Thursday, October 23, 2008

MACAM-MACAM YANG DIFIKIRKAN ...

1- Sultan Pahang bertitah bahawa peruntukan makanan sebanyak RM 8 sekepala tidak mencukupi untuk mangsa2 banjir. Untuk saya memang tak mencukupi. Ala2 kadar je.

Dengan segala harga bahan keperluan yang semakin meningkat, manalah cukup peruntukan sebegitu. Harap2 pihak berwajib silalah tinjau2 sikit penempatan mangsa banjir. Tolonglah tengok keadaan mereka.

Malam tadi dalam Buletin TV 3 suku melaporkan YB-YB di negeri Kedah satu orang pun tak turun kepadang bila berlaku banjir. Kata mereka ini berbeza sekali waktu kerajaan Kedah diperintah syarikat Barisan Nasional.

Aduhai YB2 , masa berkempen dulu janji sanggup selesaikan masalah penduduk. Sanggup buat apa sahaja untuk kebajikan penduduk. La ni apa cerita ?

Berita TV 3 suku pun bukan boleh dipercaya sangat. Kadang2 banyak memberikan maksud yang berbeza. Yang mana beri political milage gain kepada UMNO ... maka ditulisnya. Yang mana berita memburukkan kerajaan PR ... lagilah suka ditulis. Pada TV 3 suku .... yang maksum hanyalah kerajaan BN. Yang banyak dosa dan suka menambahkan dosa ... kerajaan PR.

Tapi bagusnya , berita TV 3 suku ni elok sikit daripada berita Radio Tipu Malaysia. Yang had sana tu lebih banyak pembelit. Menyampah........ Nasihat saya , ada berita tengok dan dengar. Lepas tu guna akal untuk nilaikan sendiri.

2- Tun Musa Hitam berkata generasi muda sangat diperlukan untuk memulihkan semula penyakit tua UMNO yang sedang melanda parti itu sekarang. Pada saya senagn je .... UMNO dah umur 61 tahun. Dah sampai ketahap nyanyuk dah. Banyak benda yamng UMNO janji sebagai ketua kepada parti pemerintah dalam BN ni tak dapat dilaksanakan. Kenapa ?

Rasuah, salah guna kuasa , buat harta negara sama macam harta parti. Mereka gunakan segala kemudahan awam untuk parti ... sibuk cari duit nak mengenyangkan tembolok sendiri... rasuah dan komisen sana sini... ini semua tanda2 UMNO sebenarnya sibuk nak mencari kekayaan untuk diri sendiri. Nak menjaga rakyat macamana kalau sibuk dengan mengumpul harta kekayaan.....

Eloknya mana yang tua2 dalam UMNO tu berilah peluang kepada generasi muda untuk memimpin. Yang tua2 tu dah banyak sangat harta yang dikumpul... tolonglah beri peluang pulak kepada orang muda mengumpul harta negara. So senanglah sikit nak jadi kaya......

Kalau itu yang ada dalam fikiran golongan muda .... memang sahlah UMNO ni parti keparat yang hanya tahu nak mengenyangkan tembolok kroni sendiri saja. Walau dipimpin oleh golongan muda sekalipun, tubuh badan UMNO sudah terbiasa dengan tabiat rasuah , kroni , pentingkan diri sendiri .... tak kan berubah punya.

Ibarat kereta Hyundai Getz ... mana boleh kalau dimasukkan dengan enjin kereta Formula 1 ? Boleh laju tapi tak stabil kan ? UMNO tak boleh berubah kalau sifat rasuah , kroni dan pentingkan diri sendir masih menebal dalam parti itu.

3- Dikawasan perumahan saya masih lagi banyak kawasan setinggan yang masih diduduki dan tak tahu bila akan digantikan. Sesak , menyesakkan dan tak seronok mata memandang. Taraf mereka digelar peneroka bandar.

Mengapa kerajaan BN gagal mewujudkan POLISI satu keluarga satu rumah ? Bukankah ini yang sepatutnya diperjuangkan oleh BN ?Ini priority dalam mentadbir negara. Kita nak duduk dalam persekitaran yang elok dan selesa. Polisi satu keluarga satu rumah mesti dilaksanakan. BN secara jelas tak memahami keadaan ini.

Perumahan masih lagi jadi isu yang tak selesai dan semakin berpanjangan. Kejadian roboh rumah di Kg Baru Plentong sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua betapa UMNO sebenarnya gagal dalam menjaga hal orang melayu.

Banyak negara maju seperti Singapura berjaya mewujudkan polisi perumahan rakyat untuk penduduk mereka kerana mereka percaya tempat tinggal adalah asas utama dalam kehidupan. Di Singapura , kerajaan bertindak sebagai pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar – pemilik dan pemungut sewa rumah.

Ambil contoh DBKL, mereka boleh membuat seperti diatas. Ambil tanah2 di DBKL.. majukan dan buat rumah. Bukannya buat padang golf yang hanya memerikan keuntungan kepada segelintir orang yang rumahnya dah cukup selesa. Biarlah mereka menyewa kepada kerajaan daripada menjadi orang yang duduk dirumah haram. Contoh lagi – Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Mana ada orang yang main golf dan jadi member kepada kelab golf yang duduk dirumah sewa ? Kalau ada tunjukkan kepada saya. Rata2 mereka yang main golf merupakan orang yang dah kaya ...... yang gajinya .... ahhhhh malas saya nak sebut.

Apa yang cacatnya di Malaysia di ialah daripada segi perlaksanannya. Mereka TIDAK mempunyai dasar perumahan yang tepat. Apa yang jadi pada flet2 di kotaraya Kuala Lumpur yang diruntuhkan semata 2 ada TOKEY 2 kaya yang hendakkan tapak itu. So mereka pun dipindahkan.

Cara mereka merompak perumahan rakyat cukup senang. Tokey kaya ni akan kowtim dgn pemimpin UMNO. Mereka panggil ini joint venture [ kepala hotak korang .... ]. Tokey keluarkan duit ... pemimpin UMNO keluarkan air liur jumpa dengan Pak Menteri2 . Maka dijanjikan segala kemewahan kepada pihak UMNO .... dan untunglah TOKEY tadi sebab dapat tanah. Yang bangangnya ... pemimpin UMNO. Gadaikan tanah atas nama pembangunan ... tapi masih ramai lagi orang MELAYU , INDIA dan CINA yang tak berumah.

Cuba kita tengok apa yang jadi bila ada projek rumah yang terbangkalai. Kerajaan akan jadi tukang selamatkan projek ini. Ini kerja orang BODOH. Mengapa dari mula kerajaan tidak bertindak sebagai pemaju ????? Kerajaan sepatutnya bertindak sebagai pemaju , pemilik rumah seterusnya jadi Tuan Punya rumah. Rakyat menyewa dengan kerajaan ..... bukankah lebih afdhal? Buat konsep sewa beli ........ itu pun susah nak fikir ke ?

Selalunya kerajaan akan cakap " kita tak de duit dan modal untuk buat projek perumahan. Kita kena minta bantuan daripada swasta ". Menteri atau individu yang cakap sebegitu wajib dapat PELEMPANG. Bodoh tak boleh diajar ... pandai tak boleh diikut.

Menyediakan keperluan asas tu wajib . Mereka yang cakap sebegitu selalunya ada kepentingan dalam penyedian rumah oleh pihak swasta. Dah joint vebture untuk mengayakan anak beranak mereka.

Kat tempat saya... sebelum pilihanraya dijanjikan sewa beli daripada DBKL. Bila BN kalah ... ditukar statusnya sebagai hanya layak untuk menyewa. Ini daripada kawasan Shahrizat Jalil. Bila nak beli .... tunggu lagi 3 tahun . Kata beliau itupun kalau you all UNDI BN. Bukankah ini ugutan namanya ? Politik orang kampung , berbaur ugutan lebih menyebabkan orang benci BN. Saya sendiri benci bila melihat keadaan ini berlaku.

You janji macam2 sebelum pilihanraya atas kapasiti you sebagai menteri . Walhal dalam berpilihanraya ... sewaktu berkempen korang tak boleh janji yang macam2 waima kau sorang PM sekalipun . You hanya jadi caretaker government. Bertanding pilihanraya atas kapasiti individu mewakili parti ... bukannya atas kapasiti you sebagai MENTERI.

Perlakuan BODOH sepeti ini dah berlanjutan lama. Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Kita rakyat dipergunakan oleh orang berkepentingan hanya bila tiba musim pilihanraya. Waktu itulah kita nampak menteri naik basikal , pakai selipar , sembahyang disurau ... pergi kepasar2 basah... semata2 untuk membuktikan " akulah pemimpin yang layak untuk diangakat ". Selepas pilihanraya .... PODAH. Tuih.....

Buat rumah untuk rakyat tak mampu. Oleh kerana rakyat duduk atas tanah yang diceroboh ... maka kena runtuhkan rumah tu. Woi menteri2 ... aku nak bagitau sikit. Mereka yang duduk di Kg Berembang yang korang robohkan tu dah duduk disitu selama 40 tahun. Kenapa dulu korang tak nak bangunkan tanah untuk kawasan perumahan. Mengapa kena tunggu sehingga masuk tahun 2000? Mengapa ?

BN gagal untuk memahami konsep rumah sebagai medium penting dalam asas pembinaan negara. Buat rumah untuk rakyat ... tak mampu dan tak de modal . Tapi yang bangsatnya ..... boleh beli pulak kapal selam dan dapat komisen berjuta. Buat rumah tak mampu ... tapi hantar orang pergi angkasa . Buat rumah tak mampu ... tapi mampu beli jet pejuang sukhoi. Buat rumah tak mampu ... tapi boleh beli eurocopter yang beza harganya seunit dengan apa yang kerajaan BRAZIL beli hampir satu billion. Ini pemimpin apa ?

Bak kata orang ... lebih baik buat rumah daripada bazirkan kepada yang bukan2 macam koridor2 yang Dolah Badawi buat. Siapa yang banyak dapat manfaat ? Bukankah rakyat patut diangkat kebajikannya. Bergeraklah sebagai negara berkebajikan..... bukan sebaliknya.

ps : Isteri Dr. Fadzley [ penyanyi ] adalah anak Rosmah Mansur daripada perkahwinan pertama . Betul atau salah ?

No comments: