Saturday, November 1, 2008

Santapan Minda

Ada orang yang bertanya kepada saya mengapa saya selalu jadikan Utusan Meloya sebagai rujukan kalau nak buat berita atau ulasan dalam blog ini ? Jawapan saya mudah .... saya tak mahu orang kita tertipu dengan berita yang selalunya berat sebelah ... dan kadang-kala memualkan.

Saya nak mereka baca, fikir , buat pena'kulan minda seterusnya baru buat analisis terhadap berita yang disiarkan. Mungkin benar betapa pemikiran saya sebenarnya tak menjurus kearah " politician ". Yes ... i'm not a politician. Tapi saya suka membuat pemerhatian ... supaya minda kita bebas daripada kongkongan2 yang bersifat menjajah.

SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Saya buka bersifat opportunist. Saya juga bukannya Ahli Nujum yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku. Saya juga bukan peguam yang bijak berhujah. Untuk saya ... sekiranya pihak Pendakwa merasakan tidak berpuas hati bila Razak Baginda dibebaskan.... maka mereka boleh buat rayuan.

Hati kecil saya mengatakan ..... pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tun Majid tentunya tidak akan membuat sebarang rayuan atas kapasiti beliau sebagai penjawat awam. Senang cerita " habis dah "......

Dah bebas ... bebaslah. Kalau betul tiada kes ... mengapa nak dibazirkan wang rakyat dalam menyelesaikan benda2 yang kita dah tahu 85 % pengakhirannya. Selamat bekerja semula untuk Razak Baginda [ bekas orang kena tuduh ].


PUTRAJAYA 31 Okt. - Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter lagi berkuat kuasa esok.
Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 akan dijual pada RM2.15 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini manakala diesel dan petrol RON92 yang sebelum ini dijual pada RM2.20 seliter akan dijual pada harga RM2.05 seliter.


Eloklah harga petrol diturunkan. Yang dapat manfaat rakyat juga. Walaupun penurunannya sepatutnya lebih daripada 15 sen... tetapi sebab nak menjaga hati towkey2 kedai minyak yang dah kaya raya ... maka hasrat rakyat kebanyakkan yang macam saya untuk mendapat penurunan lebih 15 sen seliter dinafikan oleh menteri2 kabinet yang sepatutnya menjaga periuk nasi saya & rakyat Malaysia.

Menteri bijak ni bila kita beri pendapat yang berbeza sedikit ... maka ada saja helahnya nak memusingkan cakap kita balik. Al maklum jelah ... menteri & ahli politik. Yang kaya ... tetap kaya ... yang susah ... akan tetap susah .... dan perlukan bantuan yang selayaknya.

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau dan dikenakan tindakan

Aduhai para politician.... ini lumrah zaman manusia nak buat duit. Mana ada peluang .. disitu mereka akan datang. Cakaplah macam mana pun . Dengan kaedah teknologi yang semakin kehadapan , tak bagi jumpa maka ditalefonnya. Dihantar SMS berbaur ugutan . Disuruh itu dan ini... Mereka semua adalah opportunist. Peluang sebegini umpama lubuk wang bagi mereka.

Saya percaya mereka yang bercakap ini juga sebanarnya terbabit secara langsung mahupun tidak dalam rasuah wang ini. Dah jadi budaya ... memang susah nak dibuang. Untuk mereka .. pelaburan 6 - 7 juta ringgit untuk jadi Ketua Bahagian berbaloi bila pulangannya nanti berkali2 ganda.

Kat Malaysia ... nak jadi kaya ada beberapa cara. Salah sau daripadanya ... jadi ahli politik yang jual air liur. Kalau bagus sikit ... boleh jadi kontraktor yang bolot semua projek walaupun kadangkala kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi boleh dipersoalkan.

SHAH ALAM 31 Okt. - Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

Jawapan kepada permintaan diatas senang .... Raja Petra sepatutnya dipanggil awal-awal dahulu dan bukannya sekarang kerana beliau ada menerbitkan satu artikel tentang Rosmah Mansur vs Altantuya.

Selain Raja Petra, peguam tersebut berkata, pihaknya turut bercadang memanggil semula penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam sebagai saksi tetapi tidak pasti sama ada boleh berbuat demikian kerana beliau tidak tahu di mana lelaki itu kini berada.

Jawapan kepada permintaan diatas ..... bawak2 lah tanyakan status P . Bala kepad Rosmah Mansor. Dia tahu mana Bala duduk ...... Tak kan itupun nak saya bagitau.....

SHAH ALAM 31 Okt. - Exco Selangor, Ronnie Liu Tan Khiew mencadangkan agar kerajaan negeri menukar kenderaan rasmi yang digunakan sekarang iaitu Proton Perdana V6 dengan kereta lain.

Cadangan itu dibuat ekoran rasa kecewanya terhadap pengurusan pusat servis Proton di Glenmarie di sini yang didakwa bersikap sambil lewa dan enggan melayan aduan berhubung kerosakan kereta rasminya.


Keputusan biar betul. Fikir panjang impak dan kesan jangka panjang kepada Proton. Siapa nak tolong Proton kalau bukan kita.

Orang2 besar di Proton jangan pandang benda "remeh " macam ni sebelah mata. Imagine Exco di Selangor ada 10 orang + 1 MB [ yang khabarnya tak guna kenderaan rasmi] . Sekurang2nya ada 10 Proton Perdana yang perlu diselenggara. Ini semua adalah keuntungan jangka panjang Proton.

Jangan bila ada orang yang meremeh2 kan usaha Proton ... Proton buat bodoh je. Bila ada orang yang suarakan ketidakpuasan hati mereka kepada servis Proton, maka Proton kena buat customer recovery. Ini benda biasa dalam service business. You kena jaga hati pelanggan.

Produk proton pun bukanlah semuanya cokia sangat. Saya gunakan produk Proton sejak saya ada kenderaan. Nak mengharap lebih ... bukannya boleh. Apa yang ada ... asasnya kenderaan proton boleh digunakan.

Cuma bila ada exco yang komplen ... you kena lah ambik berat sikit. Jenguk mereka tanyakan apa yang tak betul. Simple .... bukan susah. Yang buat susah sebab korang fikir exco tadi bukan daripada orang BN... korang pandang sebelah mata. Buat tak nampak je mereka.

Saya fikir kalau nak tukar jugak ... tukarlah. Tak de sapa yang nak larang. Saya cadang ... cuba gunakan Toyota Camry .....

No comments: