Thursday, August 7, 2008

UMNO - masih relevan ?

Sahabat bloggers saya menitipkan pantun 4 kerat dalam blog beliau. Sedap untuk dituturkan, sedap didengar , juga sedap untuk dibaca. Tetapi kepada siapa ?

UMNO tetap releven sepanjang zaman,
Itu adalah hakikat yang perlu diketahui semua rakyat yang aman,
Permatang Pauh nantikan kami untuk menyebar kebenaran,
Yang bersalah akan Tuan Hakim Duniawi penjarakan,

Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup UMNO....!!!

Jawapan saya mudah .......


1. Kenapa kes rasuah import permit (AP) yang didakwa oleh Ezam Mohd Nor dan Mahathir Mohamed terhadap Rafidah Aziz tidak disiasat? [ Pemimpin UMNO ]

2. Kenapa kes rasuah konsesi balak yang dilakukan oleh Khalid Yaacob semasa dia jadi Menteri Besar Pahang dijerukkan? [ Pemimpin UMNO ]

3. Kenapa dakwaan kes rogol gadis bawah untuk oleh pemimpin UMNO tidak disabitkan kesalahannya oleh pejabat peguam negara? [ Pemimpin UMNO ]

4. Kenapa kes penyelewengan dana Khazanah Nasional untuk memberi laba berbillion ringgit kepada anak, menantu dan kroni Abdullah Badawi diizinkan? [ Pemimpin UMNO ]

5. Jelaskan kepada kami kenapa Abdullah Badawi berbohong dan tidak pengistiharan harta anak dan menantunya? [ Pemimpin UMNO ]

6. Kenapa Abdullah Badawi menunjukkan simpati yang teramat sangat kepada Saiful Bukhari dalam isu penipuannya dia diliwat, sedangkan berjuta rakyat Malaysia yang derita dan sengsara Abdullah langsung tidak pedulikan. Tanya Abdullah perkara ini. [ Pemimpin UMNO ]

7. Tanya kepada pemimpin UMNO, kenapa kerajaan BN kehilangan majoriti dua per tiga dalam pilihanraya Mac 2008 lalu.[ sebab Pemimpin UMNO ]

8. Tanyakan kepada mereka kenapa presiden umno tidak mempertahankan hak dan keadilan terhadap dua orang pemuda yang ditembak oleh polis menggunakan peluru hidup, sedangkan dalam bab Saiful Bukhari yang jelas menipu, Abdullah beria-ia sangat menunjukkan simpati. [ Pemimpin UMNO ]

12. Kalau Tan Sri Rahim Tamby Chik datang ke Permatang Pauh, tanyakan terus kepadanya daripada mana dia dapat duit untuk membeli harta berikut? : Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:

A. Hotel Ayer Keroh D'Village.
B. Stesen Pam Minyak Shell.
C. Lot 706 yang dijual kepada EON.
D. 17 anak syarikat Daya Promile
E. 53 ekar dusun durian di Bertam.
F. Rumah kedai di Mesjid Tanah
I. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
J. Peringgit Point.
K. Taman Buaya Melaka
L. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
M. Taman Ikan Melaka

RTC juga memiliki beberapa buah kereta mewah yang pada dasarnya sebagai :

A. BMW 525 harga RM 180,000.00
B. Porche 928 harga RM 448,495.00
C. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00
Harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.

Untuk makluman semua ; Rahim Tamby Chik adalah ..... BEKAS PEMIMPIN UMNO

Makanya UMNO masih lagi relevan ; dulu kini dan selamanya kerana -

1- Segelintir pemimpin tertinggi dalam UMNO telah terdidik atas budaya rasuah. Rasuah dibolehkan dalam UMNO untuk mengekalkan kuasa.

2- Kalau jadi pemimipin UMNO, tembolok perut , anak bini , anak menantu , kroni perlu dibuncitkan dalam menghakis kekayaan yang ada.

3- Untuk berbicara secara intelek ... yang UMNO ada hanyalah Shabery Cheek. Yang lain , banyak menikus. Berani bersuara dalam surat khabar UMNO sendiri. Bila diajak berdebat .... " HAMPEH "

Jadi , sama-sama kita fikirkan .... masih relevankah UMNO dalam suasana kita sekarang ?

Syauqie

No comments: