Monday, August 4, 2008

Utusan Malaysia - masih relevan ?

1- Terdetik hati kecil ini untuk menyentuh beberapa berita yang menjadi topik bualan dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA [ UM ]. Persoalan samaada masih relevan atau tidak, kita sendiri akan mengetahuinya. Kiranya jualan mereka masih seperti dulu , ironinya UM ini masih lagi segar diminda kita. Untuk saya, baca .... YA. Untuk membeli .... TIDAK SAMA SEKALI. Tidak rela pemikiran saya diperkotak katikkan oleh sebuah akhbar sepatutnya jujur dan berkecuali.

Ya ... memang sukar mencari akhbar yang 100 % tidak memihak. Untuk kem A... akhbarnya akan pro kepada A. Begitu juga bagi kem yang lain. Tidak akan ada akhbar yang 100% bebas. Saya setuju. Akan tetapi melihat daripada laporan yang ditulis di UM membuatkan hati kecil saya menjauhi akhbar ini. Mungkin satu hari nanti akan ada satu masa dimana akhbar UM ini akan menjadi wadah bacaan saya. Insyaallah.

2- " Kemaruk Kuasa Di Kota Tinggi - Syed Hamid "

Kata beliau pemilihan bahagian di Kota Tinggi semakin teruk dengan masing2 menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk politik wang untuk menumbangkan lawan masing2. Saya tak terkejut. Inilah UMNO. Jika pencabar Syed Hamid menggunakan pelbagai taktik kotor, saya percaya Syed Hamid juga demikian. Bayangkan Syed Hamid ini sudah 4 penggal menjadi ketua bahagian untuk Kota Tinggi.. tak mudah untuk dia turun takhta. Bak kata orang 2 x 5. Awak ada advantage ... sebab you menteri.

3- V6: Exco, bekas Exco beri keterangan kepada BPR

Semua pemimpin kena sedar, duit ini amanah rakyat. Bukan kita boleh belanja sesuka hati. Saya bukan orang Terengganu. Tapi saya orang Malaysia. Kalau inilah sikap pemimpin kita yang sering tak ambil endah tentang duit belanja ... lingkuplah rakyat. Dah tahu belanja V6 tinggi, mengapa tidak dirujuk kepada Proton dalam tempah warranty 4 tahun itu ? Itu yang saya tak faham. Mengapa tak ditukar sahaja kereta V6 tu kalau betul kos operasinya mahal ? Dimana kredibiliti Proton bila orang perlekehkan kereta kamu ?

Saya juga pengguna kereta Proton [ bukan V6 la ]. Kalau orang kata penyelenggaraannya mahal, ada yang setuju ada yang tidak. Kenapa zaman Idris Jusoh dulu tak dibangkitkan perkara ini. Ahmad Said nak kenakan Idris Jusoh .... [ 1 - 0 ]

4- Penduduk rayu tangguh roboh rumah

" ...JOHOR BAHRU 3 Ogos - Kira-kira 300 keluarga dari Kampung Baru Plentong Tengah di Pasir Gudang di sini, merayu kerajaan menangguhkan kerja-kerja meroboh kampung mereka pada 14 Ogos ini, sehingga penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Ulu Tiram, siap sepenuhnya.... "

Saya percaya antara mereka ini ada yang sudah kaya raya kerana duduk dirumah haram sejak 1985. Bayangkan... tak payah bayar sewa. Kerajaan kena tegas. Saya setuju penempatan dilaksanakan secara teratur. Mereka kena betul2 berusaha untuk memansuhkan penempatan haram. Kalau ini berlaku di negeri PR, tentu UM buat coverage muka depan

5- MRR2 retak lagi . Inilah akibatnya kalau proses pembuatan jembatan tidak dilaksanakan secara telus. Mana yang saya kenal ... saya beri projek ini. Pandai atau tidak .. belakang cerita. Samy Vellu pun dah tak kecoh. " Bukan akau yang kena jawab " kata Samy. Saya percaya ada yang tak kena dalam hal ini selain daripada nak menyalahkan faktor keadaan semula jadi . Rasuah .... boleh jadi. BPR kena kerja lebih sikit

6-Pilihanraya Permatang Pauh : Selamat bertanding untuk kedua-dua calon. Khabarnya ada satu lagi parti politik akan meletakkan calon; selain daripada BN & PR. Nak pecah undi ... mungkin. Apapun selamat bertanding. Laporan yang berat sebelah sudah pasti akan kita tonton disemua media kerajaan. Nak tengok berita ... malas dah saya. Tak ada keseronokan

Shabery Cheek kata RTM akan membuat laporan yang adil untuk Pilihanraya Kecil tersebut. Adil yang bagaimana ? kena tanya Shabery Cheek. [ BN 90 % - PR 10 % ] . Itu adil pada Shabery Cheek

7-Ezam semakin "hebat" dibawah bendera UMNO. Selamat berjaya. Saya masih tertunggu-tunggu laporan rasuah yang dibuat dek Ezam dulu kepada pemimpin UMNO & BN. La ni bila dia dah masuk UMNO, semua laporan itu dah hilang. Mengapa GERAK tak follow up? Mungkin sebab dah disogokkan duit berjuta2. Banyak tu " JUTA-JUTA ". Mereka boleh beri kerana itu bukan duot mereka , tapi duit kerajaan. Apa nak risaukan. Tutup ketua dia dgn duit, maka segalanya boleh dibereskan.

8-Muhyiddin Yassin hanya tanding kerusi Naib Presiden. Saya tak tahu apa yang nak saya ucapkan. Bak kata sahabat saya... bila dah sampai keperingkat tertinggi, mereka hanya fikirkan survival diri sahaja dan bukannya rakyat kebanyakkan. Muhyiddin takut untuk mencabar Kalau dia kalah .. mungkin Dollah Badawi akan kekalkan jawatan menteri kabinet yang disandangnya sebagai hadiah kerana tak melawan serta akur dengan Pelan Peralihan Kuasa. Apa Nie ?????

Syauqie

No comments: