Wednesday, August 20, 2008

Rasuah

1- Siapa anggota EXCO kerajaan negeri Perak yang disabitkan dengan kesalahan rasuah beratus juta ringgit ? Rakyat berhak tahu. Rasuah sangat menjijikkan. Kerajaan PR perlu lebih peka dalam hal ini.

Jika sabit kesalahan ; eloklah rasanya dilucutkan sahaja jawatan mereka. Sementara waktu elok juga mereka direhatkan. Siapa EXCO Perak itu ? Tunggu ....

2- Tahniah Lee Chong Wei kerana dikurniakan darjah kebesaran yang membawa pangkat " Datuk " . Tahniah " Datuk Lee Chong Wei ".

Ganjaran RM 300,000 beserta pencen bulanan RM 3000 bermula September 2008. Syabas Chong Wei. Terima kasih atas pengorbanan saudara.

3- PKR tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan silam di parlimen Permatang Pauh. Sedangkan Haji Hadi boleh tumbang dikawasan tradisi beliau suatu masa dahulu .... apa kurangnya Anwar. Kena kerja kuat.

BN mempunyai 1001 helah untuk menang dalam pilihanraya kecil ini. Siapa yang menang ... ? Tunggu .

4- Baru-baru ini saya melihat gambar saudara Khairy Jamaluddin berpakaian seperti perempuan dalam satu laman web PRO UMNO. Pesan saya ..... Jangan suka buat fitnah. Kalau gambar itu tak betul , banyak dosa besar yang kita dah lakukan.

5- Polisi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - " Merakyatkan Ekonomi Selangor " harus digunakan dengan sebetul-betulnya. Pacuan kearah matlamat tersebut mesti disepakati oleh semua pihak ; bukan hanya MB Tan Sri Khalid.

Jangan ada yang RASUAH. Rasuah perlu dibenteras.

6- Selamat bekerja untuk semua anggota-anggota petugas daripada Badan Pencegah Rasuah [ BPR ]
seluruh Malaysia. Integriti mencerminkan budaya diri. Ayuh , hapuskan perasuah diseluruh Malaysia.

Malaysia Bebas Rasuah !!!!!

1 comment:

mohad said...

salam.. apa khabar,...