" KUANTAN 10 Ogos - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pesuruhjaya Pas negeri ini, Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya dua wakil rakyat parti pembangkang tersebut ditawarkan jawatan Timbalan Menteri Besar. "
1- Pokok persoalan diatas adalah SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA cuba mengambil kesempatan daripada lawan masing-masing. Yang sorang ada kemampuan untuk membalas maklumat dengan segera, manakala lawan yang satu lagi tidak berkemampuan. Antara mereka ada yang KAKI TEMBERANG, KAKI PUTAR , dan juga KAKI PEMBELIT ... dalam konteks politik semasa.
"BUKIT MERTAJAM 10 Ogos - Selepas begitu yakin akan menang di Permatang Pauh dan pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan 16 September ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berubah nada apabila berkata, laluan untuk beliau menang pada pilihan raya 26 Ogos ini, tidak mudah. "
2- Andai SELURUH JENTERA KERAJAAN disalahgunakan dan dihalakan ke Permatang Pauh , mana-mana parti politik selain daripada Be End tentu merasa sukar untuk menang. Hampir mustahil. Tetapi sekiranya hanya UMNO machinery digunakan.... tiada yang mustahil untuk PKR mendapat undi daripada Permatang Pauh. Apa-apapun dalam politik ... jangan OVER CONFIDENT.
"SHAH ALAM 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini. "
3- Ini antara taktik yang paling saya suka. Kita nak tengok mana pentadbiran yang lebih huru hara , banyak menyusahkan rakyat, lebih banyak membuncitkan perut sendiri, tak amanah serta jujur dan pelbagai kesalahan yang hanya mengenyangkan tembolok kumpulan mereka sendiri.
Soalan saya .... KEM MANA YANG LEBIH SENANG DITELANJANGKAN KESALAHAN MEREKA ? Yang baru berkuasa 6 bulan .... ataupun yang dah berkuasa lebih 50 tahun? Yang paling banyak buat kebejatan.... tolong kuburkan.
"KOTA BHARU 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon berwibawa yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi bagi menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. "
4- Ini cakap orang politik. Dalam UMNO masih adakah lagi calon terbaik yang mampu memberi sumbangan berkesan kepada RAKYAT ? Yang mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada tembolok sendiri, anak bini, kaum kerabat , kroni , sedara mara ...memang ramai. Tapi yang nak berjuang untuk rakyat..... boleh dibilang dengan jari.
Kalau UMNO sendiri dah hampir reput ... macamana mereka nak beri perhatian kepada masalah rakyat? Kalau unsur rasuah , kronisme dah bersarang dalam UMNO, bolehkah mereka memberikan khidmat yang terbaik.
Selalunya janji manis yang ditabur sebelum pilihanraya kecil memang seronok nak didengar. Tak kiralah kem manapun mereka wakili. Yang kita nak TUNAIKAN JANJI selepas pilihanraya.
"KUALA TERENGGANU 10 Ogos – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz perlu bersedia dicabar oleh Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan parti Disember ini walaupun pelan peralihan kuasa antara kedua-duanya telah dipersetujui. "
Topik ini dah saya ulas. Masih ingat lagi WASIAT dalam kepimpinan UMNO ? Hak ahli untuk melantik pemimpin semakin pupus. Apatah lagi nak melantik ketua atau presiden. Takut , kecelaruan pemikiran , dan macam2 lagi.
"PONTIAN 10 Ogos - Dakwaan kononnya Singapura memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang perlu disiasat secara serius memandangkan perkara tersebut berkaitan dengan kedaulatan negara dan negeri Johor. "
5- Saya tak tahu kalau kita akan kehilangan lagi Pulau Pisang ini , sama seperti kita kehilangan Pulau Batu Putih. Kita mahu kerajaan bertindak sekarang. Bukannya menunggu lagi 30 atau 40 tahun. Bangun !!!!
"SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing."
6- Cadangan ini saya tak berapa setuju. Ada pro dan kontranya. Jika kita nak memajukan pembelajaran student kita , dalam kepompong masyarakat Bumiputera itu sendiri ada yang hebat. Tak perlu kita ajak kaum non Bumi untuk sama-sama menikmati iklim pembelajaran UiTM. Saya pernah belajar disini, dan saya percaya UiTM sesuai untuk kaum BUMIPUTERA. Dasar ini perlu terus diperjuangkan. NOKTAH
"KOTA BHARU 10 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan mengkaji semula punca kenaikan harga barang yang kini dianggap terlalu tinggi dan membebankan golongan rakyat termiskin"
7- Apa yang kerajaan buat ? Dengan kenaikkan harga PETROL dan DIESEL yang melampau, itulah antara beberapa punca harga barangan semakin melambung tinggi. Susah sanagtkah kerajaan ni nak menolong rakyat. Kerajaan sudah berbuat sesuatu tetapi tak cukup untuk rakyat kebanyakkan.
Syauqie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment