1- Saya bukan ahli politik. Saya bukannya berminat nak menceburi dunia politik. Pada saya politik hanya membawa kepada dua niat. Niat yang pertama IKHLAS Lillahi Ta'ala nak berkhidmat kepada masyarakat setempat. Niat yang kedua .... nak mengumpul kekayaan untuk hidup mewah dimasa sekarang ... serta masa hadapan.
2- Untuk niat yang pertama .... golongan yang masuk dalam kategori ini memang saya hormat habis. Siapa ? Saya percaya tentu ada ahli politik yang berada dalam kategori Niat yang pertama. Mereka berkhidmat dengan penuh minat , mendengar semua permasalahan rakyat tempat mereka seterusnya mereka cuba nak menyelesaikan. Jasa mereka ... akan dikenang orang walaupun mereka tidak lagi bergelar Yang Berhormat pada masa depan.
3- Perangkaan untuk golongan kedua yang niatnya untuk membolot kekayaan ... tidaklah dapat saya buktikan. Saya katakan ...memang tidak dapat saya buktikan. Tak mungkin saya dapat baca hati , perasaan dan niat mereka. Untuk saya ... biarlah kalaupun mereka nak kaya. Tak salah hendak menjadi kaya. Allah Ta'ala pun tidak melarang hambanya menjadi kaya. Dalam satu firmannya ... lebih baik menjadi KAYA kerana MISKIN itu akan hanya membawa kepada KEKUFURAN.
4- Sementara kita bayangkan kekayaan AHLI POLITIK ... cuba kita tengok berapa banyak kekayaan mereka. Satu perangkaan yang terlalu sukar untuk dibuktikan tetapi lebih sukar untuk dinafikan adalah hampir 100%, saya ulangi HAMPIR seratus peratus pemimpin politik samada dari UMNO atau Barisan Nasional, yang dengan hanya berkhidmat untuk tempoh 4 atau 5 tahun sebagai wakil rakyat telah berjaya mengumpul harta kekayaan yang boleh disangsikan punca perolehannya. Cuba tengok betapa kayanya bekas ADUN Selat Kelang ... dengan rumah ala mahligai.
5- Orang-orang yang menempel kepada golongan AHLI POLITIK ini juga khabarnya mendapat tempiasnya. Mereka yang mendampingi watak-watak wakil rakyat ini juga pada kebiasaan yang amat nyata, juga berjaya menghimpunkan khazanah dunia yang berjumlah dalam angka yang terlalu mencurigakan.
Saya mengambil contoh, seorang setiausaha akhbar seorang menteri yang berkhidmat cuma bagi tempoh 4 tahun boleh membeli atau dapat free 8 buah rumah yang nilai setiap satunya tidak kurang daripada RM250,000.00!!! - Ada bukti ..... tapi tidak dirungkai.
Seorang pembantu peribadi kepada seorang Ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 4 tahun boleh memiliki 4 buah rumah semi-D yang bernilai tidak kurang daripada RM300,000.00 setiap satu dan sebuah banglo sebagai kediamannya yang berharga hampir RM3 juta. Mana mereka dapat duit sebanyak ni ? Pernah kita fikirkan .... ?
6- Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana V6 atau Honda Accord 2.0 ; kalau nak hebat lagi mungkin BMW 3 Series [ second hand ]
Jenis manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] atau Ahli Dewan Rakyat [ Ahli Parlimen ] dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit. Boleh masuk akal ke ? Tak kan BPR tak perasan benda2 seperti ini ? Hairan kan ? Tapi di Malaysia ... semuanya boleh . Malaysia Boleh.
7- Orang yang sama sekiranya kita pilih ... dalam masa 4 - 5 tahun berkhidmat dapat mengumpul kekayaan sekitar 4 -5 juta ringgit Malaysia. Maknanya dalam setahun ... mereka telah mengumpul sebanyak 1 juta ringgit ataupun RM 83,000 sebulan. Tak banyak ke ? Kita nilaikan pulak berapa gaji mereka , berapa elaun yang mereka boleh claim ... masuk akalkah sekiranya kita persoalkan darjat " kekayaan " mereka ?
8- Orang kata kita laporkan kepada BPR. Saya cakap bila kita lapor pada BPR .... kita buat benda BODOH dan buang masa. Fikirkan ... adakah BPR akan bertindak sepantas kilat kalau ditengoknya fail yang korupsi itu adalah ahli parlimen BN ? Jawapan dia ... saudara - saudari sendiri pun dah tahu. Kalau sebaliknya ..... ahli Parlimen pakatan Rakyat ? .... sepantas kilat tindakan yang diambilnya. Ini realiti yang kita kena terima.
BPR bukanlah badan bebas kerana lantikan dia dibuat oleh Perdana Menteri dan diletak dibawah Perdana Menteri. So kalau PM kata NO .... BPR kena ikut. Saya tak percaya yang BPR itu sebuah badan yang bebas... sama macam saya tak percaya SPR itu bebas adalam mengendalikan proses pilihanraya. Ini persepsi saya... mungkin betul ... mungkin tidak. Persepsi adalah hak individu . Kita tak mampu mengubah persepsi orang terhadap diri kita. Apa orang nak cakap ... kita tak boleh halang. Itu persepsi saya kepada BPR [ Adanya Pendakwaan Yang Terpilih ] ... serta SPR [ yang katanya adil ... PODAH CHIT .... ]
9- Kalau wakil rakyat ni jenis yang merompak wang rakyat ... maka silakanlah . Saya akan tuntut di hari Pembalasan. You all tak boleh lari. Sekarang korang boleh lari , curi , sembunyikan ... dan buatlah apa yang korang suka kepada harta rakyat. Saya akan tuntut di Yaumul Masyar. Golongan ini bukannya bekerja ... apatah lagi nak membela rakyat. Menipu dan merompak harta rakyat adalah ........
Di Sabah misalnya ... saya melihat sendiri betapa ada ahli parlimen mereka yang kaya raya. Dikhabarkan ... SETIAUSAHA kepada seorang Ahli Parlimen yang selalu bertekak dengan Karpal Singh ... saya ulang ye ... SETIAUSAHA kepada Ahli Parlimen yang selalu macam beruk dalam Dewan Rakyat dikhabarkan mempunyai ASET melebihi RM 4 Juta Malaysia.Disiasat BPR .. dan lepas. Itu baru Setiausaha ahli parlimen monyet tadi ... belum AHLI PARLIMENNYA. So imagine ... berapa kaya mereka ini.
Bila harga minyak melambung .... adakah mereka ini boleh membantu kita ? Tak kira berapa banyak pun minyak naik ... golongan Ahli Parlimen seperti ini ... bukannya terjejas periuk nasi mereka. Claim macam biasa... gaji pulak MASYUK ......
10- Kerana tak mahu harta kita disamunlah ... maka 6 Negeri di Malaysia telah diserahkan kepada Ahli-ahli YB daripada Pakatan Rakyat. Kedah , Pulau Pinang , Perak , Selangor , Kelantan & Wilayah Persekutuan ... semuanya diserahkan kepada PR supaya perbetulkan apa yang tak betul.
11- Andai kata dalam masa 4 - 5 tahun ... wakil rakyat Pakatan Rakyat pulak yang buat ONAR dengan mengumpul kekayaan yang tidak munasabah ... maka elok sangatlah mereka ini dikapankan & ditanam. Tak kira BN ataupun PR. Mereka kena memerintah dengan jujur dan adil serta saksama... demi kepentingan rakyat. Saya ulang ... DEMI KEPENTINGAN RAKYAT
Sunday, November 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment