Tuesday, August 19, 2008

Permatang Pauh

Saya tak pernah berkesempatan untuk mengikuti secara dekat mana-mana pilihanraya kecil ; kecuali melalui saluran akhbar dan televisyen. Gambaran yang selalu diberikan lazimnya akan lebih memihak kepada parti pemerintah.

Sama juga dengan keadaan Permatang Pauh. Semua media yang ada digunakan untuk memburukkan PKR ; selebihnya memberikan kredit kepada UMNO. Ini realiti.

UMNO seperti tidak mahu belajar melalui kesilapan mereka pada PRU-12. Mereka masih lagi menggunakan taktik yang sama , gerak yang sama, cerita yang sama , semuanya dilakukan seperti musim PRU 12 , TETAPI mengharapkan kesudahan yang berbeza.

Dalam teori pengurusan, ini tidak mungkin terjadi. Taktik dan teknik yang sama bila diaplikasikan berulang kali jarang sekali memberikan keputusan yang berbeza. Lazimnya sama. NOKTAH.

Tetapi tak salah jika UMNO mahu mencuba. Tidak ada yang kurangpun jika UMNO bermula dengan lebih sopan dan berhemah. Harus diingat, Permatang Pauh adalah rumah Anwar Ibrahim. Masih ada yang nostalgik pada Anwar Ibrahim. Ini realiti.

Saya tak menjangkakan sumpah Saiful akan memberikan impak besar kepada pengundi tegar Anwar Ibrahim. Tetapi mungkin membeikan kesan kepada pengundi atas pagar.

UMNO semakin ditolak bukan sahaja oleh pengundi Malaysia pada PRU 12. Tetapi semakin ditolak sebab kebejatan yang dibawa oleh UMNO sangat memualkan. Pemimpin UMNO kena sedar. Mereka seringkali mengatakan merekalah pemimpin bangsa MELAYU. Realitinya tidak seperti yang diucapkan.

Rakyat kebanyakkan melihat apa sumbangan UMNO kepada mereka. Untuk menafikan betapa UMNO tiada sumbangan kepada negara memanglah janggal. Tetapi timbangtara antara kebaikan dengan kebejatan yang dibawa oleh UMNO lebih kepada yang buruk. Ini realiti UMNO.

Untuk UMNO menang dalam pertempuran menentang Anwar ; tidak ada yang mustahil. Anwar boleh menang , Arif Shah juga boleh menang. Dalam hukum POLITIK semuanya boleh berlaku.

Yang menang harus membawa kebaikan kepada rakyat. Yang penting kebajikan rakyat akan lebih terjaga diatas bahu " YB Baru " kita nanti.

Selamat Mengundi.

No comments: