" PEKAN 24 Okt. – Ratu jazz, Datuk Sheila Majid yang menjadi artis tempatan tunggal menerima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan kepadanya setelah lebih 20 tahun bergiat dalam industri seni tanah air. - Utusan Meloya "
Berita ini sedikit sebanyak memberikan kita maklumat bahawa masih ada lagi sebenarnya golongan artis2 Malaysia yang lebih layak diberikan gelaran Datuk. Satu sindiran keras kepada kerajaan negeri Melaka. Rasanya tak ada orang nak pertikaikan kelayakan Sheila Majid menerima anugerah Datuk daripada kerajaan Pahang. Bukannya macam Tun Melaka & Ali Rustam .....
KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan
Inipun boleh dipolitikkan oleh kerajaan BN. Bukannya nak menyokong... malahan banyak membangkang. Orang sibuk bercerita bagaimana Islam boleh disatukan... orang2 BN sibuk dengan asabiyah kaum masing2. Yang cina untuk cina , melayu untuk melayu dan india untuk india. Sedarkah mereka bahawa agama Islam itu Universal ?
PETALING JAYA 24 Okt. - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi yang baru dilantik ke jawatan itu memulakan tugas rasmi pertamanya hari ini dengan melancarkan ensiklopedia berkaitan istilah undang-undang.
Selepas merasmikan majlis tersebut , ZTA dikerumuni pemberita serta ditanya apa perasaan beliau tentang jawatan baru beliau. Seperti dijangka ... orang yang bangang akan diam dan menutup mulut kerana tahu beliau sebenarnya TAK LAYAK langsung untuk jawatan Ketua Hakim Negara. Kerajaan BN masih tak sedar2. Bangang tak boleh diajar ... cerdik tak boleh diikut.
PETALING JAYA 24 Okt. - Indeks Harga Pengguna (IHP) negara mencatatkan penurunan ke paras 8.2 peratus pada September lalu, berbanding 8.5 peratus pada bulan sebelumnya
Mengapa tidak dihighlightkan kenaikan mendadak peratusan INFLASI negara ? Penurunan IHP seharusnya diikuti dengan penurunan INFLASI negara bukan sebaliknya. Jangan ingat orang Malaysia ni semua tak cerdik. Menteri yang bertanggungjawab diam saja ? Mengapa ?
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Udah2 la tu menipu rakyat Malaysia ni. Mana ada anak orang2 ternama ikut kursus PLKN ? Duduk bergelumang dengan air yang kebersihannya boleh dipertikai ? Tidur atas tempat tidur yang jauh tahap keselesaannya berbanding dengan rumah sendiri ? Kena mendengar arahan ? Bangun seawal pagi ? Bukan bersikap optimistik ... tapi rasanya daripada beratus ribu anak2 VIP ni ... mungkin berapa peratus sahaja yang memang sukarela nak mengikuti kurusu Najib Razak ni .... Fikir2 kanlah.
SHAH ALAM 24 Okt. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya
Mana punya malaun da sibuk meniru tanda tangan semata2 nak menyambung khidmat di universiti berkenaan. Namanya pun Naib Canselor... orang bijak dan terpelajar .... tapi dek kerana wang ... sanggup buat perkara2 bodoh. Ini menunjukkan kegawatan ekonomi Malaysia ni sebenarnya dirasai oleh semua orang ... Kecuali ROSMAH MANSOR
30 tahun solat Jumaat bawah jejantas
PULAU PINANG 24 Okt. - "Sudah lima orang maut dilanggar kereta ketika ingin menunaikan solat Jumaat namun sehingga hari ini permohonan kami untuk mendapat masjid yang lebih besar masih tidak diendahkan".
Itulah antara kekesalan yang diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Nibong Pantai, Isahak Mohd. apabila permohonan mereka untuk mendapatkan masjid lebih besar menggantikan Masjid Sungai Nibong Besar yang digunakan sekarang tidak mendapat perhatian kerajaan.
Isahak yang lebih selesa dipanggil Pak Leh berkata, permohonan tersebut telah diajukan kepada wakil rakyat yang bersilih ganti sejak lebih 30 tahun dahulu namun janji yang diberi hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam'.
Menurutnya, sejak lebih 30 tahun dahulu, jemaah terpaksa menunaikan solat Jumaat di bawah jejantas yang terletak berhadapan dengan masjid itu.
Hallo kawan ...... ini cerita daripada negeri PULAU PINANG ... yang semenjak dahulunya diperintah oleh "Barisan Bangang Nasional" ... hanya selepas PRU yang lepas diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat . Benda macam ni pun ornag 2 BN tak boleh selesaikan ? Hairan & Meloyakan.
Pengebom Bali ditembak mati bulan depan
JAKARTA 24 Okt. - Indonesia akan melaksanakan hukuman mati ke atas pengebom Bali pada awal bulan depan, selepas kesemua siri rayuan ditolak oleh mahkamah.
Hukuman itu dilaksanakan setelah lima tahun ketiga-tiga dalang utama itu didapati bersalah kerana melancarkan serangan bom ke atas kelab malam di Kuta, Bali yang meragut 202 nyawa pada Oktober 2002.
Ketiga-tiga mereka, Imam Samudra serta adik-beradik, Amrozi dan Ali Ghufron yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI) itu melancarkan serangan tersebut bagi menakut-nakutkan pelancong asing daripada datang ke Indonesia.
Iman manusia berbeza2. Hakikat mereka tetap satu. Kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa membuatkan mereka nekad untuk melakukan sesuatu yang orang lain enggan lakukan. Jangan mudah membuat hukuman dunia kepada empunya badan. Kepada Yang Maha Esa kita berserah.
BEAUFORT: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatannya sekiranya beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort hari ini.
Eloklah kalau Lajim ada niat begitu. Sedar diri bila mahu berundur sebelum orang bagitau bila kita kena berundur. Kita nak LAJIM ikhlas ... bukannya gimik menjelang pemilihan bahagian UMNO.
PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyokong cadangan supaya Umno menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti yang dilaksanakan ketika ini.
Baru nak menyokong ? Bila dah terantuk ... baru nak tergadah. Datuk ... Datuk. Tahukah Datuk bahawa kat dunia ni hanya Parti UMNO saja yang memerlukan paratusan2 tertentu sebelum seseorang itu layak untuk bertanding ? Tak sedar lagike ? Selenge betul ......
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment