Ops Warta 7 ditangguh
KUALA LUMPUR 15 Nov. — Hanya 24 jam selepas pengumuman Ops Warta 7 bermula Isnin ini bagi memburu 96,000 pesalah trafik yang gagal menjelaskan saman dan dikenakan waran tangkap termasuk mengesan dari rumah ke rumah, polis hari ini mengumumkan penangguhan operasi itu.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan tarikh baru operasi itu dan tempoh pelaksanaannya.
Eloklah dilaksanakan segera. Mereka yang ada banyak saman ... sila jelaskan. Kerajaan dah habis sumber untuk nak mengorek duit. So yang jadi buruan ialah 96,000 pesalah trafik. Andaikan satu pesalah trafik ada sama RM 300 secara purata .... busuk2 kerajaan ada RM 28.8 juta dalam poket.
Dengan RM 28.8 juta ada banyak benda yang kerajaan Dollah BAdawi boleh buat especially nak menaik taraf perkhidmatan polis. Tapi yang paling tak seronoknya ialah bila banyak polis yang terima RASUAH. Ada banyak yang baik .... tapi ada jugak polis yang BANGSAT sebab makan rasuah. Merosakkan nama baik anggota polis. Walaupun elaun dan gaji polis dinaikkan ... sebenarnya masih tak mencukupi sebab semua harga barangan semakin meningkat akibat ketidak stabilan kerajaan yang ada berbelanja.
Azhar diberi masa belajar jadi pemimpin pembangkang
PULAU PINANG 15 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau akan memberi masa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk belajar menjadi ketua pembangkang di negeri itu.
Katanya, Azhar cuba bermain politik dengan menolak tawaran elaun bulanan RM1,000 daripada kerajaan negeri dan ia bertentangan dengan keputusan anggota partinya.
Ada orang yang sombong sebab fikir mereka hebat. Bila dah diluluskan elaun RM 1000 sebagai Ketua Pembangkang, maka Azhar menolak dengan macam2 alasan. Antaranya yang paling bersifat kebudak-budakan ialah kerana tidak mahu terhutang budi kepada kerajaan negeri.
Aduhai Cik Azhar ...... elaun yang kau ambil setiap bulan sebagai ADUN tu bukan duit kerajaan negeri ke ? Inilah mentaliti orang UMNO yang masih bersifat politik kepartian.
Pandangan saya mudah. Tak kira mana parti politik pun yang korang wakili .... HAK rakyat mesti korang utamakan . Bukannya tembolok perut kroni & kaum kerabat korang yang korang kayakan . NOKTAH.
Syed Sobri nafi muflis
KUALA NERANG 15 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim (gambar) menafikan bahawa beliau muflis kerana telah menjelaskan hutang berjumlah RM150,000 kepada pihak bank.
Menurut beliau, peguamnya telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah 3 November lepas yang mengisytiharkan dirinya muflis.
Di Malaysia ... orang yang nak jadi ahli politik samada memang dah kaya ataupun ... masuk politik sebab nak kaya. Mereka full time politician. Selalunya tak boleh terlibat dalam perniagaan apatah lagi tender2 yang mana mereka ada berkepentingan.
Untuk orang macam saya , RM 150 K memang banyak. Tak mampu nak diselesaikan. Hutang keliling pinggang. Tapi macam ahli politik .... RM 150 K tu macam kat celah gigi je nak mengoreknya. Itu baru ADUN ... belum NAJIB RAZAK [ yang dikatakan bakal PM ke 6 Malaysia ] ... uweek.
NGO bersatu boikot peniaga liat turun harga barang
KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menganjurkan satu perhimpunan memboikot para peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan beberapa kali.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, perhimpunan itu akan diadakan di ibu negara pada Disember ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Kesedaran kita di Malaysia selaku pengguna sebenarnya masih ditahap rendah. Sehinggakan semua benda kena ada kebergantungannya kepada kerajaan.
Kerajaan ada peranan dalam mengawal harga barangan agar pengguna di Malaysia tak terjerut mati sebab pemborong memang mencekik untung yang tinggi. Yang susahnya kita pembeli.
Hakikatnya ... kita semua tak kan mati kalau tak makan Roti Canai , Teh Tarik ataupun Nasi Kandar. Kalau peniaga jual mahal .... BOIKOT. Jangan beli samapailah mereka turunkan harga barang, Yang jadi masalah ... cakap je nak boikot ... tapi tak jadi.
Kalau dulu saya makan roti canai seminggu 4 kali ... la seminggu sekali je ... hari AHAD. Bila anak2 tanya .... cakapla yang kita kena berjimat. Bukan susah.
Saya sendiri dah hampir setahun TAK MEMBELI AKHBAR UTUSAN sebab saya boikot. Bukannya mati pun kalau tak membeli.
Penahanan Ronnie Liu bukan 'balas dendam'
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Penahanan anggota Exco Selangor, Ronnie Liu oleh pihak polis berhubung kes menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tahun lalu bukan berunsur 'balas dendam' terhadap parti pembangkang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, pembangkang perlu bersikap rasional dan tidak terlalu emosi apabila membuat kenyataan mengenai tindakan polis terhadap mereka yang melanggar undang-undang terutama apabila melibatkan ahli politik pembangkang.
"Jika seseorang itu buat kesalahan, dia mesti menghadapi akibatnya. Biarlah dia membela diri di mahkamah.
Saya setuju dengan Hamid Albar. Mana2 ahli politik sebenarnya tak kebal dalam hukum undang2 negara. Undang2 mestilah dilaksanakan dengan ADIL serta DILIHAT perlaksanaannya secara adil oleh rakyat.
Yang jadi masalah ... undang2 itu hanya nampak dilaksanakan kalau berkaitan dengan pihak yang bukan parti BN. Bila ahli parti BN buat taik .... semua orang cuba untuk cover kelakuan busuk mereka. Undang2 hanya dikuatkuasakan secara adil kononnya oleh BN kepada ahli PR.
Undang2 kena adil serta dilihat adil dalam perlaksanaannya. Cik Hamid kena sedar. Cakap je tak guna.
Sunday, November 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment