1- Bolasepak Malaysia dalam ranking yang entah ke seratus berapa. Untuk meningkatkan ranking ke tahap bawah daripada 100 seperti yang dihajatkan, perlu ada skuad yang mantap.
Untuk menghadapi Pestabola Merdeka kali ke 40 yang akan datang , saya tak pasti mengapa hanya 3 orang daripada skuad KEDAH yang dipanggil untuk menjalani latihan. Mengapa tidak lebih daripada jumlah itu ?
Skuad Malaysia kena berubah. Pilih hanya mereka yang betul-betul ingin main untuk negara. Nama-nama besar yang merasa diri mereka BINTANG .... jangan dipilih.
Besar kepala dan ego jadi musuh utama kita selama ini. Main tak seberapa ; tetapi gaya mengalahkan Cecs Fabregas.
Mereka dah rasa macam bintang, tak perlu jalani latihan macam orang lain. Ini masalah. Saya peminat bolasepak. Pilih yang betul-betul berkelayakan. Tolonglah FAM ....
2- Sukan Olimpik Beijing 2008 dah berakhir. Aloha London 2012. Kementerian Belia dan Sukan telah memilih empat sukan teras untuk dijadikan sandaran Sukan Olimpik London 2012. Antara sukan terbabit :
i- Badminton
ii - Memanah
iii- Lumba Basikal
iv- Hoki.
Sebenarnya kita boleh fokus beberapa lagi jenis sukan yang tidak memerlukan perlawanan fizikal dengan pihak lawan. Antaranya :
a] Angkat Berat
b] Kapal Layar
c] Lompat Jauh / Lompat Tinggi / Lompat Bergalah / Lompat Kijang
d] Sukan terjun / diving ....
Bukankah semua sukan diatas hanya memerlukan kita berlawan dengan kekuatan mental kita sendiri. Mengapa begitu jauh standard kita di Sukan Olimpik ? Adakah taraf kita hanya setakat peringkat saringan ?
Banyak yang perlu dipertimbangkan oleh KBS dalam hal ini.
Jangan campur adukkan sukan dengan politik. Seperti baru-baru ini sewaktu dalam mesyuarat untuk program SUKMA yang akan datang ; mengapa wakil daripada Pulau Pinang, Kedah , Kelantan, Perak dan Selangor tidak dipanggil untuk duduk semeja dalam membuat keputusan ?
Selagi ada sifat tamak , balas dendam dan iri hati bernanah dalam diri penggiat sukan, percayalah ... kita mungkin akan menunggu lagi 20 tahun untuk mendapatkan sebutir pingat emas dalam sukan olimpik.
3- Harapkan Pagar , Pagar yang makan padi. Sekiranya benar ada pegawai olahraga yang terlibat dalam kes pencabulan atlit negara seperti yang dilaporkan, bawa mereka ke muka pengadilan. Situasi seperti ini tidak sihat untuk perkembangan atlit negara.
4- Saya harap jurulatih beregu negara Rexy Mainaky dapat berbuat sesuatu supaya ada beregu kita yang digeruni diperingkat antarabangsa. Letih la saya tengok gelagat Koo Ken Kiat & Tan Boon Heong.
Letih yang amat sangat tengok apa yang tak kena dengan mereka. Tiada rasa ghairah nak menang ? Mungkin ....
Ayuh Rexy , kudrat anda masih ditagih.
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment