1- I.S.A
Daripada dulu lagi ISA adalah akta drakonian yang sepatutnya tidak lagi diamalkan dalam situasi negara Malaysia kita pada waktu ini.
Aku langsung tak setuju mana2 individu yang terpaksa dikenakan akta ISA. Zalim. Pandai2lah kau jawab dengan Yang Maha Esa hari akhirat nanti wahai pemimpin ISA. Nasib kaulah.
Nasihat aku , bebaskanlah mereka2 yang kena ISA. Mereka ada anak yang nak ditanggung. Tolonglah wahai Dollah Badawi.... tolonglah.
2- 16 September 2008
Sekiranya kerajaan tak bertukar pun [ rasanya tidak ], tetapi impak 16 Sept ini sangat besar dalam memberi kesedaran kepada rakyat kebanyakkan.
BN bukanlah satu2nya pemerintah yang boleh memerintah Malaysia. Malaysia negara kita.... ada banyak pemimpin yang boleh memimpin Malaysia. Momokan hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah... sebenarnya benda lapuk.
Aku akan pastikan anak2 aku tidak terdedah dengan budaya bangsat UMNO ni. Aku tak haramkan UMNO dalam hidup aku... tetapi UMNO bukanlah pilihan terbaik untuk aku. Bukan UMNO & BN.
Mereka yang dalam BN sebenarnya tahu betapa mereka banyak bergantung harap pada BN. So masing2 akan menempel kepada mereka yang berkuasa. Ini perkara lazim. Tak de yang nak dihairankan
3- Anwar Ibrahim
Apa sahaja yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim adalah perkara yang meyakinkan pada peminat2nya. Tak dapat dinafikan.
Anwar juga bukanlah maksum dan sebenarnya terdedah kepada salah silap yang memungkinkan manusia2 biasa lakukan.
Apa yang Anwar katakan sebenarnya janji dia kepada penyokong2 fanatik dia. So ; dalam konteks politik tak ade salahnya. Semua org pun mempunyai janji yang harus mereka tunaikan. Penyokong akan bertanya apa yang pemimpin kita boleh sumbangkan.
Sekiranya tak dapat ditunaikan 16 Sept ni, maka semua mata tertumpu kepada apa alasan Anwar yang memungkinkan perancangan asal PR untuk menumbangkan negara tidak tercapai. Semua orang menunggu dengan penuh sabar.
Apa yang Anwar akan sampaikan kepada penyokong dan pendokong reformasi ?
4- Utusan Malaysia , RTM dan TV 3
Boleh ditonton sebagai hiburan selepas korang balik kerja. Nak percaya..... ? terpulanglah. Kalau korang tak nak dengar berita yang disampaikan... tutup telinga.
Memang semua propaganda ini laku zaman dulu2. Zaman kita sekarang... sorrylah. Bila dengar cerita TV 3 suku... lagilah kepada aku biol.
5- Tun Dr. Mahathir
Aku dari dulu memang menyampah habis kat dia. Pembangunan dia utk Malaysia ... bagus. Tapi bab2 tentang hak2 orang awm... rasanya out. Kalau Anwar menang, Mahathir tak nak duduk di Malaysia. So TDM ... kau nak duduk mana?
6- Blogger RPK
Banyak yang aku tak faham tentang RPK. Tapi aku tahu dia orang yang berprinsip. Lawan ... tetap Lawan. Blog dia pun banyak yang aku jarang ikuti . Tetapi aku kena akui ... RPK memang hebat dalam menceritakan berita2 yang pihak BN memang tak suka nak dengar. Tu yang aku suka tentang RPK.
7- Tan Sri Khalid Ibrahim [ MB Selangor ]
Aku memang nak MB Selangor ni kurang bercakap dan banyakkan bekerja seperti mana yang tengah dia buat sekarang. Barua2 UMNO memang tengah berbulu habis tentang TSKI. Tapi lantaklah UMNO mahupun BN. Kalau dah bangsat dalam memerintah .... memang tetap bangsat.
8- UMNO
Memang gila kalau aku nak ulas pasal UMNO. Aku bukan penyokong UMNO. Bakul sampahkan sahaja UMNO ni.
9- Tan Sri Muhyiddin Yasin
Vokal dan berani. Pemimpin macam nie yang aku nak dalam UMNO. Boleh memberi pendapat yang bernas sedikit ... berbanding kebebalan banyak pemimpin UMNO.
10- Hamid Albar
Bodoh punya pemimpin.... sakit hati aku tengok budak botak ini. Kawan2 aku panggil Shit Albarbi.
Monday, September 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment