1- Masih relevankah Barisan Nasional khususnya pimpinan UMNO dalam menerajui negara ? Bukankah Permatang Pauh telah memberi sedikit petanda meminta supaya AAB dan Najib Razak turun daripada tahta Presiden dan Timbalan Presiden ? Masih tak faham lagikah ?
2- Ikutkan hati saya bukan hanya AAB dan NR yang kena berundur , tetapi ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang sering menjadi " suara " kepada AAB. Walau salah macam manapun AAB mereka akan tetap mepertahankan.
3- Bukan AAB sahaja yang boleh memimpin negara. Tetapi masih adakah calon daripada kalangan UMNO yang boleh mengganti AAB ? Pilihan saya :
i- Muhyiddin Yasin
ii- Ku Li
iii- Razali Alias - YB Muar
4- Ahli MT UMNO tidak akan berani bersuara meminta secara hormat kepada AAB supaya berundur. Mengapa ? Inilah legasi peninggalan Tun Dr. Mahathir.
5- Saya percaya AAB tidak akan meletak jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Ini kerana AAB tahu bahawa UMNO tidak mempunyai pressure yang kuat untuk memaksa dia berhenti daripada jawatan PM.
6 Saya ada belek-belek berita 6 hari sebelum Pilhanraya Kecil Permatang Pauh. Kata orang BN cakap berdegar-degar.... tapi habuk pun tara.... Gelihati melihat dan membaca komen NR sebagai pemimpin di Permatang Pauh.
7- Anwar kata 16 Sept 08 still on track. BN dah menggelabah beruk. NR & AAB tak senang duduk dibuatnya. Kalau ada yang berfikir kerajaan akan bertukar tangan pada 16 Sept 08; rasanya baik baca blog " zul4kulim.blogspot.com "
8- Komen selepas BN kalah pun macam-macam. Yang cerdik pandai bagi pelbagai alasan mengapa Anwar boleh menang. Kalau belek komen sebelum 26 hb ... memang berbeza 100 %. Ini komen lepas mereka kalah :
a] Zainal Kling -" UMNO tak sempat nak buat apa2 lepas PRU 12. Perubahan terlalu cepat. "
Zainal .... UMNO memang macam gitu ... malas
b] Ali Rustam - " Kita hormati pendirian rakyat Permatang Pauh "
Ali Rustam ... dah kalah baru kau cakap macam tu. Hipokrit + berlagak. Elok pun kalah. Cuba tinjau sikit blog Ali Rustam ni ...
c] Ahmad Atory Hussain - " kemenangan sebab rakyat simpati pada Anwar Ibrahim "
Atory .... aku tak kan simpati pada kerajaan yang korupsi.
d] Chandra Muzaffar - " rakyat Permatang Pauh taksub pada Anwar . Merugikan ..."
Rakyat Pekan taksub Najib , Kepala Batas taksub AAB, Kuala Kangsar taksub Rafidah Aziz... so apa yang tak kena dengan Permatang Pauh ?
e] AAB - Haram .... tak de satu komen dia pun tersiar di akhbar. Masih tidur ?
Aku malas nak komen . zzzzzzzzzzzzzzz
f] Shamsul Amri UKM - " pengundi terpengaruh dengan dakyah Anwar Ibrahim. Mereka terpengaruh dengan manifesto PKR.
Hello ..... semua orang kena jual manifesto dia kepada rakyat sebelum boleh jadi Ahli Parlimen. So apa beza Anwar ?
g] Arif Shah - tolong terima dengan hati terbuka
h] KJ - sorry . Dia balik awal malam tadi. Dah tahu BN akan kalah buat apa nak stay...
i] Muhyiddin Yasin - ini yang paling relevan untuk kita sama-sama renungkan. Tolong cari sendiri apa Muhyiddin Yasin cakap.
j] Syed Hamid... malas aku nak ulas.
k] Lain-lain pemimpin [ pemimpin ke ???? ] ..... tak tahu nak cakap apa. Masih tunggu 16 September 08
Wednesday, August 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
setakat ini Muhyiddin yassin yang ok.
Post a Comment