senario dalam hal ehwal perundangan yang perlu dibaiki. Oleh sebab itu beliau telah berusaha agar pembayaran Ex-Gratia kepada bekas hakim yang dipecat di zaman era Mahathir diberikan bayaran saguhati. Sekurang-kurangnya Dollah Badawi melaksanakan perkara ini.

3- Beliau juga mencadangkan satu transformasi dalam perlantikan Hakim2 di Malaysia agar adanya badan2 pemantau untuk memilih hakim yang benar2 berkelayakan ; seterusnya tidak dilihat memihak kepada mana2 parti pemerintah mahupun sebaliknya.

4- Beliau baru2 ini dipecat daripada UMNO kerana tukang2 bodek Dollah Badawi merasakan Zaid tidak mempunyai semangat yang sama dengan adli UMNO. Kata pencacai2 Dollah ; Zaid dikatakan makan dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Beliau berjumpa dengan Anwar Ibrahim seterusnya menghadiri Kongress PKR di Shah Alam.

5- Pada UMNO , makan dan menghadiri majlis parti pembangkang berdosa. Boleh dipecat. Tapi mengamalkan rasuah , memberi @ menerima rasuah dalam pemilihan UMNO .... tidak pula diambil tindakan tegas. Sebab apa ? Jawapan dia senang ... sebab UMNO & Rasuah bagai isi dan kuku.

6- Adakah Najib , Dollah , Muhyiddin atau sesiapa sahaja yang bertanding jawatan dalam UMNO berani mengatakan yang beliau tak pernah memberikan wang serta merasuah perwakilan ? Kerat jari la .. mereka pun sama sahaja. UMNO & Rasuah tak pernah terpisah dan tak mungkin akan terpisah. NOKTAH.

Tuesday, December 2, 2008

Update

Lama rasanya saya tak update blog saya. Sebeb utama ialah kerana komitmen kerja. For the past 2 week ni, saya benar2 sibuk. Tak sempat saya nak update banyak benda.

Banyak yang telah berlaku . Antaranya ;

1. Shahrizat Jalil lawan Rafidah.
2. Nazri Aziz tak mahu mohon maaf atas isu hakim.
3. Harga minyak mungkin akan turun lagi.
4. Gerbang Corridor Raya akan diteruskan lagi walaupun ekonomi dah tak berapa stabil.
5. Ibu pejabat CIQ telah dirasmikan oleh PM Dollah.
6. Kerajaan diminta mengkaji semula perlaksanaan mengajar bahasa inggeris dan mate dlm bahasa inggeris.
7. Kerajaan harus membantu rakyat dalam kes2 perumahan yang kadang kali hanya dicanangkan sewaktu pilihanraya.
8. Pilihanraya Kecil akan diadakan di Kua Terengganu.. So selamat mengundi