
Kerajaan mengumumkan bahawa Zaki Tun Azmi bakal menjadi ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad. Siapa Zaki Tun Azmi [ ZTA ] ? Boleh tengok kat atas.
UMNO melalui parti pemerintah tak pernah serik. Baru saja institusi kehakiman ingin dipulihkan, mereka buat lagi benda2 yang boleh membuatkan rakyat merasa curiga tentang ketulusan dan kredibiliti Institusi Kehakiman. Mereka melantik seorang yang boleh dipersoalkan tahap kredibilitinya kerana rapat dengan pemimpin UMNO selain sangat popular dengan cerita kontroversi rumahtangganya.
ZTA menjadi orang pertama yang dilantik terus kejawatan Ketua Hakim Negara tanpa perlu menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Boleh atau tidak beliau bersifat adil dalam melaksanakan hukum ? Mengapa beliau tidak melalui proses biasa seperti hakim2 yang sebelumnya ? Apa hebat sangatkah beliau melalui kaca mata Parti Pemerintah ?
ZTA pernah menjadi penasihat undang2 untuk parti UMNO. Adakah ini bermaksud beliau akan bersifat adil ? Hakim yang adil ..... kita sokong . Yang tak adil ... tunggulah balasan api neraka.
Untuk terus menghukum ZTA , rasanya tak patut. Berilah beliau masa. Tapi ... track rekod beliau banyak menceritakan sebaliknya. Kalau saya ingin membeli kereta baru , tentulah batuan kereta tersebut masih dalam angka " 0 ". Itu baru dikatakan kereta baru.
Tapi bila saya beli kereta baru .... batuannya sudah mencecah 142 ribu km .... apa ceritanya ? Rekod ZTA menceritakan sebaliknya.
Ayah beliau menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun 1966 - 1974. Bapa borek anak rintik. Bagus . Kita suka. Kita harap beliau boleh jadi seperti bapanya dalam membuat keputusan ayang adil.
UMNO tak pernah serik. Ingin diperbaiki kontroversi Tun Salleh Abbas pada 1988 ... diciptakan pulak perlantikan ZTA dalam senario perundangan negara. Aduhai pemerintah .... mengapa cetek benar pemikiran anda ....
Bangang pada tahap yang tak boleh diajar , Pandai sehingga ke tahap aynag tak boleh diikuti.
No comments:
Post a Comment