Tuesday, October 21, 2008

Apa ertinya semua ini pada kita ?

Dana tambahan RM5b untuk melabur dalam saham terkurang nilai

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham terkurang nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah menubuhkan Valuecap dengan modal RM10 bilion pada Januari 2003.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Megatrends Khazanah di sini hari ini, Najib berkata kerajaan akan membenarkan Valuecap memikirkan cara melakukan pengagihan dana itu.

“Biarlah mereka tentukan (pengagihan dana itu). Mereka akan mengkaji kedudukan aset yang terkurang nilai hari ini,” katanya.


1- Cubalah kita sama2 tengok berita yang kita baca diatas. Saya nak ulas topik ni , perlu beberapa bahan bacaan supaya saya faham apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pak Menteri2 kita yang cerdiknya kadang2 tak boleh kita ikut.

2- Pada 2003 , kerajaan Be End telah menubuhkan syarikat diatas serta menyuntik dana permulaan berjumlah RM 10 billion.

Ayo kawan .... itu 10 billion sangat banyak tau. Apa tugas syarikat ini ? Tujuan Value Caps hanyalah satu ... iaitu menyelamatkan syarikat2 yang "tenat " yang tersenarai di BSKL.

Bila kita lihat , kebanyakkan syarikat ini adalah kepunyaan UMNO , MCA , MIC mahupun kumpulan2 daripada SABAH & SARAWAK yang sememangnya sudah kaya raya. Tiga hingga empat keturunan pun mungkin tak habis habuan dia.

So sekarang kerajaan suntik lagi 5 billion. Apa pasal ? Daripada mana kerajaan nak cekau 5 billion tu ? Najib Razak kata .... pinjam dengan EPF.

3- Woi bangang ...... !!!! EPF tu duit rakyat kebanyakkan. Korang cekau @ pinjam 5 billion , kau selamatkan kompeni2 yang bermasalah .... kau bagi mereka kaya ..... apa yang rakyat kebanyakkan dapat ? MALAUN punya Pak Menteri.

Apa mereka tak fikir ke ini cara kapitalis dalam menyelesaikan permasalah ekonomi mereka. Keuntungan pada mereka hanyalah bila syarikat mereka untung. Yang akan menanggung azab ... ialah rakyat kebanyakkan.

4- Pak Menteri ni dah nak kembali ke era Mahathir. Pinjam duit PETRONAS , EPF , dan macam2 lagi semata2 nak menyelamatkan kroni2 mereka.

Rakyat kebanyakkan .... " peduli apa aku . Mereka akan pangkah dacing bila menjelang PRU. Hulur saja RM 100 - RM 150 . Sure mereka akan undi kita ". Woi bangang ... kau tengoklah apa jadi pada next pilihanraya.

--------------------------------------------------------------------------------


Bila kita bercerita pasal harga minyak , sekarang ini harganya telah menurun sehingga keparas hampir US 70 dollar/ tong. Ianya hampir separuh daripada harga minyak dunia bila kerajaan Gila BE End menaikan daripada RM 1.92 / liter kepada RM 2.70 /liter.

Bila harga minyak dunia naik melonjak, maka dengan pantas kerajaan Be End menaikkan sehingga keparas RM 2.70 / liter [ kenaikkan hampir 40 % ]. Alasannya .... kerajaan Dolah Badawi tak mampu nak mennaggung subsidi.

Ya ..., saya setuju yang kita juga kena menanggung beban sedikit akibat daripada kenaikkan bahan api ini. Tetapi bila harganya turun ... bukankah kita juga sepatutnya mendapat manfaat daripada penurunan itu atas sifat kita sebagai " majikan " yang mempunyai pekerja ... yakni Pak Menteri2 yang gajinya kita bayar setiap bulan ?

Apakah saya tidak berhak mendapat harga minak yang lebih murah bila harganya turun ? Apa yang Pak Menteri BODOH ni fikirkan ? Bila harganya naik ... kerajaan dan rakyat kena sama2 menanggung beban. Bila turun ... ? Apa yang kita dapat ?

Kita faham kerajaan telah menurunkan 3 kali harga minyak terbabit ... tetapi kita sebenarnya berhak uyntuk mendapat minyak pada harga RM 1.40 / liter jika penurunan pada US 70 dollar / tong dijadikan sandaran.

Aduhai orang Malaysia..... bila agaknya kita akan sedar daripada mimpi BN ? Mereka yang tauhidnya cukup kuat dengan mengatakan hanya BN sajalah yang mampu memerintah negara sebanarnya manusia yang tak bijak.

Pilihan untuk kita ada dihadapan. Bila DSAI mengatakan minyak masih boleh diturunkan pada tahap yang lebih munasabah.... banyak Pak Menteri yang cerdiknya mengalahkan keldai menyatakan sebaliknya. Mereka tak percaya kerajaan Dolah Badawi boleh turunkan minyak. Mereka tak kan boleh berfikir ... bagaimana aku nak membawa kesejahteraan rakyat, tetapi apa yang dapat aku agihkan pada kroni ... jadi matlamat sebahagian daripada mereka.

Cukuplah dengan segala pembohongan yang ada didepan mata. Masihkah kita dapat pembelaan yang seadilnya sekiranya kerajaan seumpama ini masih diberi peluang mentadbir lagi 5 - 10 tahun ?

Entah apa yang dapat ditinggalkan untuk anak saya di negara Malaysia ini bila mereka dewasa nanti.

Cuba tengok apa yang mereka buat .... Banyak yang boleh dipersoalkan.

1- Bakun Hydro elektrik yang tak siap2 semenjak saya belajar di Universiti lagi.
2- Pembelian helikopter nak menggantikan nuri. Malaysia beli ... Brazil pun beli. Tapi harganya untuk rakyat Brazil 1 billion lebih murah berbanding apa yang kerajaan kita bayar .
3- Kes Value Cap - suntikan dana 5 billion.
4- Minyak dunia turun ; minyak Malaysia masih takat tu gak. Bila minyak dunia naik..... kita pun ikut sama. Apa yang bangang sangat Pak Menteri ni.
5- Hindraf - diharamkan sebab mengacau PM masa hari raya. Woi malaun ... kenapa tak kurung je Mahathir pada ISA kerana mewujudkan suasana yang tak harmoni ?

Apa lagi yang boleh kita fikir untuk tengok keburukan BN / UMNO coolation ni ? Masih tak sedar2 lagi ?

No comments: