KUALA LUMPUR 3 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725.
Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, penilaian teknikal dan kewangan bagi pembelian 12 helikopter yang keseluruhannya berharga RM1.604 bilion adalah mengikut piawaian antarabangsa.
Seperti yang telah saya jangkakan , tiada sebarang keraguan dari segi prosedur pembelian helikopter oleh PAC. Tetapi .... saya still tak puas hati mengapa harga yang dibeli oleh Malaysia jauh lebih mahal berbanding BRAZIL ? Come on la... lelaki Normala Samsuddin ni janganlah bodohkan rakyat Malaysia....
KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kementerian Luar menyatakan komitmen untuk memainkan peranan positif dalam mana-mana persidangan antarabangsa bahasa Melayu bagi memastikan ia mampu menjadi bahasa dunia yang turut diiktiraf di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Aduh Datuk Rais Yatim.... mengapa tidak diberikan komitmen dalam memartabatkan bahasa Malaysia didalam negara sendiri ? Mnegapa sibuk dengan orang luar hinggakan Datuk sendiri terlupa bahawa UMNO sebenarnya pembunuh terhadap penggunaan bahasa melayu.
Siapa yang mencadangkan agar Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris ? Inikah modal datuk ? Inikah yang dikatakan cara untuk memartabatkan bahasa melayu ? Balik Jelebu ... dan fikirkanlah datuk .
KUALA SELANGOR 2 Nov. - Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, menara gading harus berada di barisan hadapan dalam mengukuhkan perpaduan kebangsaan.
Apakah tiada lagi manusia yang lebih layak untuk dijadikan Canselor UNISEL selain daripad Bik Mama ? Tolonglah.... sepuluh diperkatakan ... hanya satu yang berul. Rosmah .... Rosmah ... tidak sedarkah Bik Mama ni bahawa ramai orang yang sedang memerhatikan ruang hidup dia ?
BATU PAHAT 2 Nov. - Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali hari ini mendedahkan wujudnya usaha pihak tertentu yang cuba menyekat akhbar Utusan Malaysia daripada diedarkan di sebuah pekan di negeri ini.
Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai langkah pihak berkenaan untuk menghalang orang ramai daripada terus melanggan akhbar yang menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu di negara ini.
Inilah hakikat mereka yang masih tak sedar & peka kepada isu serta persekitaran semasa. Utusan Malaysia diboikot sebab laporannya banyak yang berat sebelah. Memberi lebih fokus & Bodek kepada pemimpin UMNO. Pemimpin pembangkang ... jangan harap. Sebab meluat dengan UMNO lah maka ramai orang mengundi Pakatan Rakya.
UMNO kena sedar hakikat yang manusia sering berubah2. Lagi banyak UMNO buat salah ... tetapi tunjukkan benda yang betul ..... atau mengaku yang dirinya sahaja betul ... maka orang itu ada mind block........
BENTONG 2 Nov. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.
Beliau berkata, langkah itu dirasakan perlu berikutan amalan politik wang dalam pemilihan UMNO ketika ini dikatakan berleluasa hingga boleh merosakkan parti.
Menurutnya, terlalu banyak aduan politik wang diterima tetapi saksi sukar mengemukakan bukti yang memenuhi ciri-ciri 'tanpa keraguan yang munasabah'.
Adnan ... tak payahlah nak bersumpah2. Nanti kau pulak yang terkena sumpah. Adakah dengan hanya bersumpah dengan menyebut kalimah Wallahi , Wabillahi , Watallahi " maka segala benda boleh jadi sempurna ?
Kalau nak bersumpah juga ... maka jadilah Adnan ni geng kepada Saiful Bukhari Azlan. [ Aku dengar dia sedang sakit teruk ? Betulke ? " ] So yang senangnya ... tubuhkan seruhanjaya diraja bagi menyiasat EURO Copter tu . Kalau confirm buat salah ... maka sula sajelah mereka yang buat kesalahan.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment