Update :
1- Pertumbuhan ekonomi dijangkakan turun dari 5.4 peratus ke 3.5 peratus.
2- Hutang belanja negara juga akan naik mendadak dari 3.6 peratus ke 5.4 peratus.
3- Pendapatan negara jatuh dari RM176.22 bilion ke RM 168.73 bilion.
Berita ini saya kutip daripada salah sebuah akhbar online di Malaysia. Mula-mula Najib kata EKONOMI Malaysia tidak akan tergugat walaupun kegawatan ekonomi melanda seluruh dunia. Najib cakap ekonomi kita OK.
Tak lama lepas tu dia suntik beberapa billion untuk syarikat Valuecap supaya dapat tolong syarikat2 swasta di BSKL. Kalau ekonomi OK , kenapa nak suntik ? Lepas tu pulak dia ambil 7 billion untuk kukuhkan ekonomi negara. Entah mana dia ambil sumber biaya tak pulak diberitahu.
Belum jadi PM lagi dah banyak kong-kalikong mamat ni. Tak berbangga langsung aku kalau mamat MONGGOL ni jadi PM. Tengok cara dia berucap pun tak meyakinkan. Terpulanglah pada UMNO untuk buat keputusan.
Update :
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terus berteka-teki sama ada mahu mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan ketua pergerakan itu atau tidak, apabila hanya akan mengumumkan pendiriannya selepas 9 November ini.
Inilah masalahnya dalam UMNO bila banyak sangat kaki bodek , lembik dan tak berani nak bersuara. Bila ahli dah calonkan nama , pergi jelah bertanding jawatan tu. Tapi sebab penakut, tak nak lawan tokey konon, banyak akta kerahsiaan yang bakal bocor bila berlawan, maka amanat ahli UMNO yang setia [ kononnya ] akan terkubur begitu sahaja.
Ini yang nak kita panggil pembela ? Ayuhlah makcik2 UMNO . Bangunlah. Tengok dimana korang berdiri dan apa sumbangan UMNO sekarang kepada kemajuan negara. Bukannya asyik nak membolot harta kekayaan.
Update :
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Lebih 30 ahli UMNO Bahagian Kajang mengadakan demonstrasi aman di pintu masuk Plaza Tol Kajang di sini pagi ini.Perhimpunan kira-kira pukul 9 pagi itu bertujuan membantah tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi selaku Pemangku Pengurus Besar perbadanan tersebut
Demonstrasi adalah satu mekanisme untuk rakyat meluahkan perasaan. Saya percaya ruang untuk bersuara mestilah dibenarkan dan dibuka dalam ruang kawalan yang dibenarkan. Eloklah ada orang yang berdemo. Sekurang-kurangnya bertambah sikit kerja UMNO Bahagian Kajang ni.
Dulu korang tak boleh demo sebab Khir Toyo ketua korang. Dulu korang sibuk kumpul harta kekayaan dan mengabiskan baki2 yang mana korang nak rembat. La ni ... bila dah tak de projek, korang pulak demo. Buat isi masa lapang. Cayalah... teruskan usaha murni korang. Selamat berdemo.
Update :
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Kementerian Kewangan hari ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata pembangkang tidak sepatutnya bertindak demikian kerana apa yang dibentangkan di dalam Dewan Rakyat adalah langkah tambahan yang begitu penting untuk masa depan negara dan juga untuk membela kepentingan rakyat.
Hak masing2 lah. Korang dah besar akal pun dah banyak. Yang mana nak dengar budget dari Najib, sila dengar. Kalau budget yang dibentangkan macam TAIK ... tak payah dengar sebab apa yang pembangkang boleh buat pun. Makin banyak pembangkang menyalak... umpama anjing menyalak bukit.
Masa Anwar beucap ... sekor malaun daripada anggota kabinet pun tak de. La ni bila Mat Monggol berucap .... mereka pulak buat sebaliknya.
Kalau tengok gelagat anggota parlimen Malaysia ni ... mau speaker ni boleh kena serangan jantung. Banyak sangat kerenah orang pandai. Diberi cakap ... kadang2 merapu-rapu macam ahli Kinabatangan atau Sri Gading. Tak diberi cakap ..... pakat2 keluar dewan. So .. pandai2 korang la. Lima tahun lagi aku keluar mengundi .. tahulah aku sapa aku nak pangkah.
Aku nak tukar ke Parlimen Pekan. Dahselesa kat Parlimen Lembah Pantai. Ada sapa2 boleh tolong ?
Update :
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata cadangan pembangkang supaya kerajaan merubah keseluruhan Bajet 2009 dan membentangnya semula hanya akan membantutkan usaha kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semasa perbahasan Bajet 2009 yang dibentangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu juga Menteri Kewangan, beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyarankan agar Bajet 2009 dikaji sepenuhnya dan dibentangkan semula kepada Parlimen dengan mengambil kira perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini.
Senang cerita ... kalau korang tak dengar mana2 pendapat daripada ahli parlimen pembangkang.. tak payah dengar. Buat apa yang korang suka. Harta kat Malaysia ni kan kaum keluarga korang yang punya. So ..... korang buatla apa yang patut.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment