Tuesday, October 28, 2008

Baca dan tafsirkan ....


Update 1

Ahli UMNO perlu sokong pertahan Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 27 Okt. - Seluruh ahli UMNO khususnya Pergerakan Puteri diminta memberi sokongan kepada usul bagi mempertahankan kedudukan akhbar Utusan Malaysia.
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, usul Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani itu merupakan satu keputusan berani dalam mempertahankan maruah sebuah akhbar yang menjadi suara kepada orang Melayu.


Woi makcik ... ramai orang boikot utusan sebab berita yang disiarkan meloyakan. Utusan hanya akhbar UMNO ... bukannya milik masyarakat. Kalau saya boikot parti UMNO ... tak de salahnya kalau saya boikot utusan.


Update 2 :

UMNO Tanjung persoal papan tanda pelbagai bahasa

PULAU PINANG 27 Okt. - UMNO Bahagian Tanjung hari ini mempersoalkan niat sebenar kerajaan negeri membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam tulisan jawi, Tamil dan Cina bagi tujuan warisan di jalan-jalan di Georgetown.

Timbalan Ketuanya, Raja Munir Shah Raja Mustapha berkata, DAP sememangnya sejak dahulu sudah mengetengahkan isu bahasa, jadi kini menjadi persoalan sama ada pemasangan papan tanda jalan itu benar-benar untuk tujuan pelancongan dan bukannya politik

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung, Jeffri Salim memberitahu, mereka akan mengadakan bantahan sekali gus meminta papan tanda itu diturunkan jika ia dilaksanakan kelak.

''Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan telah pun termaktub dalam perlembagaan negara ini, jadi pemasangan papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa tidak perlu dilaksanakan.

''Sebagai rakyat negara ini, kita sepatutnya berbangga dengan bahasa Kebangsaan dan usaha memperkasakan bahasa Melayu ini perlu dilakukan semua rakyat negara ini tidak kira kaum," katanya.

Inilah berita yang paling lawak . Sejak bila UMNO jadi pejuang bahasa ? Sejak bila pandai berkokok tentang isu bahasa. Sudah-sudahlah mempolitikkan sesuatu isu untuk politik picisan UMNO. Jangan jadi BANGSAT .....

UMNO pejuang bahasa ? Porah......

1- Mengapa UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION [ UMNO ] ... bukannya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PKMB @ Pekembar ?

2- Mengapa KLIA bukannya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ....

3- Mengapa pengajaran Sains & Matematik dalam bahasa inggeris ? Kenapa tak dalam bahasa Melayu ... India @ Cina ?

4- Mengapa dipanggil KLCC ?

5- Mengapa gunakan LCCT ?

6- Mengapa masih guna Presint di Putrajaya ?

7- Mengapa mesti dipanggil Palace of Justice di Putrajaya ?

8- Mengapa korang panggil tempat korang PWTC ?

9- Mengapa dipanggi KL Central ?

Macam yang saya cakap ....... tolonglah jangan bodohkan saya. " flower horn "

No comments: