Dah lama aku tak update. Sibuk sikit. Cuba tengok berita2 yang boleh dipakai atau tidak. Kita dah besar , tahu mana yang buruk dan mana yang baik.
UPDATE 1 :
IPOH 25 Sept. — Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) melakukan perbuatan itu dengan seorang wanita dari China, disaran supaya bertaubat.
Mana punya pemikiran golongan ini gunakan ? menyamakan habuan seks dengan sedekah hanyalah orang yang telah terepit dan mahu keluar daripada kepompong kejahilan.
PKR kena ambil berat kenyataan2 sebegini. Takut disalah anggap. Zul Hassan ni pun malaun jugak. You dah buat salah .... salahlah. Kalau tak buat , lawan balik di mahkamah. Habis cerita.
Jangan jadikan agama benteng "pelindung" untuk korang melepaskan diri. Untuk aku .... KENYATAAN SEBEGINI MEMANG CELAKA ......
UPDATE 2 :
Ibrahim Jaapar dilantik Ketua Pengarah Kastam
25/09/2008 6:07pm
KUALA LUMPUR 25 Sept. — Datuk Ibrahim Jaapar, Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang bersara Mei lepas, dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam menggantikan Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 2 Oktober ini.
Ini yang aku tak faham. Macam la orang2 muda ni dah tak tahu nak buat kerja. Bila orang yang dah bersara dilantik semula kejawatan2 besar... macamana orang bawahan nak naik. Dah tentu org yang dilantik ini akan terhutang budi yang amat sangat kepada mereka yang dilantik.
Yang melantik Ibrahim ni memang punyai mentaliti kelas ke 3. Tak yakin orang2 muda boleh membawa pembaharuan kepada KASTAM. Memalukan kawan aku yang kerja di Kastam keran punya BOS yang direcycle.
Come on lah .... Kerajaan ni dah tak de candidate lain ke ? Fikirlah oanjang. Bukan hanya nak memikirkan benak perut korang aje. Banyak lagi graduan menganggur yang tak de kerja... sebab perlaksanaan benda2 sebegini. Untuk aku .... PERLANTIKAN SEBEGINI MEMBAZIRKAN WANG PEMBAYAR CUKAI .... kerana produktiviti Ibrahim ni mungkin tak sebagus yang muda .
UPDATE 3 :
25/09/2008 6:22pm
PUTRAJAYA 25 Sept. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi tahun ini dan tahun depan untuk melaksanakan projek perumahan di bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan tersebut akan membolehkan sebanyak 1,500 unit RMR dibina di seluruh negara oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Beliau berkata skim RMR bertujuan membantu rakyat dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa berikutan mereka sukar untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan kerana tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi.
“Bagaimanapun, pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri atau tanah saudara mara terdekat yang memberi kebenaran berkanun untuk menduduki tanah tersebut.
“Umur kelayakan pemohon pula adalah di antara 21 sehingga 65 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini hari ini.- BERNAMA.
Syabas dan tahniah. Bagus untuk rakyat ... tapi masih tak cukup. Berapa ramai orang miskin yang punyai tanah sendiri Najib oi ? Mengapa tak dibina rumah kos rendah ... suruh mereka sewa beli untuk tempoh tertentu.
Golongan ini memang selalunya tak punyai duit nak beli rumah ... apatah lagi tanah. Kerajaan boleh BINA RUMAH ... biar mereka buat sewa beli kepada yang hendakkan rumah. Rasanya lebih bagus. Untuk aku .... KERAJAAN BUAT BAGUS... TAPI TAK CUKUP LAGI.
UPDATE 4 :
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Hampir 300 penumpang terkandas kira-kira 30 minit apabila dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid-KL Aliran Ampang berlanggar kira-kira 200 meter dari stesen LRT Bukit Jalil di sini petang ini.
Apa tindakan kerajaan dalam perkara ni ? Mujur hanya 4 orang cedera dan tak mati. Apa kerajaan berani nak hentikan operasi LRT Rapi KL ni ?
Potong tangan, tengoklah 3 - 4 hari lagi. Tak de apa yang Dollah Badawi akan buat. Sebab Rapid KL kroni dia. Bila orang dah mati .... baru agaknya ada tindakan dikenakan kepada Rapid KL. Bangang ....
UPDATE 5:
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Tak kiralah sapa pun kita . Cakap biar jelas, betul dan tak bohong . Mengapa Teresa nak tiru Dollah Badawi dan geng yang selalu cakap bohong ? Sifat sebegini menjadikan kita akan dipulaukan oleh masyarakat. Awak tu pemimpin politik. Cukuplah kalau BN sahaja yang suka berbohong. Jangan sampai kita diketawakan. Untuk aku ... AHLI POLITIK TETAP AHLI POLITIK....... susah nak dijangka perwatakan mereka. OUT DOLLAH & GENG.....BRENGSEK ....
UPDATE 6 :
PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.
Dapatlah kita sorang satu angpaw raya daripada kerajaan Dollah. Yang untung mereka 2 yang ada kereta. Yang ada basikal atau jalan kaki ... korang tak de la dapat ape 2. Barang2 masih gak harga sebegitu.
Menteri pulak boleh minta peniaga turunkan harga. ????? Apa punya hukum ekonomi korang sekolah ? Ini hukum penawaran dan permintaan la bang. Kalau mahal ... jangan beli. BOIKOT . Senang cerita.... Pengguna MALAYSIA ni manja2. Kalau setakat ayam rega mahal sekilo... boikot. Jangan beli ayam. Ini korang buat macamlah tak de ayam tu kita boleh mati. HAMPEH.
UPDATE 7 :
TANJONG KARANG 24 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menghalang ahli UMNO daripada bertanding pada pemilihan parti tahun ini selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan parti itu.
Cakap Dollah ni jangan dipercaya bulat2. Selalunya apa yang dia maksudkan adalah sebaliknya. Maksud ayat yang nak disampaikan oleh Dollah seperti begini :
" Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghalang ahli UMNO daripada bertanding pada pemilihan parti tahun ini selaras dengan amalan demokrasi ALA AMENO yang telah lama diamalkan dalam parti itu."
UPDATE 8 :
Pengerusi Badan Perhubungannya, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, pemimpin dan ahli UMNO di peringkat bahagian di Selangor secara umum menyokong rancangan peralihan kuasa itu dan menyifatkan ia adalah satu 'pelarasan terbaik' yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
"Kita tidak arahkan setiap bahagian untuk menyokong rancangan peralihan ini, tetapi ia datang daripada semangat UMNO bahagian yang dilihat sepakat dalam hal ini.
Cakap Mat Taib ni boleh percaya ke ? Lalang , Panipu besar , Merosakkan negeri2 PR, Cakap Besar ... ini semua Mat Taib. Aku malu ada pemimpin macam ni.
Cuba wujudkan JKKKP untuk lawan JKKK yang sedia ada . Kan ke itu kerja orang bodoh ? Lupa nak bagitau .. ini jugak KAKI BODEK dollah badawi. Hampeh ....
UPDATE 9:
KUALA TERENGGANU 24 Sept. – UMNO Terengganu tidak membuat ketetapan untuk menyokong atau membantah pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 kerana ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.
Yang ni pulak tak de pendirian lagi. Sibuk gila kuasa . Mana yang beri keuntungan pada aku .... aku sokong. Senang. Group ni banyak geng2 Idris Jusoh & Mat Said Merc. Kerja malas..... duit kerajaan tak nak jaga. Boleh kena tipu dengan tokey bengkel.
Malaun2 bangang nilah yang diharapkan boleh jaga khazanah negeri. Kalau dah bengap ... bagi satu billion pun boleh habis. Bodoh tak boleh diajar ... pandai tak boleh diikut.
UPDATE 10 :
WASHINGTON 24 Sept. - Sudah tiba masanya bagi dua jawatan tertinggi dalam UMNO dipertandingkan untuk memperkukuhkan proses demokrasi dalam parti, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini pada Selasa.
Cakaplah apapun RAIS. Kalau BOS kau dah pekak badak tahap teruk ... apa kau cakap pun mereka buat BODOH je. Kau pun bukannya berani nak tegur Dollah. Untuk AKU ..... Bukan Dollah je yang patut dituk... tutup dan bubar je AMENO tu. Parti yang dah korup. Susah nak jaga.
UPDATE 11 :
MUAR 24 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli UMNO bahawa amalan politik wang atau pelbagai bentuk rasuah politik yang menular sekarang boleh mendatangkan masalah besar kepada parti yang bakal mengadakan persidangan di peringkat bahagian mulai 9 Oktober ini.
Tolonglah ....... RASUAH ni budaya dalam AMENO. Itu fakta. Benda dah jadi darah daging ... susah nak dibung Muhyiddin oi. Boleh cubalah. Aku respek semangat kau yang nak mencuba pembaharuan tu. Selamat bertanding kejawatan yang lebih tinggi sedikit .... nanti mana tahu kau boleh jadi ketua pembangkang bila PR memerintah ?
UPDATE 12 :
PUTRAJAYA 25 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ekonomi negara masih berada pada landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5.7 peratus tahun ini.
Kenapa tak cerita unjuran INFLASI 8.5 % ... yang paling tinggi kita akan hadapi ? MALAUN punya Menteri Kewangan.....
UPDATE 13 :
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kerajaan bersetuju menjadikan tarikh penubuhan Malaysia pada 16 September sebagai perayaan Hari Malaysia yang akan disambut di seluruh negara.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Hari Malaysia lebih signifikan disambut di seluruh negara berbanding sebelum ini sambutan hanya dibuat di Sabah dan Sarawak.
Benda baik kena buat ... tak kiralah sapapun yang bercakap mengenainya dulu. Menteri yang macam ni kadang2 menampakkan kebodohan yang ketara. Dulu bila PR nak buat .... kata tak payah. La ni korang pulak sibuk nak celebrate. Mentaliti kelas keberapa kau ni ?
UPDATE 14 :
YAN 25 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, akhbar Utusan Malaysia wajar menyaman Teresa Kok berhubung kelantangannya menuduh akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya pada 19 September lalu
Bekas MB ni pun patut kurangkan bercakap. Lagi banyak kau cakap... nampak bodoh kau ni macam bangangnya Ali Rustam. Kuarangkan cakap... banyakkan kerja.
ps : Maaflah .. kalau bahasa saya kasar sedikit. Ini luahan hati saya. Nak baca ... baca. Tak nak baca ... saya tak marah.
Friday, September 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment