Nazri : Enam hakim kanan `memang dipecat’
13/11/2008 12:19pm
KUALA LUMPUR 13 Nov. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain `sememangnya’ dipecat.
Menurutnya, beliau kesal dengan kesilapannya semasa menjawab satu soalan mengenai pembayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain, di Parlimen baru-baru ini.
Katanya, kenyataan beliau mengenai kemungkinan kesemua hakim tersebut telah dipecat 20 tahun lalu adalah tidak benar, sebaliknya sememangnya mereka telah dipecat namun mereka masih menerima bayaran pencen atas dasar ganti rugi sejak itu.
Yang saya tak faham bagaimana seorang MENTERI boleh salah dalam memberi jawapan BERTULIS [ bukannya jawapan lisan ] kepada soalan yang ditanyakan. Adakah ini menunjukkan ada kalangan pemimpin2 kita yang memang kaki kelentong ?
Pandangan saya mudah .... sekali menipu maka habit menipu itu akan terus kekal dalam diri masing2. Saya percaya ini bukanlah kali pertama NAZRI menipu / tersalah salah cakap. Ahli Parlimen yang salah cakap @ menipu dalam parlimen terselamat sebab akta parlimen memberikan kekebalan kepada ahli untuk bercakap dalam parlimen.
Yang saya tak faham bagaimana seorang menteri boleh tersalah fakta . Nak katakan BODOH .... seorang peguam. Tapi bukankah para peguam ni memang bijak dalam memutarbelitkan fakta untuk kepentingan anak guam ? Dalam kes ini , anak guam Nazri ialah Dr. Mahathir. Siapa yang menipu ?
Rafidah digesa bersikap adil kepada ahli Wanita
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz digesa bersikap adil terhadap ahli Wanita UMNO apabila beliau menetapkan satu pelan peralihan jawatan yang tidak relevan.
Pandangan saya mudah. Bila kita rasakan ahli sudah tidak perlukan kita ... adalah lebih mulia kalau kita berundur segera. Namun Rafidah tak sedar perkara ini.
Bila Dollah Badawi tak lantik dia dalam kabinet .. dia mendakwa telah dipermainkan oleh Dollah. Dia tak sedar ke bahawa perlantikan menteri kabinet adalah atas pilihan PM ... bukan sesiapa.
Rafidah mahu terus memimpin Wanita UMNO ... mencadangkan supaya tiada pertandingan pada bulan MAC 09. Supaya dia boleh memimpin terus Wanita sehingga June 09 sebelum menyerahkan kepada Shahrizat.
Yang jadi persoalan ... apa yang Makcik ni boleh buat dalam masa 3 bulan [ Mac , April , Mei & June 2009 ] ? sebelum menyerahkan kepada Shahrizat ? Apa besar sangatkah perbezaan 3 bulan kepada Rafidah unless ada sesuatu yang ingin diselesaikan .
Shahrizat kena sedar ... ada Wanita yang mahu beliau lawan Rafidah. Tapi Shahrizat seperti memilih untuk berdiam diri. Akur kepada pelan peralihan. Kalau saya .... biar kalah melawan daripada menikus sebab ada pemimpin yang masih gila nak berkuasa.
Shahrizat kena lawan . Sekuran2nya kalau kalah pun dia tak rugi apa2. Dua pilihan untuk Shahrizat .... Lawan @ Tak lawan. Saya lebih hormatkan orang yang berani daripada orang yang kerjanya asyik dan mencium tangan pemimpin2 lain.
Banyak pemimpin UMNO tahan lama dalam UMNO bukanlah sebab kredibiliti mereka ... tetapi sebab banyak mencium tangan pemimpin2 atasan. Banyak kaki bodek daripada yang ikhlas nak bekerja.
Insyaallah saya akan sambung lagi malam nanti kalau saya tak tidur awal. Malam ni malam JUMAAT ....
Thursday, November 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment