1- Dalam politik ada 1001 kemungkinan. Kebarangkalian Saiful telah diperkudakan untuk Be End terus berkuasa tetap ada. Sebagai seorang ISLAM, Saiful telah berumpah bagi membuktikan dirinya adalah mangsa aniaya sebelah pihak yang lain.
Kita hormati pendirian beliau. Tetapi kegagalan beliau melawan sewaktu beliau diliwat mencetuskan pelbagai interpretasi. Mengapa tidak melawan ? 61 tahun vs 23 tahun ? Saya hanya boleh berkata Subhanallah.
Andainya Saiful memainkan agama ISLAM hanya untuk kepentingan politik pihak yang memerintah , maka eloklah mereka yang berada dibelakang Saiful ini juga mendapat sumpah laknat yang serupa oleh Allah Ta'ala.
Politik Malaysia semakin jijik , kotor serta memualkan. Saya penuh yakin kebenaran akan tetap menjelma. Yang Hak akan menjelma, yang batil akan kita kuburkan.
2- Pakatan Rakyat hanya mempunyai 10 hari sahaja untuk counter attack segala bentuk tomahan dan cacian daripada pihak Be End. Seperti biasa Be End akan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk memancing undi daripada Rakyat Permatang Pauh.
Hidup mati Be End di Permatang Pauh. Andai be End tumbang, cerahlah harapan PR untuk memimpin negara pada 16 September. Sebaliknya jika PR tumbang, maka apa yang mereka janjikan sebelum ini untuk mentadbir Malaysia akan hanya tinggal sebagai realiti.
3- Pihak POLIS jangan pula bias kepada sebelah pihak. Yang disini diberikan permit untuk berceramah, yang disebelah sana disekat untuk bercakap. Untuk Syed Hamid Albar ... you better buck up .... look around your corner and please do not say something which make you look more stupid.
4- Selamat berjuang kepada mereka di Permatang Pauh. Paling penting, rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat kebajikan. Bukannya hanya memberikan kekenyangan kepada segelintir pihak seperti yang AMENO amalkan sekarang.
5- Lee Chong Wei akan menentang Lin Dan dalam Final Badminton sukan olimpik. Selamat berjuang untuk beliau. Ini barulah spirit Malaysia Boleh.
Saturday, August 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment