Kepada seluruh rakyat Malaysia walau apapun pegangan politik, saya yakin semuanya inginkan keadilan. Justeru, samada kalian dari parti UMNO, PAS, Keadilan, DAP atau apa saja, selagi kalian beragama Islam, kesekian kalinya saya amat berharap kita sama-sama bermunajat kepada ALLAH demi keadilan rakyat dan kesejahteraan negara kita.
Saya mengingatkan kepada diri saya dan kepada rakyat Malaysia, Islam khasnya untuk terus berusaha menyuburkan keadilan di bumi Malaysia ini kemudian pasrah dan bermunajat kepada Zat yang Maha Esa. InsyaALLAH, keberkatan dikurniakan kepada kita semua.
Ayuh saudara ku sekalian, kita lupakan perbedaan fahaman politik. Kita mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah dan hadiahkan kepada junjungan kita Nabi Muhamad SWT serta buat kaum keluarganya. Al-Fatihah…..…
Al-Fatihah yang kedua kita baca untuk kita hadiahkan kepada kedua ibu bapa kita. Al-Fatihah…..
Dengan penuh kerendahan jiwa dan rasa kehambaan, marilah sama-sama bermohon kepada ALLAH.
“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.
Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.
Ya ALLAH Ya Rabb,
kami memohon kepada Mu.
Selamatkanlah negara kami, Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.
Ya ALLAH Ya Rabb,
kami memohon kepada Mu.Sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini yang telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah mereka, wahai
ALLAH.
Dan, sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.
Ya ALLAH Ya Rabb,
kiranya hamba MU, Anwar bin Ibrahim telah dikhianati dan difitnah melakukan liwat, maka kami mohon pertolongan MU ya ALLAH, selamatkanlah dia dan laknatilah mereka yang menzalimi, mengkhianati dan menfitnah hamba MU, Anwar bin Ibrahim.
Ya ALLAH Ya Rabb,
kurniakanlah kepada kami daripada rezeki MU yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah
Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad SWT, keluarga dan sahabat baginda.
Dan segala puji bagi ALLAH.Amin Ya Rabbala’lamin.”
No comments:
Post a Comment