Update :
Malaysia boleh tahan situasi ekonomi global semasa: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Malaysia mampu bertahan daripada impak situasi ekonomi semasa, dan negara tidak akan mengalami kemelesetan. Perdana Menteri yakin Malaysia mampu melalui 'ribut' akibat krisis kredit Amerika Syarikat (AS) kerana ia masih mempunyai fundamental ekonomi yang kukuh selain kedudukan politik yang stabil. “Kita mempunyai rizab yang sangat kukuh, lebihan juga masih kukuh, simpanan domestik juga sangat tunggi dan mata wang kita juga stabil dan tidak tertakluk kepada susut nilai.- Berita Hairan.
Saya fikir kalau yang cakap Najib ... mau gak diulas. Yang cakap pun Dollah Badawi. Dah nak retired. Cakap pun kena fikir lah jugak. Banyak indikasi yang menunjukkan arah sebaliknya, tapi Dollah Badawi fikir sebaliknya. Ini yang saya cakap Berita Hairan.
daripada SUKJ .....
Di Amerika sudah ada beberapa buah intitusi kewangan yang telah muflis. Di Eropah beberapa buah bank telah diambil alih oleh kerajaan. Di Jepun juga telah ada institusi kewangan(Insuran) yang diistihar muflis. Manakala jiran kita Singapore juga telah mengakui terjejas dengan krisis kewangan dunia.
Jadi adakah kita akan selamat atau Kebal dari masalah ini? Kita tunggu dan lihat selepas ini bank-bank tempatan mana pula yang akan 'merger'. Bila berlaku 'bank merger', itu bermakna kemelesetan ekonomi negara telah berlaku.
Kekuatan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada 'export'. Jika sebelum ini ramai penoreh getah mendabik dada dengan kereta baru kerana harga getah 'scrup' RM4.50/kg tetapi hari ini harganya sudah tinggal RM2++ sahaja. Begitu juga dengan harga kelapa sawit. Malah harga minyak mentah juga dibawah USD78.7)
Saya agak hairan kepada siapa mereka merujuk bahawa ekonomi negara kita tidak akan terjejas dan tidak akan meleset. Adakah mereka telah merujuk pada pakar ekonomi atau 'Tok Bomoh'.
Update :
NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas serbuk dadah dipercayai ketamin seberat 29 kilogram bernilai RM1.15 juta yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyorokkannya dalam alat pendingin hawa.
Dadah memang musuh negara. Kita kena sama-sama jaga supaya semua generasi muda terhindar daripada musuh ini. Kita isytiharkan semua ini sebagai musuh nombor satu.
Dadah musuh negara. Syabas orang KASTAM. Bagga aku ada kawan kerja di KASTAM.
Update :
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai 'karut' dan 'membuang masa'. Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.
Dollah Badawi ni apa dia cakap kadang2 dangkal pemikir. Apa yang dia fikir kadang2 orang tak terfikir. Pemikiran lemah. Eloklah bersara awal. Malas aku nak ulas.
Apa yang pembangkang nak buat ... buatlah. Janji bukan BN yang berkuasa. Lagi cepat lagi bagus.
Tuesday, October 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment