Wednesday, August 27, 2008

www.malaysia-today.net

1- Saya tak berkesempatan nak mengekses lawan web Raja Petra Kamaruddin [ RPK ] ; iaitu www.malaysia-today.net sejak malam tadi. Hari ini juga saya gagal untuk memasuki web site yang bukan pro-umno itu.

2- Sehinggalah saya melayari harakahdaily ; barulah saya tahu bahawa syarikat TM Net telah menyekat semua akses ke laman web tersebut.

3- Sekiranya kegagalan ini disebabkan oleh TM , maka saya fikir kerajaan yang ada sekarang ini semakin terdesak. Kerajaan yang ada sekarang [ sila baca : Najib Tun Razak ] begitu takut sehingga terpaksa mengambil keputusan sekeras itu hanya kerana tidak mahu maklumat-maklumat yang mungkin ada kebenarannya sampai ke pengetahuan rakyat.

4- Semua ini merupakan tindakan terdesak pihak yang sedang berkuasa untuk menghalang kuasa mereka direntap oleh rakyat. Mereka tidak dapat membayangkan diri mereka menjadi seorang yang tidak mempunyai kuasa politik.

Sindrom ini hanya menular kepada mereka yang berkuasa dan takut kuasa mereka hilang. Mereka tidak dapat membayangkan pada satu hari nanti mereka hanyalah seorang rakyat MALAYSIA yang biasa. Tidak mempunyai langusng kepentingan dan jawatan dalam iklim politik negara. Mereka takut.

5- Golongan ini takut betapa satu hari nanti mereka akan pergi ke Pasar Malam di Jalan TAR KL dan mendapati tiada seorangpun peniaga yang melayan mereka. Mereka risau bila nak buat tawar menawar ; mereka dijerkah.

Mereka takut sekiranya mereka pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil , mereka akan disergah kerana tidak mahu mengambil nombor giliran. Ataupun sekiranya mereka mengisi borang untuk penerimaan rebet , mereka akan dimarahi kerana tidak mengisi borang dengan penuh.

Mereka risau sekiranya mereka menjemput orang sekeliling datang untuk majlis kenduri anak, maka tak ramai yang datang untuk memberikan sokongan.

Golongan yang phobia terhadap kuasa ini akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa. Golongan ini merasakan mereka adalah aristokrat melayu ; mereka tak boleh hilang kuasa.

6- Kerana sudah terlalu lama berkuasa , mereka lupa bahawa kuasa dan harta hanyalah pinjaman semata daripada Yang Maha Esa. Mereka mungkin terleka.

7- Untuk mereka yng sedang berkuasa, ingatlah betapa kekuasaan yang ada pada saudara hanyaloah pinjaman. Allah Ta'ala boleh menarik semua yang diberikan dalam sekelip mata. Tak selama-lamanya kita akan berkuasa.

8- Untuk Parti Pemerintah, berhentilah mengadu-dombakan bahawa kerajaan hanya boleh dipimpin oleh satu parti sahaja. Rakyat kebanyakkan sudah letih melihat situasi seperti sekarang.

Makin banyak mereka perbodohkan rakyat, semakin terpinggirlah kuasa mereka. Ada yang suka kepada mereka ; ada yang benci.

Dalam situasi sekarang ; semakin banyak yang menyampah dengan pentadbiran Abdullah Bin Ahmad Bin Badawi.

Segerakanlah proses peralihan kuasa . Daripada Be End kepada Pakatan Rakyat.

No comments: