1- Tokoh ini amat menarik untuk dibicarakan. Apa sahaja tindakan beliau mengundang pelbagai pertanyaan, telahan , tindakan susulan, malahan kadangkala kejutan. Mengundang persepsi kita bagaimana agaknya politik Malaysia tanpa kelibat figura ini. Be End dan UMNO telah membuktikan mereka sebenarnya boleh berjaya tanpa Anwar. Selama hampir 6 tahun Malaysia telah meninggalkan nama ini dalam sejarah mereka. Kelibat beliau tidak dihirau , malahan nama beliau menjadi nostalgik hanya bila ada Perhimpunan Agung UMNO. Apabila kerajaan PM Abdullah membebaskan beliau sekitar 2004, nama ini menjadi igauan pada kem A , dan menjadi "POJAAN" kepada kem yang satu lagi.
2- Perjalanan politik beliau menarik untuk diperkatakan. Dibawa "masuk" oleh Tun Mahathir , diletakkan ditempat yang sepatutnya , ditatang , disayang , akhirnya dibuang .. malahan ditelanjang. Apa yang menarik tentang beliau ? Jika dibualkan ... banyak yang mencemuh, memuji , mengeji, malahan melabelkan beliau dengan pelbagai gelaran.
3- Untuk hari ini, laporan akhbar memetik seperti dibawah ......
" .... Anwar didakwa di bawah seksyen 337B Penal Code iaitu atas tuduhan meliwat tanpa paksaan ke atas Saiful pada jam 3.01 hingga 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara, Kuala Lumpur...."
" .... Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Azlan Bukhari di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini..... "
Ramai yang menunggu penuh minat apa yang akan terjadi seterusnya. Saya percaya, kedua-dua kem hendak penghujung cerita yang terbaik bagi mereka. Kem A hendak Anwar disabitkan kesalahan kerana kesalahan beliau. Itu penghujung cerita yang terbaik bagi mereka.
Kem B pula hendakkan beliau bebas supaya boleh menjadi PM Malaysia. Itu juga pengakhiran cerita yang menarik kepada kem B.
Ada yang tak berapa kisah tentang apa yang terjadi. " You masuk jail ka , you bebas ka , saya tak peduli ".
4- Pilihan ditangan kita. Dimana kita hendak skripnya berakhir. Kem A , atau kem B ? Berkecuali .... mungkin ramai pada 1998. Dengan era IT yang semakin berkembang, jumlah paratusan yang berkecuali mungkin semakin mengecil, MAsing2 punya kem tersendiri. Hanya hendak dizahirkan secara langsung @ tidak. Extrimis kem A & B akan membuat sebaik mungkin kerja untuk memenangkan kem masing2. Ini lumrah orang yang berperang. Nak menang.
Dalam politik , jarang kemenangan Kem A disambut mesra oleh Kem B. Sengketa akan tetap dipanjangkan , berpanjangan , malahan kadangkala tidak berkesudahan. Entah bila akan berakhir. Itu hebatnya cerita politik. Sesiapa pun boleh membuat telahan , ramalan, congakkan. Tak kira bernas, dangkal mahupun culas. " It's OK ".
Dimana kem anda ? Bagaimana wadah politik Malaysia bila Anwar sudah tiada ? Bagaimana agaknya susunan atur perjalanan politik bila Anwar ke Putrajaya ? Banyak halangan perlu ditempuh. Banyak semangat yang perlu dikerah. Figura ini memang menarik untuk diperdebatkan , tak kiralah walau kem mana pun anda berada .
Selamat Berjuang untuk semua kem ... Permatang Pauh .. 26 Ogos 2008.
Syauqie
No comments:
Post a Comment