Tuesday, October 28, 2008

Untuk renungan kita bersama


Semoga kita mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
Terjemahan Bacaan Talkin
Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup didunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku.
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "Laila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur
kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan
kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada didalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan
kesabaran." Surah Al-A'sr ..
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
"masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa ) dari kubur mereka didalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama ..
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Baca dan tafsirkan ....


Update 1

Ahli UMNO perlu sokong pertahan Utusan Malaysia

KOTA KINABALU 27 Okt. - Seluruh ahli UMNO khususnya Pergerakan Puteri diminta memberi sokongan kepada usul bagi mempertahankan kedudukan akhbar Utusan Malaysia.
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, usul Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani itu merupakan satu keputusan berani dalam mempertahankan maruah sebuah akhbar yang menjadi suara kepada orang Melayu.


Woi makcik ... ramai orang boikot utusan sebab berita yang disiarkan meloyakan. Utusan hanya akhbar UMNO ... bukannya milik masyarakat. Kalau saya boikot parti UMNO ... tak de salahnya kalau saya boikot utusan.


Update 2 :

UMNO Tanjung persoal papan tanda pelbagai bahasa

PULAU PINANG 27 Okt. - UMNO Bahagian Tanjung hari ini mempersoalkan niat sebenar kerajaan negeri membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam tulisan jawi, Tamil dan Cina bagi tujuan warisan di jalan-jalan di Georgetown.

Timbalan Ketuanya, Raja Munir Shah Raja Mustapha berkata, DAP sememangnya sejak dahulu sudah mengetengahkan isu bahasa, jadi kini menjadi persoalan sama ada pemasangan papan tanda jalan itu benar-benar untuk tujuan pelancongan dan bukannya politik

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung, Jeffri Salim memberitahu, mereka akan mengadakan bantahan sekali gus meminta papan tanda itu diturunkan jika ia dilaksanakan kelak.

''Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan telah pun termaktub dalam perlembagaan negara ini, jadi pemasangan papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa tidak perlu dilaksanakan.

''Sebagai rakyat negara ini, kita sepatutnya berbangga dengan bahasa Kebangsaan dan usaha memperkasakan bahasa Melayu ini perlu dilakukan semua rakyat negara ini tidak kira kaum," katanya.

Inilah berita yang paling lawak . Sejak bila UMNO jadi pejuang bahasa ? Sejak bila pandai berkokok tentang isu bahasa. Sudah-sudahlah mempolitikkan sesuatu isu untuk politik picisan UMNO. Jangan jadi BANGSAT .....

UMNO pejuang bahasa ? Porah......

1- Mengapa UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION [ UMNO ] ... bukannya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PKMB @ Pekembar ?

2- Mengapa KLIA bukannya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ....

3- Mengapa pengajaran Sains & Matematik dalam bahasa inggeris ? Kenapa tak dalam bahasa Melayu ... India @ Cina ?

4- Mengapa dipanggil KLCC ?

5- Mengapa gunakan LCCT ?

6- Mengapa masih guna Presint di Putrajaya ?

7- Mengapa mesti dipanggil Palace of Justice di Putrajaya ?

8- Mengapa korang panggil tempat korang PWTC ?

9- Mengapa dipanggi KL Central ?

Macam yang saya cakap ....... tolonglah jangan bodohkan saya. " flower horn "

Bila harga minyak akan turun lagi ... ?

1- Beberapa hari lepas , menteri PDN & HEP Shahrir Samad berkata kerajaan akan menurunkan harga minyak pada paras tidak lebih RM 0.15 sen seliter dengan menggunakan indikasi harga minyak dunia.

2- Bila harga minyak dunia turun ... sepatutnya harga minyak di Malaysia juga turut turun sama. Tetapi pemimpin kita yang bijaksana ini berfikiran sebaliknya.

3- Alasan yang dikemukakan bila ditanya mengapa hanya akan turun 15 sen / liter .... dijawab dengan penuh berhemah ... " kita tidak mahu pengusaha stesyen minyak rugi mendadak".

4- Inilah yang saya katakan kerajaan bijak. Sepatutnya yang menjadi keutamaan ialah rakyat .... bukannya sebahagian pengusaha minyak di Malaysia yang selalunya mengaut keuntungan bila harga muinyak naik.

5- Tapi pemimpin2 bijak ni sudah sebaliknya. Yang menjadi keutaam mereka bukan lagi rakyat ... tetapi pengusaha stesyen minyak. Bukannya kita tak tahu ada pengusaha minyak yang akan menutup satu atau dua tank2 minyak mereka sewaktu kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak dengan harapan dapat menjual minyak lama dengan harga baru. Ini semuanya berlaku ... bila harga minyak naik.

6- Pernahkah kerajaan yang bijaksana ni berfikir dan bertanya kepada rakyat sewaktu mereka menaikkan harga minyak sehingga 78 sen seliter dulu ???? ada ke ????

7- Bila harga minyak dunia turun .. mengapa hak rakyat yang sepatutnya dinikmati tidak dikembalikan ? Inilah persoalan serta tindakan bangsat pemimpin2 negara yang hanya mementingkan periuk nasi sesetengah pihak. Pada mereka ... tuan punya stesyen lagi penting berbanding kepentingan rakyat jelata.

8- Kadang2 saya heran dengan peniaga2 stesyen minyak di Malaysia. Bila harga minyak menurun ... mereka seolah2 tak boleh menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang berniaga. Dalam perniagaan memanglah ada untung dan rugi . Tak kan lah ini pun nak saya beritahu. Sebagai peniaga ... kenalah bersedia. Ada masa untung ... ada masa rugi.

9- Orang yang menjalankan perniagaan ... tetapi tak de istilah rugi sepanjang tempoh perniagaannya bukanlah seorang peniaga namanya . Itu dipanggil " LINTAH DARAT ". Contoh lintah darat yang dah ada perniagaan di Malaysia ialah :

- Ceti Haram @ Ah Long [ berniaga ... confirm untung ... ]
- Projek Lebuhraya Utara Selatan & Kawan2 seangkatan dengannya [ berniaga yang ni ... confirm tak de rugi sebab every 3 years kita akan naikkan tol ..... kerajaan BN yang bangsat ]
- La ni Pengusaha Minyak juga nak masuk dalam kategori diatas. WTF .......

10- Terima Kasihlah kepada Rakyat Malaysia yang senantiasa memastikan kerajaan BN ni memerintah. Usaha murni anda amat saya sanjungi. Hidup BN .... supaya harga minyak kekal dan tak diturunkan. Kami senantiasa menyokong pemimpin2 BN.

11- Naikkanlah harga minyak lagi... kami boleh naik basikal asalkan pemimpin2 BN pakai kereta yang mahal2. Kami boleh ikat perut ... dan makan ubi kayu ... asalkan pemimpin BN dapat makan 8 kali sehari. Teruskanlah menyokong BN.... untuk kebahagian kita semua......



syauqie mohd kharip

Saturday, October 25, 2008

TERKINI ... Melayau & Hairan

" PEKAN 24 Okt. – Ratu jazz, Datuk Sheila Majid yang menjadi artis tempatan tunggal menerima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan kepadanya setelah lebih 20 tahun bergiat dalam industri seni tanah air. - Utusan Meloya "

Berita ini sedikit sebanyak memberikan kita maklumat bahawa masih ada lagi sebenarnya golongan artis2 Malaysia yang lebih layak diberikan gelaran Datuk. Satu sindiran keras kepada kerajaan negeri Melaka. Rasanya tak ada orang nak pertikaikan kelayakan Sheila Majid menerima anugerah Datuk daripada kerajaan Pahang. Bukannya macam Tun Melaka & Ali Rustam .....

KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan

Inipun boleh dipolitikkan oleh kerajaan BN. Bukannya nak menyokong... malahan banyak membangkang. Orang sibuk bercerita bagaimana Islam boleh disatukan... orang2 BN sibuk dengan asabiyah kaum masing2. Yang cina untuk cina , melayu untuk melayu dan india untuk india. Sedarkah mereka bahawa agama Islam itu Universal ?

PETALING JAYA 24 Okt. - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi yang baru dilantik ke jawatan itu memulakan tugas rasmi pertamanya hari ini dengan melancarkan ensiklopedia berkaitan istilah undang-undang.

Selepas merasmikan majlis tersebut , ZTA dikerumuni pemberita serta ditanya apa perasaan beliau tentang jawatan baru beliau. Seperti dijangka ... orang yang bangang akan diam dan menutup mulut kerana tahu beliau sebenarnya TAK LAYAK langsung untuk jawatan Ketua Hakim Negara. Kerajaan BN masih tak sedar2. Bangang tak boleh diajar ... cerdik tak boleh diikut.

PETALING JAYA 24 Okt. - Indeks Harga Pengguna (IHP) negara mencatatkan penurunan ke paras 8.2 peratus pada September lalu, berbanding 8.5 peratus pada bulan sebelumnya

Mengapa tidak dihighlightkan kenaikan mendadak peratusan INFLASI negara ? Penurunan IHP seharusnya diikuti dengan penurunan INFLASI negara bukan sebaliknya. Jangan ingat orang Malaysia ni semua tak cerdik. Menteri yang bertanggungjawab diam saja ? Mengapa ?

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Udah2 la tu menipu rakyat Malaysia ni. Mana ada anak orang2 ternama ikut kursus PLKN ? Duduk bergelumang dengan air yang kebersihannya boleh dipertikai ? Tidur atas tempat tidur yang jauh tahap keselesaannya berbanding dengan rumah sendiri ? Kena mendengar arahan ? Bangun seawal pagi ? Bukan bersikap optimistik ... tapi rasanya daripada beratus ribu anak2 VIP ni ... mungkin berapa peratus sahaja yang memang sukarela nak mengikuti kurusu Najib Razak ni .... Fikir2 kanlah.

SHAH ALAM 24 Okt. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya

Mana punya malaun da sibuk meniru tanda tangan semata2 nak menyambung khidmat di universiti berkenaan. Namanya pun Naib Canselor... orang bijak dan terpelajar .... tapi dek kerana wang ... sanggup buat perkara2 bodoh. Ini menunjukkan kegawatan ekonomi Malaysia ni sebenarnya dirasai oleh semua orang ... Kecuali ROSMAH MANSOR


30 tahun solat Jumaat bawah jejantas

PULAU PINANG 24 Okt. - "Sudah lima orang maut dilanggar kereta ketika ingin menunaikan solat Jumaat namun sehingga hari ini permohonan kami untuk mendapat masjid yang lebih besar masih tidak diendahkan".

Itulah antara kekesalan yang diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sungai Nibong Pantai, Isahak Mohd. apabila permohonan mereka untuk mendapatkan masjid lebih besar menggantikan Masjid Sungai Nibong Besar yang digunakan sekarang tidak mendapat perhatian kerajaan.

Isahak yang lebih selesa dipanggil Pak Leh berkata, permohonan tersebut telah diajukan kepada wakil rakyat yang bersilih ganti sejak lebih 30 tahun dahulu namun janji yang diberi hanyalah 'hangat-hangat tahi ayam'.

Menurutnya, sejak lebih 30 tahun dahulu, jemaah terpaksa menunaikan solat Jumaat di bawah jejantas yang terletak berhadapan dengan masjid itu.

Hallo kawan ...... ini cerita daripada negeri PULAU PINANG ... yang semenjak dahulunya diperintah oleh "Barisan Bangang Nasional" ... hanya selepas PRU yang lepas diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat . Benda macam ni pun ornag 2 BN tak boleh selesaikan ? Hairan & Meloyakan.

Pengebom Bali ditembak mati bulan depan

JAKARTA 24 Okt. - Indonesia akan melaksanakan hukuman mati ke atas pengebom Bali pada awal bulan depan, selepas kesemua siri rayuan ditolak oleh mahkamah.

Hukuman itu dilaksanakan setelah lima tahun ketiga-tiga dalang utama itu didapati bersalah kerana melancarkan serangan bom ke atas kelab malam di Kuta, Bali yang meragut 202 nyawa pada Oktober 2002.

Ketiga-tiga mereka, Imam Samudra serta adik-beradik, Amrozi dan Ali Ghufron yang merupakan anggota Jemaah Islamiah (JI) itu melancarkan serangan tersebut bagi menakut-nakutkan pelancong asing daripada datang ke Indonesia.

Iman manusia berbeza2. Hakikat mereka tetap satu. Kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa membuatkan mereka nekad untuk melakukan sesuatu yang orang lain enggan lakukan. Jangan mudah membuat hukuman dunia kepada empunya badan. Kepada Yang Maha Esa kita berserah.

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin akan meletak jawatannya sekiranya beliau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort hari ini.

Eloklah kalau Lajim ada niat begitu. Sedar diri bila mahu berundur sebelum orang bagitau bila kita kena berundur. Kita nak LAJIM ikhlas ... bukannya gimik menjelang pemilihan bahagian UMNO.

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyokong cadangan supaya Umno menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan parti yang dilaksanakan ketika ini.

Baru nak menyokong ? Bila dah terantuk ... baru nak tergadah. Datuk ... Datuk. Tahukah Datuk bahawa kat dunia ni hanya Parti UMNO saja yang memerlukan paratusan2 tertentu sebelum seseorang itu layak untuk bertanding ? Tak sedar lagike ? Selenge betul ......

Thursday, October 23, 2008

MACAM-MACAM YANG DIFIKIRKAN ...

1- Sultan Pahang bertitah bahawa peruntukan makanan sebanyak RM 8 sekepala tidak mencukupi untuk mangsa2 banjir. Untuk saya memang tak mencukupi. Ala2 kadar je.

Dengan segala harga bahan keperluan yang semakin meningkat, manalah cukup peruntukan sebegitu. Harap2 pihak berwajib silalah tinjau2 sikit penempatan mangsa banjir. Tolonglah tengok keadaan mereka.

Malam tadi dalam Buletin TV 3 suku melaporkan YB-YB di negeri Kedah satu orang pun tak turun kepadang bila berlaku banjir. Kata mereka ini berbeza sekali waktu kerajaan Kedah diperintah syarikat Barisan Nasional.

Aduhai YB2 , masa berkempen dulu janji sanggup selesaikan masalah penduduk. Sanggup buat apa sahaja untuk kebajikan penduduk. La ni apa cerita ?

Berita TV 3 suku pun bukan boleh dipercaya sangat. Kadang2 banyak memberikan maksud yang berbeza. Yang mana beri political milage gain kepada UMNO ... maka ditulisnya. Yang mana berita memburukkan kerajaan PR ... lagilah suka ditulis. Pada TV 3 suku .... yang maksum hanyalah kerajaan BN. Yang banyak dosa dan suka menambahkan dosa ... kerajaan PR.

Tapi bagusnya , berita TV 3 suku ni elok sikit daripada berita Radio Tipu Malaysia. Yang had sana tu lebih banyak pembelit. Menyampah........ Nasihat saya , ada berita tengok dan dengar. Lepas tu guna akal untuk nilaikan sendiri.

2- Tun Musa Hitam berkata generasi muda sangat diperlukan untuk memulihkan semula penyakit tua UMNO yang sedang melanda parti itu sekarang. Pada saya senagn je .... UMNO dah umur 61 tahun. Dah sampai ketahap nyanyuk dah. Banyak benda yamng UMNO janji sebagai ketua kepada parti pemerintah dalam BN ni tak dapat dilaksanakan. Kenapa ?

Rasuah, salah guna kuasa , buat harta negara sama macam harta parti. Mereka gunakan segala kemudahan awam untuk parti ... sibuk cari duit nak mengenyangkan tembolok sendiri... rasuah dan komisen sana sini... ini semua tanda2 UMNO sebenarnya sibuk nak mencari kekayaan untuk diri sendiri. Nak menjaga rakyat macamana kalau sibuk dengan mengumpul harta kekayaan.....

Eloknya mana yang tua2 dalam UMNO tu berilah peluang kepada generasi muda untuk memimpin. Yang tua2 tu dah banyak sangat harta yang dikumpul... tolonglah beri peluang pulak kepada orang muda mengumpul harta negara. So senanglah sikit nak jadi kaya......

Kalau itu yang ada dalam fikiran golongan muda .... memang sahlah UMNO ni parti keparat yang hanya tahu nak mengenyangkan tembolok kroni sendiri saja. Walau dipimpin oleh golongan muda sekalipun, tubuh badan UMNO sudah terbiasa dengan tabiat rasuah , kroni , pentingkan diri sendiri .... tak kan berubah punya.

Ibarat kereta Hyundai Getz ... mana boleh kalau dimasukkan dengan enjin kereta Formula 1 ? Boleh laju tapi tak stabil kan ? UMNO tak boleh berubah kalau sifat rasuah , kroni dan pentingkan diri sendir masih menebal dalam parti itu.

3- Dikawasan perumahan saya masih lagi banyak kawasan setinggan yang masih diduduki dan tak tahu bila akan digantikan. Sesak , menyesakkan dan tak seronok mata memandang. Taraf mereka digelar peneroka bandar.

Mengapa kerajaan BN gagal mewujudkan POLISI satu keluarga satu rumah ? Bukankah ini yang sepatutnya diperjuangkan oleh BN ?Ini priority dalam mentadbir negara. Kita nak duduk dalam persekitaran yang elok dan selesa. Polisi satu keluarga satu rumah mesti dilaksanakan. BN secara jelas tak memahami keadaan ini.

Perumahan masih lagi jadi isu yang tak selesai dan semakin berpanjangan. Kejadian roboh rumah di Kg Baru Plentong sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua betapa UMNO sebenarnya gagal dalam menjaga hal orang melayu.

Banyak negara maju seperti Singapura berjaya mewujudkan polisi perumahan rakyat untuk penduduk mereka kerana mereka percaya tempat tinggal adalah asas utama dalam kehidupan. Di Singapura , kerajaan bertindak sebagai pemaju perumahan. Singapore Housing Development Board (HDB) telah membeli tanah-tanah dan mendirikan rumah-rumah untuk disewa. HDB menjadi tuan rumah yang terbesar – pemilik dan pemungut sewa rumah.

Ambil contoh DBKL, mereka boleh membuat seperti diatas. Ambil tanah2 di DBKL.. majukan dan buat rumah. Bukannya buat padang golf yang hanya memerikan keuntungan kepada segelintir orang yang rumahnya dah cukup selesa. Biarlah mereka menyewa kepada kerajaan daripada menjadi orang yang duduk dirumah haram. Contoh lagi – Majlis Perbandaran Petaling Jaya akan membangunkan kawasan-kawan perumahan di wilayah Petaling Jaya. Sesiapa yang menduduki wilayah PJ akan dapat menyewa rumah-rumah ini dari MPPJ.

Mana ada orang yang main golf dan jadi member kepada kelab golf yang duduk dirumah sewa ? Kalau ada tunjukkan kepada saya. Rata2 mereka yang main golf merupakan orang yang dah kaya ...... yang gajinya .... ahhhhh malas saya nak sebut.

Apa yang cacatnya di Malaysia di ialah daripada segi perlaksanannya. Mereka TIDAK mempunyai dasar perumahan yang tepat. Apa yang jadi pada flet2 di kotaraya Kuala Lumpur yang diruntuhkan semata 2 ada TOKEY 2 kaya yang hendakkan tapak itu. So mereka pun dipindahkan.

Cara mereka merompak perumahan rakyat cukup senang. Tokey kaya ni akan kowtim dgn pemimpin UMNO. Mereka panggil ini joint venture [ kepala hotak korang .... ]. Tokey keluarkan duit ... pemimpin UMNO keluarkan air liur jumpa dengan Pak Menteri2 . Maka dijanjikan segala kemewahan kepada pihak UMNO .... dan untunglah TOKEY tadi sebab dapat tanah. Yang bangangnya ... pemimpin UMNO. Gadaikan tanah atas nama pembangunan ... tapi masih ramai lagi orang MELAYU , INDIA dan CINA yang tak berumah.

Cuba kita tengok apa yang jadi bila ada projek rumah yang terbangkalai. Kerajaan akan jadi tukang selamatkan projek ini. Ini kerja orang BODOH. Mengapa dari mula kerajaan tidak bertindak sebagai pemaju ????? Kerajaan sepatutnya bertindak sebagai pemaju , pemilik rumah seterusnya jadi Tuan Punya rumah. Rakyat menyewa dengan kerajaan ..... bukankah lebih afdhal? Buat konsep sewa beli ........ itu pun susah nak fikir ke ?

Selalunya kerajaan akan cakap " kita tak de duit dan modal untuk buat projek perumahan. Kita kena minta bantuan daripada swasta ". Menteri atau individu yang cakap sebegitu wajib dapat PELEMPANG. Bodoh tak boleh diajar ... pandai tak boleh diikut.

Menyediakan keperluan asas tu wajib . Mereka yang cakap sebegitu selalunya ada kepentingan dalam penyedian rumah oleh pihak swasta. Dah joint vebture untuk mengayakan anak beranak mereka.

Kat tempat saya... sebelum pilihanraya dijanjikan sewa beli daripada DBKL. Bila BN kalah ... ditukar statusnya sebagai hanya layak untuk menyewa. Ini daripada kawasan Shahrizat Jalil. Bila nak beli .... tunggu lagi 3 tahun . Kata beliau itupun kalau you all UNDI BN. Bukankah ini ugutan namanya ? Politik orang kampung , berbaur ugutan lebih menyebabkan orang benci BN. Saya sendiri benci bila melihat keadaan ini berlaku.

You janji macam2 sebelum pilihanraya atas kapasiti you sebagai menteri . Walhal dalam berpilihanraya ... sewaktu berkempen korang tak boleh janji yang macam2 waima kau sorang PM sekalipun . You hanya jadi caretaker government. Bertanding pilihanraya atas kapasiti individu mewakili parti ... bukannya atas kapasiti you sebagai MENTERI.

Perlakuan BODOH sepeti ini dah berlanjutan lama. Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Kita rakyat dipergunakan oleh orang berkepentingan hanya bila tiba musim pilihanraya. Waktu itulah kita nampak menteri naik basikal , pakai selipar , sembahyang disurau ... pergi kepasar2 basah... semata2 untuk membuktikan " akulah pemimpin yang layak untuk diangakat ". Selepas pilihanraya .... PODAH. Tuih.....

Buat rumah untuk rakyat tak mampu. Oleh kerana rakyat duduk atas tanah yang diceroboh ... maka kena runtuhkan rumah tu. Woi menteri2 ... aku nak bagitau sikit. Mereka yang duduk di Kg Berembang yang korang robohkan tu dah duduk disitu selama 40 tahun. Kenapa dulu korang tak nak bangunkan tanah untuk kawasan perumahan. Mengapa kena tunggu sehingga masuk tahun 2000? Mengapa ?

BN gagal untuk memahami konsep rumah sebagai medium penting dalam asas pembinaan negara. Buat rumah untuk rakyat ... tak mampu dan tak de modal . Tapi yang bangsatnya ..... boleh beli pulak kapal selam dan dapat komisen berjuta. Buat rumah tak mampu ... tapi hantar orang pergi angkasa . Buat rumah tak mampu ... tapi mampu beli jet pejuang sukhoi. Buat rumah tak mampu ... tapi boleh beli eurocopter yang beza harganya seunit dengan apa yang kerajaan BRAZIL beli hampir satu billion. Ini pemimpin apa ?

Bak kata orang ... lebih baik buat rumah daripada bazirkan kepada yang bukan2 macam koridor2 yang Dolah Badawi buat. Siapa yang banyak dapat manfaat ? Bukankah rakyat patut diangkat kebajikannya. Bergeraklah sebagai negara berkebajikan..... bukan sebaliknya.

ps : Isteri Dr. Fadzley [ penyanyi ] adalah anak Rosmah Mansur daripada perkahwinan pertama . Betul atau salah ?

Wednesday, October 22, 2008

Apa sebenarnya yang kita fikir bila ......

1- Zaki Tun Azmi - Ketua Hakim negara . Dolah Badawi dah cadang pada Agong nama Zaki untuk jawatan Ketua Hakim Negara. [ kes Video Linggam ... apa cerita ? Senyap je Pak Menteri 2 ni ? Apa dah tidor macam Doalh ke ?

2- Minyak tak turun2 bila harga minyak turun

3- Melantik Najib Razak sebagai Menteri Kewangan

4- Rafidah Aziz masih nak bertanding Jawatan Ketua Wanita pada pemilihan March 09 ... kemudian nak serah jawatan pada Sharizat pada June 09 [ pegang jawatan 3 bulan je ? ]

5- PM dolah suka zzzzzzzzzzzzzzzzzz

6- ISA tidak akan dinilai [ review ] untuk tahun ini . [ ini betul2 Malaun mangkuk yang suka ISA ] - termsuk juga ISa Samad

7- Rais Yatim cadang jawatan dalam parti "BANGANG" dia dipertandingkan secara tender.

8- Polis pantau HINDRAF ..... [ mengapa ? takut ]. Kenapa tak panggil Kumpulan GERAK KHAS ?

9- MAwi nikah Ekin 20 Dis 08. Buat juga majlis kat Stadium Tertutup......

10- Masuk skim ceoat kaya...... bayar upfront RM 33 ribu. Setiap bulan dapat RM 2500 selama 5 tahun ..... seronok tak ?

Tuesday, October 21, 2008

Apa ertinya semua ini pada kita ?

Dana tambahan RM5b untuk melabur dalam saham terkurang nilai

KUALA LUMPUR 20 Okt. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham terkurang nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah menubuhkan Valuecap dengan modal RM10 bilion pada Januari 2003.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Megatrends Khazanah di sini hari ini, Najib berkata kerajaan akan membenarkan Valuecap memikirkan cara melakukan pengagihan dana itu.

“Biarlah mereka tentukan (pengagihan dana itu). Mereka akan mengkaji kedudukan aset yang terkurang nilai hari ini,” katanya.


1- Cubalah kita sama2 tengok berita yang kita baca diatas. Saya nak ulas topik ni , perlu beberapa bahan bacaan supaya saya faham apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Pak Menteri2 kita yang cerdiknya kadang2 tak boleh kita ikut.

2- Pada 2003 , kerajaan Be End telah menubuhkan syarikat diatas serta menyuntik dana permulaan berjumlah RM 10 billion.

Ayo kawan .... itu 10 billion sangat banyak tau. Apa tugas syarikat ini ? Tujuan Value Caps hanyalah satu ... iaitu menyelamatkan syarikat2 yang "tenat " yang tersenarai di BSKL.

Bila kita lihat , kebanyakkan syarikat ini adalah kepunyaan UMNO , MCA , MIC mahupun kumpulan2 daripada SABAH & SARAWAK yang sememangnya sudah kaya raya. Tiga hingga empat keturunan pun mungkin tak habis habuan dia.

So sekarang kerajaan suntik lagi 5 billion. Apa pasal ? Daripada mana kerajaan nak cekau 5 billion tu ? Najib Razak kata .... pinjam dengan EPF.

3- Woi bangang ...... !!!! EPF tu duit rakyat kebanyakkan. Korang cekau @ pinjam 5 billion , kau selamatkan kompeni2 yang bermasalah .... kau bagi mereka kaya ..... apa yang rakyat kebanyakkan dapat ? MALAUN punya Pak Menteri.

Apa mereka tak fikir ke ini cara kapitalis dalam menyelesaikan permasalah ekonomi mereka. Keuntungan pada mereka hanyalah bila syarikat mereka untung. Yang akan menanggung azab ... ialah rakyat kebanyakkan.

4- Pak Menteri ni dah nak kembali ke era Mahathir. Pinjam duit PETRONAS , EPF , dan macam2 lagi semata2 nak menyelamatkan kroni2 mereka.

Rakyat kebanyakkan .... " peduli apa aku . Mereka akan pangkah dacing bila menjelang PRU. Hulur saja RM 100 - RM 150 . Sure mereka akan undi kita ". Woi bangang ... kau tengoklah apa jadi pada next pilihanraya.

--------------------------------------------------------------------------------


Bila kita bercerita pasal harga minyak , sekarang ini harganya telah menurun sehingga keparas hampir US 70 dollar/ tong. Ianya hampir separuh daripada harga minyak dunia bila kerajaan Gila BE End menaikan daripada RM 1.92 / liter kepada RM 2.70 /liter.

Bila harga minyak dunia naik melonjak, maka dengan pantas kerajaan Be End menaikkan sehingga keparas RM 2.70 / liter [ kenaikkan hampir 40 % ]. Alasannya .... kerajaan Dolah Badawi tak mampu nak mennaggung subsidi.

Ya ..., saya setuju yang kita juga kena menanggung beban sedikit akibat daripada kenaikkan bahan api ini. Tetapi bila harganya turun ... bukankah kita juga sepatutnya mendapat manfaat daripada penurunan itu atas sifat kita sebagai " majikan " yang mempunyai pekerja ... yakni Pak Menteri2 yang gajinya kita bayar setiap bulan ?

Apakah saya tidak berhak mendapat harga minak yang lebih murah bila harganya turun ? Apa yang Pak Menteri BODOH ni fikirkan ? Bila harganya naik ... kerajaan dan rakyat kena sama2 menanggung beban. Bila turun ... ? Apa yang kita dapat ?

Kita faham kerajaan telah menurunkan 3 kali harga minyak terbabit ... tetapi kita sebenarnya berhak uyntuk mendapat minyak pada harga RM 1.40 / liter jika penurunan pada US 70 dollar / tong dijadikan sandaran.

Aduhai orang Malaysia..... bila agaknya kita akan sedar daripada mimpi BN ? Mereka yang tauhidnya cukup kuat dengan mengatakan hanya BN sajalah yang mampu memerintah negara sebanarnya manusia yang tak bijak.

Pilihan untuk kita ada dihadapan. Bila DSAI mengatakan minyak masih boleh diturunkan pada tahap yang lebih munasabah.... banyak Pak Menteri yang cerdiknya mengalahkan keldai menyatakan sebaliknya. Mereka tak percaya kerajaan Dolah Badawi boleh turunkan minyak. Mereka tak kan boleh berfikir ... bagaimana aku nak membawa kesejahteraan rakyat, tetapi apa yang dapat aku agihkan pada kroni ... jadi matlamat sebahagian daripada mereka.

Cukuplah dengan segala pembohongan yang ada didepan mata. Masihkah kita dapat pembelaan yang seadilnya sekiranya kerajaan seumpama ini masih diberi peluang mentadbir lagi 5 - 10 tahun ?

Entah apa yang dapat ditinggalkan untuk anak saya di negara Malaysia ini bila mereka dewasa nanti.

Cuba tengok apa yang mereka buat .... Banyak yang boleh dipersoalkan.

1- Bakun Hydro elektrik yang tak siap2 semenjak saya belajar di Universiti lagi.
2- Pembelian helikopter nak menggantikan nuri. Malaysia beli ... Brazil pun beli. Tapi harganya untuk rakyat Brazil 1 billion lebih murah berbanding apa yang kerajaan kita bayar .
3- Kes Value Cap - suntikan dana 5 billion.
4- Minyak dunia turun ; minyak Malaysia masih takat tu gak. Bila minyak dunia naik..... kita pun ikut sama. Apa yang bangang sangat Pak Menteri ni.
5- Hindraf - diharamkan sebab mengacau PM masa hari raya. Woi malaun ... kenapa tak kurung je Mahathir pada ISA kerana mewujudkan suasana yang tak harmoni ?

Apa lagi yang boleh kita fikir untuk tengok keburukan BN / UMNO coolation ni ? Masih tak sedar2 lagi ?

Sunday, October 19, 2008

Salah Menduga

Karya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Sahibus Samahah
Mufti Besar Perlis
[ klik pada gambar untuk besarkan ]
Selamat membaca

Gambar Pilihan Minggu Ini

Zahid Hamidi - nak bertanding Timbalan Presiden UMNO. Last2 tukar .... bertanding sebagai Naib Presiden je. Dapat Doktor Falsafah daripada UPM. Selamat bertugas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[ panjang benor nak menyebutnya ]



Samsul Amri - apa dia cakap aku tak pernah nak ambik " pot ". Malas. Ada sesuatu yang malas nak aku ambik berat tentang pemikiran dia.

Terlalu ... " hebat"..... ?


Ong Tee Keat - Presiden MCA menggantikan Ong Ka Ting. Fasih dalam berbahasa melayu. Belum nampak taring kroni dia. Selamat berkhidmat Datuk.



Nordin Kardi - banyak orang komplen pasal dia ni. Pada aku ...... untuk memajukan politik mengampu ni ... mungkin dia ni sesuai diletak kat mana2 Universiti.



Mukhriz Mahathir - Vokal pada Dolah Badawi. Calon Ketua Pemuda UMNO. Selamat bertanding YB Jerlun.

Muhyiddin Yasin - minta tempoh kempen jangan panjang sangat. Vokal kepada Dolah Badawi. Berita hari ni ... dia kena smash ngan Dolah.
Kem mana dia duduk ? Tak tahulah.
Aku suka gak kalau dia jadi orang no 2 UMNO

Mat Taib - jawatan menteri atas ehsan Dolah Badawi. Tawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Selamat bertanding ... itupun kalau lepas kuota pencalonan

Mahathir - orang " luar " UMNO yang cuba nak mencorakkan pemilihan UMNO yang akan datang. Baru dia tahu macamana jadi orang biasa.
Dah nyanyuk .... ? belum lagi kot. Cukup berbulu dengan budak " bawah " ni


Khairy Jamaluddin - daripada calon "pilihan" Ketua Pemuda UMNO kepada calon underdog sebab pencalonan masih tak mencukupi.
Dolah Badawi out ... KJ ?

Husam Musa - yakin X-faktor dalam perpaduan kaum adalah kekuatan Pakatan Rakyat dalam membentuk kerajaan pusat.
Aku doa ... cepat2 la korang buat Kerajaan.

Chamil Wariya - buat cerpen MELOYAKAN dalam Utusan Melayau. Dah lama aku tak baca UTUSAN. Boikot. Elok kena ISA je individu seperti ini. Buat kaum lain benci melayu ...

Hamid Albar - arah pertubuhan Hindraf sebagai batal. Ganggu gugat keselamatan negara. Pada aku ... elok je Hamid sendiri kena I.S.A

Chua Soi Lek - menongkah arus dan menang sebagai Timbalan Presiden MCA


Ali Rustam - sokong gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan.
Alasan dia ... biar anak aku je yang dengar. Aku malas nak layan


Bawah daripada ni ... gambar sapa-sapa lagilah yang korang fikir boleh masuk dalam senarai minggu ni. Kalau aku ...
1- Nicol Ann David [ Datuk ].
Produk Malaysia yang boleh kita banggakan

















































































































Saturday, October 18, 2008

Siapa patuh jadi contoh ?

KDYMM Tengku Puan Pahang,
Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar
1- Mewujudkan bantuan kepada pasangan suami yang hendak mendapatkan zuriat.
2- Berdarah raja ..... menutup aurat
3- Pandai memasak . Ada buku masakan yang beliau karang
4- Low profile
5- Islamik atau tidak ... bukan urusan kita
6- Bakal jadi Permaisuri Sultan Pahang suatu hari nanti .... pasti atau tidak .... bukan urusan kita
7- Bijaksana ... bijaksini
8- Terserlah wajah lembut seorang ibu .... wajah kasih seorang isteri
9- Imej, ketrampilan dan gaya yang ditonjolkan oleh Tengku Puan Pahang nampak lebih lembut, berkhemah dan manis dengan senyuman. Tak kedekut senyum.

Rosmah Mansor

1- Isteri kedua Najib Razak. Panjang ceritanya bagaimana Rosmah boleh dapat Najib.
2- Sebelum kawin ngan Najib .... dia kahwin dengan seorang selebriti
3- Dikhabarkan bakal jadi First Lady Malaysia ... tak lama lagi . Betul atau tidak .... tunggu nasib Najib
4- Kata orang ... Rosmah tak boleh tengok orang lain lebih sikit daripada dia, biarpun orang itu kadang2 memang nampak OK dan cun sikit pada Rosmah Mansor
5- Ada blogger gelar Rosmah ... " BIK MAMA "
6- Dimana ada Najib ... kat situ ada Rosmah.
7- Journalist & jurugambar yang nak keluarkan gambar Najib ... lebih baik ambik gambar Rosmah sekali ... WAJIB
8- Suka berbelanja .... dengar kata ... guna duit kerajaan. Wallahua'lam
9 - Skandal bersiri .... Altantuya , jam tangan berjuta2 , shopping kat Los Angles ber beg2.
10- Agak sombong dan kurang senyum ... kata orang
11- Queen control .....
Yang lain tu ... sama2 la korang fikir.




MCA Elections Update

President : Ong Tee Keat

Deputy President :Chua Soi Lek

Vice President :
1- Kong Cho Ha
2- Liow Tiong Lai
3- Ng Yen Yen
4- Tan Kok Hong

Selamat bekerja ... selamat berkhidmat.


UMNO .... tunggu tahun depan

Pemilihan MCA

1- Antara parti komponen BN yang selalu dilihat relevan dengan peredaran suasana politik Malaysia ialah parti MCA. Hari ini mereka akan memilih Presiden, Timbalan Presiden , Naib Presiden dan juga ahli pusat MCA. Selamat bersidang ... dan selamat menjalankan tugas.



2- Pilihan saya :



Presiden : Ong Tee Keat

Timbalan Presiden : Ong Ka Chuan



3- Apa yang Dollah Badawi nak laksanakan dalam masa kurang 6 bulan semuanya bergantung kepada kerjasama yang ada dalam BN. Kalau berjaya semua suruhanjaya yang dicadangkan tu baguslah.

Dalam masa 5 tahun jadi PM banyak yang tak diselesaikan, alih2 semuanya nak diselesaikan dalam masa 5 bulan . Henat kalau dapat buat. Kalau tidak Dolah Badawi akan dikenal sebagai PM yang paling banyak menubuhkan suruhanjaya... tanpa ada hasil mahsul.

Mahathir ada PUTRAJAYA , Dolah Badawi .... ? Suruhanjaya ..... KJ ? ..... Balairaya.

4- Selepas PRU yang lepas ... banyak masa kita sebenarnya terbuang dengan caturan2 politik parti komponen Malaysia. UMNO , MCA ... Gerakan .... semuanya nak bersidang.

Rasuah merata tetapi rasanya impak BPR kepada parti pemerintah macam dipandang sebelah mata. BPR tak ambik pot kalau ianya membabitkan parti kerajaan. Namum, bila bersabit tentang parti lawan....... cepat tindakan mereka. Macam lipas kudung.


Kuasa ... gila kuasa

Mereka yang gila kuasa akan terasa bila sudah tidak berkuasa
Tangan yang selalunya berkuasa ... tiba2 merasa kebas
Rasuah yang dulunya jadi pendapatan harian
Kini tak de lagi

Apa nak dijawab ... sebab dulu duit melambak
dulu aku makan rasuah
dulu aku ambil komisen
dulu aku yang sain dokumen
dulu ... akulah segalanya

sekarang bagaimana .....
sumber pendapatan sampingan aku sudah tiada
tiada lagin polis iringan bila aku ingin berjalan
tiada lagi sambutan tangan berjuta juta
tiada lagi hiruk pikuk ungkapan kata " hidup xxxxx "
mana semua tu pergi ?
mana tubuh badan yang dulunya menyanjung aku ...
mengapa semua menjauh diri ....

sepi orang yang berkuasa ... dengan sepi cikgu yang baru pencen lain.
orang berkuasa ... tak lagi diingati sebab dulunya membuat kebejatan
dulunya sombong meninggi diri .. dulunya angkuh bila berbudi

cikgu pencen diingat sampai kemati....
dipanggil cikgu walau dah pencen dengan bergaji...
walau tak kaya ... syukurlah ... kerana dihormati dan disayangi

Friday, October 17, 2008

Mari Berkenalan Dengan Bakal Ketua Hakim Negara ....


Kerajaan mengumumkan bahawa Zaki Tun Azmi bakal menjadi ketua Hakim Negara yang baru menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamad. Siapa Zaki Tun Azmi [ ZTA ] ? Boleh tengok kat atas.
UMNO melalui parti pemerintah tak pernah serik. Baru saja institusi kehakiman ingin dipulihkan, mereka buat lagi benda2 yang boleh membuatkan rakyat merasa curiga tentang ketulusan dan kredibiliti Institusi Kehakiman. Mereka melantik seorang yang boleh dipersoalkan tahap kredibilitinya kerana rapat dengan pemimpin UMNO selain sangat popular dengan cerita kontroversi rumahtangganya.
ZTA menjadi orang pertama yang dilantik terus kejawatan Ketua Hakim Negara tanpa perlu menjadi Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Boleh atau tidak beliau bersifat adil dalam melaksanakan hukum ? Mengapa beliau tidak melalui proses biasa seperti hakim2 yang sebelumnya ? Apa hebat sangatkah beliau melalui kaca mata Parti Pemerintah ?
ZTA pernah menjadi penasihat undang2 untuk parti UMNO. Adakah ini bermaksud beliau akan bersifat adil ? Hakim yang adil ..... kita sokong . Yang tak adil ... tunggulah balasan api neraka.
Untuk terus menghukum ZTA , rasanya tak patut. Berilah beliau masa. Tapi ... track rekod beliau banyak menceritakan sebaliknya. Kalau saya ingin membeli kereta baru , tentulah batuan kereta tersebut masih dalam angka " 0 ". Itu baru dikatakan kereta baru.
Tapi bila saya beli kereta baru .... batuannya sudah mencecah 142 ribu km .... apa ceritanya ? Rekod ZTA menceritakan sebaliknya.
Ayah beliau menjadi Ketua Hakim Negara pada tahun 1966 - 1974. Bapa borek anak rintik. Bagus . Kita suka. Kita harap beliau boleh jadi seperti bapanya dalam membuat keputusan ayang adil.
UMNO tak pernah serik. Ingin diperbaiki kontroversi Tun Salleh Abbas pada 1988 ... diciptakan pulak perlantikan ZTA dalam senario perundangan negara. Aduhai pemerintah .... mengapa cetek benar pemikiran anda ....
Bangang pada tahap yang tak boleh diajar , Pandai sehingga ke tahap aynag tak boleh diikuti.


Bagaimana TNB bodohkan kita ?

'Arang batu' jadi alasan TNB tak mahu turun tarif

Bukan tentang minyak tapi tentang arang batu..... Cuba korang tengok berita ini ....

Tenaga Nasional Bhd (TNB) says it cannot reduce the electricity tariff as coal price, which accounts for 60 percent of its power generating cost, has remained above US$75 per metric tonne.The tariff hike on July 1 was based on the US$75 price.Its president and chief executive officer, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh said 60 percent of power was generated from its gas power plant and 30 percent coal, but in terms of cost, coal took up 60 percent and gas 40 percent. - NST

berita ini di perolehi dulu ... masa mereka nak naikkan tarif elektrik.

Kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan, selain menaikkan tarif elektrik di negara ini berikutan kenaikan berterusan harga bahan bakar termasuk minyak dan gas global.Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, TNB kini menanggung kos operasi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dan gas serta arang batu di pasaran.‘‘Harga gas yang digunakan oleh TNB pada masa ini tidak mencerminkan harga sebenar komoditi itu di pasaran dan pengguna elektrik tidak boleh lagi mengharapkan kadar tarif dikekalkan,’’ katanya. - NCCC.org

Namun begitu, TNB masih catit keuntungan berbillion ringgit dengan hasil kutipan dari rakyat, seperti yang dinyatakan berikut,

“A 10 percent increase in coal price would mean six percent increase in fuel cost,” he told reporters after announcing TNB’s financial performance here today. Its pre-tax profit for the year ended Aug 31, 2008 declined by RM1.74 billion to RM3.02 billion compared with RM4.7 billion previously. - NST

Pusing kiri & pusing kanan ... masih rakyat yang kena. Kurang untung tapi masih kaut berbillion. Mereka kaut untung berbillion. Rakyat yang tak sedar untung ... terus melopong.

Sapa yang melopong ? kita semua la ........ So untuk berlaku adil .....

" UNDILAH BARISAN NASIONAL ..... untuk kesejahteraan kita bersama. " Hidup Pak Lah .....
Update 1:

KUALA TERENGGANU 16 Okt. - Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindu Rights Action Force (Hindraf) jika ia masih menjalankan aktiviti selepas diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan memantau sebarang tindakan yang diambil pertubuhan tersebut selepas pengisytiharan berkenaan. -
Utusan Meloya

Mana2 kes yang ada kepentingan kepada kerajaan ; maka polis akan bertindak cepat. Mana2 laporan yang disifatkan prejudis kepada kerajaan , maka status kes terbabit boleh berlanjutan sehingga satu jangka masa yang lama.

Cuba kita perhatikan berapa banyak laporan polis uang dibuat kepada Dolah & Najib sepanjang tahun ini ? Tak de satupun yang statusnya siap untuk dipertimbangkan kepada pihak pendakwaan. Semuanya tak de bukti beb .... tak de bukti.

Kalau berkaitan pihak pembangkang ... cepat tindakan yamg diambil. Inilah polis Malaysia. Cuban tengok yang beri kenyataan pun bukan anggota polis sebarangan.... KPN sendiri. Syabas Musa.

Update 2 :

TRONOH 16 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan bahawa beliau adalah 'perancang utama' dalam meningkatkan populariti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara. - U. Meloya

Manusia bebas utk buat tafsiran. Kalau dinafikan pun , ada juga segelintir manusia yang akan berkata sebaliknya. Mahathir pun selepas bersara banyak ganggu dollah badawi. Itu tak betul , ini tak betul... apa .... dia ingat masa dia jadi PM dulu semua yang dia buat betul ? Ada akal tuhan beri kena fikir.

Update 3 :

MELAKA 16 Okt. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yakin peluangnya untuk melepasi kuota pencalonan cerah bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac depan. - U. Meloya

Ukur baju dibadan sendiri. Wahai ahli UMNO , apa kemajuan yang Ali Rustam dah bawa dalam UMNO selain daripada jadi YES MAN pada Dollah Badawi ?

Update 4 :

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar yakin memperoleh 20 pencalonan bagi melayakkannya bertanding pada pemilihan parti Mac depan

Tak rugi pun kalau UMNO tak pilih Hamid Albar . Ada banyak calon lain... contohnya Razali Ibrahim [ Muar ]

Update 5 :

IPOH 16 Okt. - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa seorang pegawai kanan kerajaan Perak, menyalahgunakan kuasa dalam pengagihan projek dan kerja penyelenggaraan di negeri ini.
Ketuanya, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan BPR menyiasat.


Kalau kes macam ni ... minggu depan kertas siasatan daripada BPR dah siap dan ready utk dibawa ke pihak peguam. Maklumlah ... yang membuat laporan UMNO. BPR kena cepat ... kalau tak nanti Dollah BAdawi marah.

Tapi kalau yang melapor kepada BPR ahli Pakatan Rakyat ... maka kes sebegitu akan ambil masa bertahun2. Sebab kalau ambil cepat sangat tindakan , maka Dolah Badawi akan marah pulak..... Pelik ... dunia2

Update 6 :

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pengiraan undi pada pemilihan parti MCA Sabtu ini akan dijalankan secara terbuka bagi membolehkan ahli melihat sendiri proses tersebut dijalankan sebelum keputusan diumumkan, kata Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Beliau berkata, cara tersebut akan menjamin ketelusan dalam proses memilih pemimpin-pemimpin baru MCA yang bakal menerajui parti itu selepas ini.


Antara komponen BN yang nak meremajakan parti mereka termasuklah MCA. Banyak yang MCA buat hanya untuk mendapatkan kembali sokongan ahli2 mereka yang hilang masa PRU yang lalu.

UMNO seperti biasa, buat2 sibuk tentang pemilihan. Nasib rakyat dah jadi nombor 2. Tembolok diri sendiri jadi kepentingan kebanyakkan pemimpin UMNO. Cakap tak serupa bikin .

Ptuih ..... ptuih ....

Thursday, October 16, 2008

Kami Bukan Bodoh .....

Update 1 :

KOTA KINABALU 15 Okt. Kesan krisis ekonomi dunia ke atas Malaysia yang dijangka mula dirasai tahun depan tidak akan seteruk negara-negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai asas ekonomi yang pelbagai sekali gus mampu menampan kesan buruk ekonomi dunia itu.

Bila minyak petrol naik harga maka dijawabnya minyak kita lebih murah dari negara-negara lain. Kesan ekonomi negara lain ... tak de impak langsung kat Malaysia kata Najib. Betul @ tidak malaun ni cakap.... aku tak tahu.

Cuba tengok yang ni pulak ....


KUALA LUMPUR 15 Okt. Kementerian Pelajaran menangguhkan pembinaan beberapa infrastruktur yang baru berikutan kenaikan harga siling bahan binaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.
Penilaian semula projek itu perlu dibuat memandang kan kenaikan harga besi dan simen, katanya ketika menja wab soalan Datuk Yusoff Mahal (BN-Labuan) pada persi dangan Dewan Rakyat hari ini.

Kata ekonomi OK ... la ni .. pasal apa projek ditangguh ? .......


Wednesday, October 15, 2008

Turun ... Turun LAH

Yang turun hanyalah NOMBOR-NOMBOR & ANGKA-ANGKA di kaunter Pam Minyak. Daripada RM 2.45 sen / liter kepada RM 2.30 / liter. Jadilah ...... terima kasih lah kerajaan Barisan Nasional yang sangat "prihatin" terhadap periuk nasi saya.

Saya banyak berjalan. Nasib baik bos bagi claim minyak. Kalau tidak ... nasiblah.

Yang malunya .........

Harga kuih muih tak gak turun,
Harga ayam sekilo ... makin naik aku tengok
Harga Roti Canai ..... tak gak turun.
Harga barang2 runcit ... lagilah.
Harga barang pasar basar ... jauh nak diharapkan turun.

So yang turun apa ?

Apa yang Dolah Badawi cakap ngan kita ....? meh sini aku tunjuk kat korang ..... Dia suruh kita gunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk BOIKOT peniaga yang menjual barang dengan mahal.

Wahai Tok Dolah... bab yang ni tak payah awak cakap. Kami tahu apa kami nak buat. Sekarang kita nak tahu apa yang kerajaan boleh tolong ... selain daripada kerajaan yang ada menghabiskan harta2 kerajaan untuk anak bini , menantu dan sebagainya ? Ini laporan aku petik daripada Utusan Meloya......

Tuesday, October 14, 2008

Dolah Badawi & Dadah ...

Update :

Malaysia boleh tahan situasi ekonomi global semasa: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata Malaysia mampu bertahan daripada impak situasi ekonomi semasa, dan negara tidak akan mengalami kemelesetan. Perdana Menteri yakin Malaysia mampu melalui 'ribut' akibat krisis kredit Amerika Syarikat (AS) kerana ia masih mempunyai fundamental ekonomi yang kukuh selain kedudukan politik yang stabil. “Kita mempunyai rizab yang sangat kukuh, lebihan juga masih kukuh, simpanan domestik juga sangat tunggi dan mata wang kita juga stabil dan tidak tertakluk kepada susut nilai.- Berita Hairan.

Saya fikir kalau yang cakap Najib ... mau gak diulas. Yang cakap pun Dollah Badawi. Dah nak retired. Cakap pun kena fikir lah jugak. Banyak indikasi yang menunjukkan arah sebaliknya, tapi Dollah Badawi fikir sebaliknya. Ini yang saya cakap Berita Hairan.

daripada SUKJ .....

Di Amerika sudah ada beberapa buah intitusi kewangan yang telah muflis. Di Eropah beberapa buah bank telah diambil alih oleh kerajaan. Di Jepun juga telah ada institusi kewangan(Insuran) yang diistihar muflis. Manakala jiran kita Singapore juga telah mengakui terjejas dengan krisis kewangan dunia.

Jadi adakah kita akan selamat atau Kebal dari masalah ini? Kita tunggu dan lihat selepas ini bank-bank tempatan mana pula yang akan 'merger'. Bila berlaku 'bank merger', itu bermakna kemelesetan ekonomi negara telah berlaku.

Kekuatan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada 'export'. Jika sebelum ini ramai penoreh getah mendabik dada dengan kereta baru kerana harga getah 'scrup' RM4.50/kg tetapi hari ini harganya sudah tinggal RM2++ sahaja. Begitu juga dengan harga kelapa sawit. Malah harga minyak mentah juga dibawah USD78.7)

Saya agak hairan kepada siapa mereka merujuk bahawa ekonomi negara kita tidak akan terjejas dan tidak akan meleset. Adakah mereka telah merujuk pada pakar ekonomi atau 'Tok Bomoh'.

Update :

NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas serbuk dadah dipercayai ketamin seberat 29 kilogram bernilai RM1.15 juta yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyorokkannya dalam alat pendingin hawa.

Dadah memang musuh negara. Kita kena sama-sama jaga supaya semua generasi muda terhindar daripada musuh ini. Kita isytiharkan semua ini sebagai musuh nombor satu.

Dadah musuh negara. Syabas orang KASTAM. Bagga aku ada kawan kerja di KASTAM.

Update :

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru pembangkang untuk membentuk kerajaan persekutuan menjelang awal Disember sebagai 'karut' dan 'membuang masa'. Perdana Menteri berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.

Dollah Badawi ni apa dia cakap kadang2 dangkal pemikir. Apa yang dia fikir kadang2 orang tak terfikir. Pemikiran lemah. Eloklah bersara awal. Malas aku nak ulas.

Apa yang pembangkang nak buat ... buatlah. Janji bukan BN yang berkuasa. Lagi cepat lagi bagus.

Berita Meloya ......

Update 1:

PETALING JAYA 14 Okt. – Calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat membuat laporan polis hari ini berhubung dakwaan beliau memiliki aset-aset yang tidak diisytihar sebanyak RM21 juta di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama peguamnya, Simon Lim Seng Chai pada pukul 11.00 pagi. - Utusan Meloya


Orang politik ni kalau tak ada juta2 memang tak sah. Itu baru Ong Tee Keat yang baru je tak sampai sepenggal jadi menteri. Yang dah berpuluh2 tahun jadi menteri , tak tahulah ada berapa ratus juta.

Apa mereka kisah kalau minyak naik 20 sen waima 90 sen pun. Ynag kisah kita ni ... orang kebanyakkan. Banyak le kerja polis nak mengira duit Ong Tee Keat. Untuk Datuk Ong Tee Keat .... selamat bertanding jawatan Presiden. Aku sokong kalau kau menang.....

Update 2 :

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau mengekalkan pendirian untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden UMNO walaupun telah menerima satu pencalonan serta pertanyaan daripada lebih 34 bahagian UMNO.- Utusan Meloya

Orang yang tak layak kena ukur kat badan sendiri. Politik ni banyak "silap matanya". Kalau rasa tak layak , jangan bertanding. Kalau duit tak banyak ... jangan la nak menyibuk masuk lumba.

Janganlah jadi macam Ali Rustam. Nak bertanding Timbalan Presiden ..... tapi tak ukur keupayaan diri sendiri.

Pada aku ... Sifir Ali Rustam ni senang, dia Naib Presiden UMNO yang paling tak tahu buat kerja. Dah ramai orang UMNO akan pastikan dia kalah kali ni. Tak tahu apa sumbangan dia pada UMNO sepanjang dia menjawat jawatan Naib Presiden UMNO.

Dia tahu dia akan kalah dalam pemilihan UMNO kali ni. Daripada kalah sebagai Naib Presiden, lebik baik dia kalah sebagai Timbalan Presiden post. Tak de la malu sangat. Ali ... oh Ali. Macam2 yang kau buat .. termasuklah bagi Shah Rukh Khan gelaran DATO'.

Update 3 :

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar mengaku tidak bersalah atas sembilan tuduhan rasuah berjumlah RM82,500 dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen hari ini. - Utusan Meloya

Ini baru Timbalan pengarah. Rasuah berjumlah RM 82 ribu. Mereka gelar ini rasuah atau " corruption ".

Yang ambik duit penjualan kapal selam RM 500 juta... depa tak panggil ini corruption ... tapi KOMISEN ..... [ bangsat .... memang bangsat ].

Aku memang menyampah dengan perasuah. Perasuah & yang mengambil rasuah tempat tinggal mereka ada kat api neraka.


Sunday, October 12, 2008

Lawak Politik Minggu Ini

Tak tahu apa yang nak dijadikan asas cerita. Tapi cerita Shah Rukh Khan mendapat gelaran "Datuk" daripada bekas MB Pahang Khalil Yakob memang betul2 lawak antarabangsa.

Tak tahulah apa sumbangan SRK kepada kita. Tapi menurut Ali Rustam ..... adalah diharapkan nanti SRK akan mempopularkan negeri Melaka dalam filem Bollywood dia.

Ali Rustam memang otak bergeliga. Dia tahu apa yang Rosmah Mansur suka. So nanti bolehlah Rosmah suruh Najib lantik Ali Rustam yang memang confirm out sebagai somebody. Dah tahu diri tak berapa cerdik ... nak bertanding sebangai Timbalan Presiden tu.

Aku rasa ... dia memang antara Naib Presiden yang tak akan menag dalam PAU yang akan datang. So lebih baik bertanding jawatan yang lebih tinggi dakam UMNO. Tak kan nak rebut jawatan Ketua Puteri .........'

Aduhai Ali Rustam ....... dah lah tak berapa cerdik .... tunjuk pula kebebalan . So apa nak jadi.

Banyak benda Pak Lah tak mampu buat dalam masa 5 tahun sebagai PM. La nie dia nak buat semua nie dalam masa 150 hari....... Pak Lah zzzzzz oii... Oak Lah ......

Wednesday, October 8, 2008

Ahli Politik Malaysia

Lama betul aku tak posting apa2 dalam blog ni. Sibuk sedikit. Hal kerja & hal rumah. Kerja yang ada memang tak pernah nak beransur kurang. Makin kita kejar... makin ia datang.

Topik pilihan orang Malaysia la ni... POLITIK. Semua org boleh bersembang pasal politi. Tak de salahnya. Nak kata kem A " Bangang " ... dipersilakan. Nak suruh sipolan ni UNDUR ... silakan. Nak kata orang B ambil rasuah... silakan.... report kat BPR ... silakan. Nak pancung kawan... silakan.

Semua ada. Hanya nawaitu kita sahaja yang berbeza.

Pak Lah tak tanding Presiden UMNO march 09

Elok sangat lah tu. Makin ramai yang tertunggu2 nak tengok sapa mamat yang duduk no 1 & 2 UMNO. Nak rebut pangkat. Silakan.

Seperti biasa lah ... " saya ikhlas berjuang dalam UMNO untuk masyarakat "... podah. Cakap orang UMNO tak semua boleh pakai. Sepuluh cakap cakap .... dua je yang boleh dengar.

Undurlah Pak Lah... jadi orang kebanyakkan macam aku. Tak sibuk2 nak kesana kemari. Duduk ngan anak bini. Jadi orang Kepala Batas.

Berambus ... LAH.

Najib Razak

Dikhabarkan bakal jadi PM ke 6. Habislah harta kita di Malaysia diperabis oleh Najib & Rosnah. Tak respek langsung aku kat Najib.

Tak pernah melawan.... takut bini ... naik pangkat mungkin sebab beliau anak Tun Razak. Kalau bercakap.... aduih..... nak pecah urat kentut aku

Pegilah.... podah

Khairy Jamaludin

Habislah kau Khairy. Pak mertua kau dah tak jadi PM lagi. Kalau kau menang dalam jawatan Ketua Pemuda UMNO... kau memang hebat.

Ku Li

Tak tahulah dapat cukup pencalonan ke tidak untuk jawatan Presiden. Orang lama dalam parti. Idea masih boleh guna. Tapi jangan bagi dia stay lama sebagai Presiden UMNO kalau dia menang.

Humble .... ada banyak pengaruh grass root. Ku Li nak lawan sapa ? Najib Razak ? erm..... susah. Najib kadang2 boleh jadi BANGSAT dalam parti.

KU LI kena lawan la ni jugak. Lagi satu pemilihan UMNO ... rasanya takut tak sempat.

ANWAR IBRAHIM

DSAI kena cepat bertindak. Kalau tak orang akan kata DSAI ni penipu dalam usaha nak mengabil alih kerajaan. Orang bandar yang terdedah kepada internet ... bolehlah percya sedikit cakap ANWAR. Orang kampung ? yang hidup dan matinya hanya dengar berita TV 1 , 2 atau 3 suku ... camna ?

Mungkin belum dapat ilham siapa anggota BN yang nak melompat parti. Kalau ada tunjuk... kalau tak ade... cakap ... kami akan berusaha kearah itu. Self confident mesti ada.

Muhyiddin Yasin

Elok la cepat2 umum awak nak bertanding jawatan apa . Senang orang nak nilai , timbang , kutuk , puji dan sebagainya. Aku suka gak kalau Muhyiddin ni jadi timbalan PM.

Mat Taib & Ali Rustam

Mana pulak malaun ni dapat idea nak tanding jawatan timbalan presiden ? mangkuk ayun betul. Tak de tokoh langsung. Cakap tergagap2 .... malukan Malaysia je kalau jadi tmbalan PM. Duduk rumah sudahle ....

Ong Tee Keat

Calon yang agak bagus untuk dipertimbangkan ke jawatan Presiden MCA. Confident.

Chua Soi Lek

No komen [ Timbalan Presiden ]

Chua Jui Meng

No komen ... jawatan presiden. Lantak korang le nak memilih sapapun.

Nasharuddin Mat Isa

Calon PAS yang agak neutral sedikit. Banyak idea nak dipersembahkan fan dilaksanakan. Bagus. Aku suka