1- Ahli Parlimen Labuan YB Yussof Mahal mengakui beliau adalah orang yang disiasat oleh BPR berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah bagi mendapat tiga kontrak bernilai RM40 juta di Labuan.
Bagi saya apapun alasan yang diberikan oleh YB kita ; ianya memberikan gambaran bahawa segelintir orang-orang tertinggi politik memang suka mengenyangkan tembolok masing-masing dengan membuat amalan-amalan kerja yang tidak bermaruah. Bila berkuasa mereka jadi tamak dan ingin terus kaya dan berkuasa. Ada yang berkhidmat dengan penuh jujur tetapi sebilangan daripada mereka membawa lumpur busuk yang susah hendak dibersihkan. YB kita tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Selalunya dalam pentadbiran Abdullah Ahmad , yang ikan besar terlepas dan yang ikan kecil ditangkap. YB kita dibahagian ikan mana ?
2- Sukan Olimpik: Koo-Tan bangkit kembali
Saya menaruh sedikit harapan kepada pasangan beregu kita untuk membuat penampilan yang lebih baik berbanding gandingan Soon Kit - Kim Hock pada Atlanta 1996. Harapan tetap ada , kata kuncinya FOKUS dan KONSISTEN. Ayuh Malaysia ... buktikan sesuatu
3- Penduduk Jalan Tok Din, Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah dalam satu kenyataan bersurat menyatakan rasa amat kecewa mereka dengan tahap bekalan air di kawasan tersebut sejak 51 tahun lalu. Menurut pengirim surat tersebut, penduduk kampung hanya menerima bekalan air pada jam 10 malam hingga jam 5.30 pagi setiap hari.
Mengapa keperluan asas untuk mereka masih dalam keadaan dhaif? Apakah kerajaan yang memerintah KEDAH selama lebih 50 tahun tidak prihatin kepada keperluan ini ? Apakah pembangunan yang mereka janjikan semasa menabur janji dalam memancing UNDI ? Inilah Be End ..... memang patut dikuburkan sahaja mereka yang berada didalamnya.
4- Siapa lawan Anwar di Permatang Pauh ? AMENO sedang pening kepala mencari calon yang benar-benar sesuai untuk dilawankan dengan Anwar dalam Pilihanraya kesil P 44. Selamat berjuang untuk semua.
5- Apa kesudahan kes Altantuya ? Lama sangat menunggu, lebih berminat nak tahu apa kesudahan penghakiman. Tekaan saya :
1- Razak Baginda lepas sebab tak cukup bukti
2- Sirul dan Azilah ... pun lepas sebab pendakwaan hanya bersifat main-main.
3- Najib Razak .... dia tak terlibat langsung dengan warga monggolia ni. Tak kenal sama sekali. [ biasalah ..... politik maa ]
6- Tahun depan tiada lagi pemain import dalam Liga Malaysia. Ada baik dan ada buruknya. Inilah masa untuk jurulatih kita mencari pemain penyerang yang betul-betul boleh menyerang supaya lagi 3 - 5 tahun akan datang ; sekurang-kurangnya Malaysia berada ditempat yang lebih baik daripada sekarang. Sekarang ni Malaysia ditempat keberapa ? [ 167 ... saya teka je ]
Syauqie
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment