1- Aku baru je tengok TV 3 suku tentang cerita AAB bila ditanya apa perancangan beliau berkaitan hasrat Pakatan Rakyat nak menubuhkan kerajaan. Seperti biasa..... malas aku nak dengar. Tapi aku paksa gak telinga aku ni mendengar apa sebenarnya yang dia nak cakap.
Daripada percakapannya memang tak berapa meyakinkan adanya orang MP BN nak melompat parti. Tapi dari riak mukanya membayangkan orang yang dibebani beberapa masalah. Dulu masa mula2 kawin , nampak sikit cerianya. La nie.... dah tak de.
AAB... bangun dan sedarkan diri daripada sindrom penafian......
2- Hassan Malek - Ahli Parlimen Kuala Pilah ni sapa ? Tiba2 je nama dia keluar ?
3- Zaid Ibrahim tetap meletak jawatan biarpun cuba dipujuk oleh AAB. Hai dollah .....
4- Pada aku, ANWAR bukan maksum & bukannya ahli nujum. Sekiranya tak jadi pun 16 Sept ni aku tak heran. Ada banyak halangan daripada kerajaan Dollah Badawi. Kalau aku umum ada 40 pemimpin BN nak melompat parti .... mau semua mereka ni masuk ISA kerana membawa kepada kehancuran kerajaan BN.
Nasiblah. ..... aku memang dah bosan dengan BN. Lantaklah . DAP ke , PAS ke , PKR ke jadi kerajaan aku dah tak kisah. Biar mereka bersihkan segala kebangangan BN dah segala " pelacuran " politik BN dibersihkan.
Biarkan UMNO pula yang menjadi ketua pembangkang. Dengan lebih 70 kerusi di Parlimen, UMNO boleh jadi pembangkang yang kuat.
Anwar Ibrahim kena cari kerusi untuk pastikan agama Islam tetap kuat dalam ahli parlimen PR.
Adios ... boleh berambus wahai Pak Dollah....
Tuesday, September 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment