1- Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Permatang Pauh
UMNO memang hebat. Dapat mencari calon yang sememangnya saya rasakan terbaik untuk menentang DSAI daripada PKR. Dr Asri asalnya orang Permatang Pauh. Mengapa tidak disambar MUFTI ini dulu sebelum Perlis sambar dia menjadi Sahibus Samahah Mufti ? Lambat bertindak , kurang effisien, hanya pentingkan tembolok sendiri. Bila dah tergadah , baru nak mencari. Dr Asri bukan calang2 orang. Namun sayang... pinangan UMNO ditolak. So kena usaha lagi OK.
2- Rafidah juga ada pelan peralihan kuasa
Tan Sri Rafidah Aziz juga khabarnya akan menyerahkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO kepada Shahrizat Jalil pada pertengahan 2009. Tiada yang menarik kerana jawatan dalam UMNO sudah disusun Yang bagusnya kurang sikit nak lawan-melawan. Mana yang setuju dengan orang atasan akan lebih cepat naik. Yang suka dan percaya dengan demokrasi ...? Demokrasi sudah mati dalam UMNO. Tak boleh lawan sikit. Kalau lawan katanya derhaka. Ada baik dan ada buruknya. Entahlah. Macam kata DR Asri [ Mufti Perlis ] ... politik serahkan pada orang politik. Saya juga bukan ahli politik.
3- Permatang Pauh - sebelum Pilihanraya kecil
Saya percaya selepas ini berduyun-duyun manusia akan datang ke Permatang Pauh untuk sama2 berkempen bagi kem masing2. Tak kiralah UMNO mahupun PKR. Yang pentingnya orang P. Pauh akan mendapat nikmat pembangunan yang akan dilimpahkan dalam sekelip mata. Projek2 pembangunan jalan , balairaya , air , elektrik dan apa sahaja sememangnya menjadi target parti pemerintah untuk dipersembahkan. Kalau BN beri ... ambil. Undi .. Rahsia. Nak takut apa ? Mereka nak pangkah BN ataupun PKR , itu hak masing2.
Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh.. andai ada menteri yang datang dengan kereta mewah dan berlagak, pemandunya pulak sombong mengalahkan empunya kereta, Undi saya pada PKR. Kalau pemimpin PKR lebih kepada retorik kisah peribadi daripada berusaha nak membangunkan P. Pauh.... undi saya pada BN. Tetapi BN ni pun satu. Kadang2 janji susah nak ditunaikan. Tengok saja IKOK. Macam2 yang dujanjikan. Bila sampai masa ... dah menang , nak jumpa dengan cikgu Parthiban pun payah. Ala .. ini biasalah. Mana2 pemimpin pun macam ni. Rakyat jugak yang diperbodohkan. Jumpa 5 tahun sekali pun ... masih nak pangkah dia. Bila jumpa 5 tahun sekali ... diberi plak kain batik... undi terus swing kepada parti tadi. Tak susah nak merasuah penduduk malaysia ni kerana rata2nya dah dimomokkan bahawa hanya ada satu parti yang boleh memerintah. Lain daripada itu... kalau parti ALIBABA memerintah... seolah2 negara akan jadi kacau bilau.
Yang jadi kacau bilau sebab orang yang kalah tak boleh terima kekalahan. Dan orang yang menang pulak asyik nak membesarkan tembolok anak bini dan kaum keluarga. Macamana Malaysia nak sejahtera ? KAdang2 susah nak beri kesedaran pada golongan Hard Core ini.
Saya percaya mereka yang mengundi Be End dalam Pilihanraya lepas akan terus undi Be End. Yang undi Wan Azizah akan terus undi PKR. Ini memang fakta. Hard Core katakan. Yang jadi persoalan ialah mereka yang atas pagar. Mahukah mereka balik ke Permatang Pauh dan mengundi seandainya mereka bekerja di Selangor, KL, Perak, Pahang , NS mahupun JOHOR ? Kalau dulu Wan Azizah menang dengan majoriti lebih 13 ribu, berapa agaknya majoriti yang DSAI akan dapat ? Kalau lebih maksudnya UMNO & Be End kalah. Kalau kurang daripada 13 ribu... UMNO & Be End dapat hadiah saguhati.
Saya nak tanya , teruk sangatkah keadaan Permatang Pauh jika dibandingkan dengan Kepala Batas dan Tasek Gelugor? Hebat sanagatkah keadaan pacuan ekonomi kawasan Be End tadi ? Apakah tiada masalah berbangkit dikawan PM kita dan Menteri Kewangan 2 kita itu ? Teruk sangatkah keadaan Permatang Pauh pada pandangan orang sana ? Apa KPI yang digunakan untuk mengukur pembangunan kawasan Pak LAh & TS Nor vs Permatang Pauh ? Kadang2 orang pemberita ni pun menulis ikut sedap mulut jugak. Malas nak mendengar... tetapi interested nak mengikuti.
Semoga dapat kita laksanakan tanggungjawab masing2 dengan lebih berkesan. SPR pulak bukan macam pihak yang berkecuali. Dia pun jadi salah satu komponen dalam Be End . Patutnya dia berkecuali.. ini tidak. Menyampah sungguh bila dengar Pengerusi SPR bercakap. Macam dia saja yang bagus. Apa helah politik SPR selepas ini ? Tunggu ......
Syauqie
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
artikel anda :
http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/politik_umum
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Post a Comment