1- Antara parti komponen BN yang selalu dilihat relevan dengan peredaran suasana politik Malaysia ialah parti MCA. Hari ini mereka akan memilih Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan juga ahli pusat MCA. Selamat bersidang ... dan selamat menjalankan tugas.
2- Pilihan saya :
Presiden : Ong Tee Keat
Timbalan Presiden : Ong Ka Chuan
3- Apa yang Dollah Badawi nak laksanakan dalam masa kurang 6 bulan semuanya bergantung kepada kerjasama yang ada dalam BN. Kalau berjaya semua suruhanjaya yang dicadangkan tu baguslah.
Dalam masa 5 tahun jadi PM banyak yang tak diselesaikan, alih2 semuanya nak diselesaikan dalam masa 5 bulan . Henat kalau dapat buat. Kalau tidak Dolah Badawi akan dikenal sebagai PM yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya... tanpa ada hasil mahsul.
Mahathir ada PUTRAJAYA , Dolah Badawi .... ? Suruhanjaya ..... KJ ? ..... Balairaya.
4- Selepas PRU yang lepas ... banyak masa kita sebenarnya terbuang dengan caturan2 politik parti komponen Malaysia. UMNO , MCA ... Gerakan .... semuanya nak bersidang.
Rasuah merata tetapi rasanya impak BPR kepada parti pemerintah macam dipandang sebelah mata. BPR tak ambik pot kalau ianya membabitkan parti kerajaan. Namum, bila bersabit tentang parti lawan....... cepat tindakan mereka. Macam lipas kudung.
Kuasa ... gila kuasa
Mereka yang gila kuasa akan terasa bila sudah tidak berkuasa
Tangan yang selalunya berkuasa ... tiba2 merasa kebas
Rasuah yang dulunya jadi pendapatan harian
Kini tak de lagi
Apa nak dijawab ... sebab dulu duit melambak
dulu aku makan rasuah
dulu aku ambil komisen
dulu aku yang sain dokumen
dulu ... akulah segalanya
sekarang bagaimana .....
sumber pendapatan sampingan aku sudah tiada
tiada lagin polis iringan bila aku ingin berjalan
tiada lagi sambutan tangan berjuta juta
tiada lagi hiruk pikuk ungkapan kata " hidup xxxxx "
mana semua tu pergi ?
mana tubuh badan yang dulunya menyanjung aku ...
mengapa semua menjauh diri ....
sepi orang yang berkuasa ... dengan sepi cikgu yang baru pencen lain.
orang berkuasa ... tak lagi diingati sebab dulunya membuat kebejatan
dulunya sombong meninggi diri .. dulunya angkuh bila berbudi
cikgu pencen diingat sampai kemati....
dipanggil cikgu walau dah pencen dengan bergaji...
walau tak kaya ... syukurlah ... kerana dihormati dan disayangi
Saturday, October 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment