Thursday, August 7, 2008

Politik & UMUM

Ada beberapa soalan yang senantiasa berlegar2 dikepala saya. Tak mahu hilang. Menyuruh saya berfikir mengapa , kenapa , bagaimana, bila , siapa ... dan pelbagai lagi ....

1- Mengapa terlalu susah PM Abdullah Badawi nak meletak jawatan ? Apa yang sangat susah untuk turun daripada jawatan PM bila ahli UMNO sendiri dah memberi isyarat ?

2- Mengapa Najib Tun Razak tidak dipanggil dalam kes pembunuhan Altantuya ? Saya tak faham ?

3- Mengapa cerita & Skrip Anwar Ibrahim dalam kes yang sedang dihadapinya ini bagai ulangan 1998 ? Ada ke golongan makhluk berakal yang akan percaya [ selain daripada Be End ... ] tentang cerita sebegini ?

4- Apakah MUsa Hassan dan Gani Patail sebenarnya tidak terlibat langsung dalam cerita Anwar Ibrahim? Bukankah mereka masih boleh memberi arahan atas kapasiti jawatan masing2 ?

5- Apa yang susah sangat kalau sebelah pihak kata boleh turunkan minyak sehingga RM 2 seliter ? Mengapa Be End tak nak tengok keadaan semasa dan cuba laksanakan apa yang dicadangkan oleh PR ? Mengapa susah sangat nak buat benda2 baik kepada rakyat Malaysia sendiri ?

6- Mengapa WASIAT untuk jawatan dalam UMNO semakin teruk ? Sesiapa pun boleh jadi pemimpin andainya diwasiatkan supaya penyerahan kuasa berlaku .... mengapa ianya masih berlaku ... malahan menular pula ke Kem Wanita UMNO. Pun sama jugak, alasannya takut mereka akan berpecah belah ? Mengapa demokrasi tidak berlaku secara TOTAL di Dalam UMNO ?

7- Siapa sebenarnya dalang [ sekiranya ada ] dalam episod DSAI ini ? Kalau tiada dalang , mengapa DSAI mengatakan sebaliknya. Tolonglah DSAI ... tunjukkan bukti yang mengatakan PR tidak serius dalam membantu masalah rakyat ? Menagapa ?

8- Apa akan jadi di Permatang Pauh andai Anwar disabitkan kesalahan ? Masih bolehkah ia bertanding ?

9- Anwar juga bukan malaikat. Dia mungkin melakukan jenayah yang diceritakan itu ... mungkin juga dia tidak melakukan. Tetapi mengapa pengaiban itu seteruk ini ? Inikah erti sebenar perjuangan politik ? Dahulu saya tak berapa berminat nak mengulas, namun sekarang berbeza. Saya ingin sampaikan kepada mereka diluar bahawa kita masih punya ruang untuk memperbaiki negara Malaysia kita ini. Apa akan jadi 10 - 20 tahun lagi kalau Be End masih memerintah ?

10 - Saya berdoa agar DSAI terlepas [ sure x lepas lah ] daripada pertuduhan FITNAH itu kerana hati kecil saya masih berkata - ini semua FITNAH.

11- Semoga yang baik akan dilihat dan yang buruk akan kita bongkar. Ya Allah berilah hambamu ini petunjuk agar yang hak akan menang dalam menentang yang batil

12- Soalan saya masih saya ... MENGAPA , BAGAIMANA , APA , SIAPA , DIMANA .... semua ini boleh berlaku....

1 comment:

Anonymous said...

Kita kena berfikir panjang sebelum bertanyakan soalan-soalan yang mempunyai jawapan yang sama.

Jawapan untuk soalan pertama:
Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan nya yang tersendiri, cuba anda lihat di dalam media, adakah semua bahagian/ cawagan UMNO mahu PM letak jawatan?? jawapannya semua menyokong kepimpinan PM oleh yang demikian tak perlulah nak pening kepala untuk memikirkannya. PM masih mempunyai sokongan yang kuat di dalam MT UMNO, jadi buat apa beliau perlu letak jawatan PM. UMNO masih lagi menerajui kerajaan selepas PRU 12, jadi tak perlu lah untuk PM meletak jawatan. UMNO/BN masih pandai menghormati pemimpin bukannya macam sesetengah manusia yang masih dajjal dan bodoh kerana tidak pandai menghormati pemimpin.

Jawapan soalan 2 :

Ini adalah kerana TPM tidak dapat dibuktikan oleh mahkamah dan sesiapa pun tidak mempunyai bukti berkenaan penglibatan TPM oleh yang demikian berilah TPM masa untuk memacu negara kearah cemerlang, gemilang dan terbilang...

jawapan 3:

Bukan UMNO sahaja yang percaya malahan PKR, PAS Dan DAP juga percaya mengenai hubungan sulit ANWAR ini, cuba kali ini wataknnya berbeza, manusia yang mempunyai kemahuan seksual yang tinggi akan senantiasa mencuba sesuatu yang baru.

jawapan 4:

Tugas rasmi perlu dilaksanakan dan telah dibuktikan mereka tidak bersalah, jadi tiada persoalan lagi mengenai penglibatan mereka didalam kes ini. Oleh yang demikian adalah baiknya jika mereka menumpukan mencari keadilan daripada berfikir yang bukan-bukan.

jawapan 5:

Persoalan mengenai harga minyak itu persoalan berkaitan dunia, bukan mengenai RM 2 atau turun habis. Kita perlu faham situasi ekonomi yang dikuasai oleh AS. Adakah negara kita mahu berhutang dengan IMF (yang disukai ANWAR IBRAHIM)semata- mata mahu kan harga minyak turun. Kita dah lama senang jadi rasa lah sedikit kesusahan demi kepentingan NEGARA.

jawapan 6:

Bukannya wasiat cuma peralihan kuasa. Jika saya sebagai PRESIDEN maka yang layak mendapat tempat saya ialah TIMBALAN PRESIDEN, itu pun jika semua ahli setuju. Di dalam kes ini semua ahli UMNO setuju maka tidak timbul wasiat dan mewasiat.

Jawapan 7:
Ini adalah kerana PR lebih banyak menyusahkan rakyat daripada mahu membangunkan ekonomi dan taraf hidup rakyat. Semasa 100 hari memerintah apa yang dilakukan oleh PR ialah ceramah-ceramaha haram dan perhimpuanan- perhimpunan haram, ini semua menyusahkan orang awam, pihak berkuasa, negeri dan negara. Pelabur akan melihat ini sebagai satu ketidakstabilan ketenteraman awam. Jika sudah menang kenapa perlu berceramah lagi unutk memahamkan rakyat??? Saya lihat PR lebih sibuk mengorek kesalahan BN dan UMNO daripada membuat sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat .

jawapan 8:

Anwar masih boleh bertanding dan belum pasti beliau menang kerana kebenaran akan UMNO/BN bawa ke permatang pauh untuk dipertontonkan dan diperdengarkan kepada semua pengundi dipermatang pauh. Permatang pauh akan jadi milik UMNO/BN.

jawapan 9:

UMNO memerintah dengan jayanya selama 50 tahun. Maka tidak menjadi masalah kepada UMNO/BN untuk memerintah lagi 20 atau selamanya negara MALAYSIA ini. Rekod pentadbiran UMNO/BN sungguh cemerlang dimata dunia.

jawpan 10:

Ini bukannya FITNAH ini adalah jenayah yang perlu dibicara dan perlu dijatuhkan hukuman, jika fitnah tidak akan ada mangsa yang tam[il untuk membuat laporan polis. anda kena faham itu.

jawapan 11:

Insyaallah, ISLAM itu benar dan kita akan ditunjukkan kebenaran itu apabila sampai masanya nanti.

HIDUP ISLAM, HIDUP MELAYU dan HIDUP UMNO !!!

jawapan 12:

Ini berlaku kerana melayu mudah lupa diri dan apabila mahu mengajar mengenai kesilapan orang melayu yang lain habis semua dihancurkannya...

worldofcrazee.blogspot.com