Monday, August 18, 2008
Permatang Pauh P 44
1- Banyak projek-projek atas nama pembangunan akan dilambakkan di kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang 10 hari berkempen ini. Kerajaan Be End akan menggunakan semua peluang yang ada untuk menggempur PR, atas nama pembangunan.
Banyak tembelang PR akan ditelanjangkan, begitu juga sebaliknya. Cuma Be End beruntung kerana banyak TV yang 1 suku , 2 suku dan 3 suku akan memberikan laporan yang tak sama rata ; tidak adil dan berat sebelah ; bukan saksama seperti gambar dacing yang Be End gunakan.
SPR seperti biasa akan membenarkan apa sahaja yang menjadi modal Be End, dan hanya membuat kenyataan sekiranya Be End diserang. Seperti biasa, pengerusi SPR akan bertindak menjadi orang yang paling adil [ kononnya ] dengan mendakwa Pilihanraya Kecil kali ini adalah yang paling adil.
2- Syed Hamid Albar pula seperti yang dilaporkan akan mendakwa pihak yang mempergunakan isu-isu yang melampau sehingga boleh menggugat keharmonian kaum dalam siri ceramah mereka.
Untuk mereka ... sila baca begini " Syed Hamid and gang hanya akan akan mendakwa PKR sahaja" sekiranya ianya membabitkan ketegangan kaum. Be End boleh gunakan apa sahaja asalkan Anwar Ibrahim dikalahkan pada pilihanraya kecil ini.
3- Puteri , Wanita , Pemuda serta Putera UMNO akan menggunakan segala helah silat politik kotor mereka untuk menawan pengundi Permatang Pauh. Kalau mereka hulur duit , ambil. Beri minyak atau betulkan rumah kita [ macam yang Noh Omar buat ] ... silakan. Bila pangkah .... jangan sesekali pangkah Be End.
Arif Shah masih boleh memberikan khidmat sekiranya beliau kalah. Ini kerana beliau ahli DUN Seberang Jaya. Tetapi , saudara Anwar mesti dikembalikan ke Parlimen untuk mengimbangi kebejatan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Be End yang lebih banyak jadi Pak Tunggul , Dungu dan Kayu Mati dalam Parlimen.
Ayuh pengundi Permatang Pauh.... Jalankan kewajipan Anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment