Thursday, November 6, 2008

Pakatan Rakyat perlu lebih bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan semalam ketika Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 sebagai lari daripada tanggungjawab kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, perbahasan Bajet 2009 adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian oleh setiap ahli Parlimen dan mereka tidak harus mengambil tindakan yang merugikan masa Dewan.

1- Inilah antara tindakan PR yang pada saya sangat memalukan. Keluar dewan sebagai tanda protes bukanlah jalan terbaik untuk menunjukkan kematangan fikiran politik kita. Tindakan keluar dewan hanya merugikan rakyat yang memberi mandat kepada barisan PR untuk bersidang di dewan rakyat. Bila semua keluar ... apa yang PR dapat ?

2- Apakah hanya dengan membuat sidang akhbar di luar Parlimen maka PR dikira sudah berjaya ? Ini negara demokrasi. Bila you bercakap didalam dewan maka semuanya perlu ikut peraturan. Semua ahli parlimen tak kiralah mana2 parti sekalipun ... tolonglah laksanakan amanah yang telah diberi.

3- Najib Razak dalam laporan mengatakan beliau akan memberi ruang kepada ahli parlimen PR untuk bertanya selepas beliau membentangkan penggulungan bajet 2009. So kalau kita " percaya " cakap " Najib ni ... maka tunggulah Najib habis bercakap. Lepas itu korang nak tanya apa2 pun ... tanyalah. Nak tanya 1001 pasal yang korang tak faham & tak puas hati ... inilah masa korang nak bertanya. Jangan la mencelah masa Mat Monggol ni buat pembentangan.

4- Bila dah diberi peluang ... ha korang lanyak le Najib ni. Biar sampai dia berpeluh2. Takkan la korang tak boleh tunggu. Paling2 lama ... berapa jam la Najib boleh berucap dengan nada yang semacam itu. Dah diberi peluang ... maka korang tanyalah. Saya memang tunggu saat ini supaya dapat kita melihat sama ada bakal PM kita [ kononnya ] boleh berhujah dengan matang @ tidak bila diasak oleh soalan2 ahli parlimen PR.

5- Umum dah tahu Najib memang tak berapa bijak dalam berhujah. Ini telah dibuktikan. Gelaran takut bini, bacul dan sebagainya ada dalam mainan lidah politician ahli2 parlimen PR. So .... selepas Najib habis berucap ... inilah sebenarnya peluang terhidang yang sepatutnya dimanfaatkan oleh PR dalam melihat kredibiliti Najib untuk berhujah. Baru kita tahu Najib ni pandai menjawab atau sebaliknya.

6- Rasional keluar dewan sepatutnya jadi option terakhir untuk anggota PR. Saya bimbang Speaker Pandikar Amin akan gunakan kuasa yang ada untuk menyelamatkan Najib daripada terus dihentam oleh PR sekiranya ada debat dewan antara Bajib vs PR. Ada beberapa senario. Antaranya :

1- Kemungkinan sidang dewan ditangguhkan selepas Najib berucap tetap ada. So melepaslah peluang PR nak bertanya kepada Najib... sebab esok harinya mungkin Najib tak de.

2- Selepas Najib habis menggulung Bajet 2009, sidang parlimen ditangguhkan oleh Speaker. Maka semua ahli PR yang ingin bertanya soalan diminta untuk memberi soalan bertulis kepada Najib ataupun wakilnya . So melepaslah peluang ahli PR nak bantai Najib. Bila dah ada soalan bertulis , maka senanglah Naib nak review dulu .

3- Yang paling teruk ....... lepas penggulungan mungkin Najib kena terus balik rumah sebab Bik Mama Rosmah mintak Najib urut belakang bahu dia sebab Bik Mama penat berucap di UNISEL. Habis la peluang PR nak bantai Najib.


Namun ... kalau Najib benar2 penakut ... ahli PR kena buktikan kebaculan dia menjawab soalan2 dewan. Sebab pada saya karisma Najib jadi bakal PM sangat MELOYAKAN.

Meloyakan & memualkan ......... seperti ...... NA@*s / NAJ*S / NA@IS ..... UWEEK.

No comments: