1- PKR lawan UMNO - Anwar Ibrahim lawan Arif Shah. Akhirnya inilah ayam laga terbaik AMENO untuk dipertaruhkan melawan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Harus diingat, jarang sekali AMENO memilih mereka yang sudah jadi ADUN untuk dicalonkan ke PARLIMEN.
Apakah AMENO sudah tiada lagi calon tempatan yang lebih berwibawa untuk diketengahkan ke Parlimen sehingga " terpaksa " mengambil ADUN Seberang Jaya untuk dipertaruhkan ? Biarlah pengundi Permatang Pauh yang menentukan. Masing-masing mempunyai penyokong. Semua akan berusaha agar calon masing2 menang di Permatang Pauh. Selamat berjuang.
2- Wakil tunggal pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo tewas dalam perlawanan peringkat suku akhir kepada pemain tuan rumah Lu Lan 21-7, 29-27 di Sukan Olimpik Beijing hari ini. Namun kekalahan Mee Choo ini saya anggap kalah dengan melawan. Lebih2 lagi dalam set kedua. Tahniah ....
Wakil beregu Malaysia ; Koo Kien Keat - Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Indonesia Markis Kido - Hendra Setiawan 16-21 18-21. Impian kita untuk membawa pingat OLIMPIK semakin malap dengan kekalahan beregu harapan kita ini. Apa yang dapat saya simpulkan, pemain kita masih tidak cukup GAH untuk menakluk areana OLIMPIK. Usaha lagi tahun 2012. Sayang ... seribu kali sayang.
Saya amat berharap pasangan ini dapat membuat sesuatu yang lebih baik daripada badminton 1996... tetapi hampa. Aduh ... sakitnya.
Kini harapan kita hanya tinggal kepada Lee Chong Wei yang akan menentang Sony Dwi Kuncoro. Selamat berjuang.
3- Saya nak ucap selamat bekerja kepada anggota2 Badan Pencegah Rasuah. Teruskan usaha murni anda untuk terus membanters rasuh. Pergi jahanam dengan perasuah. Hidup celaka mereka yang mengambil rasuah serta menghabiskan harta benda kerajaan umpama harta mak dan bapak mereka. Nyah mereka dari bumi Malaysia. Kadang2 kita harapkan pagar, rupanya pagar yang makan padi.
4- Tun Mahathir kata kerajaan kita takut kepada Majlis Peguam ? Benarkah ? Mana perginya suara Zaid Ibrahim ? Dimana yang silapnya sehinggakan kerajaan tidak sanggup mengambil tindakan keatas perhimpunan Majlis Peguam ; dan tidak mengambil langkah2 perlu agar perhimpunan haram pada hari itu dihadapan pejabat Majlis Peguam tidak berlaku ? Apa yang kerajaan buat ? Woiiiiiii ... bangun Tegakkan kebenaran.
5- 10 % kuota pelajar UiTM harus dibuka kepada non-bumi ? Itu pandangan perbadi MB Selangor. Hanya cakap mulut dan lontaran idea. Masih boleh dibahaskan. Sukar untuk dilaksanakan kerana bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Tetapi tindakan IBRAHIM SHAH mengumpulkan lebih 5000 student UiTM untuk membuat bantahan sebenarnya menampakkan baju pagoda sebenar siapa itu Ibrahim Shah [ saya kurang periksa nama penuh beliau ... maaf ].
6- Sebelum hari mengundi ... sila lihat, baca , dengar dan nyanyikan lagu ini ...
Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
DULU , KINI DAN SELAMANYA ..... bukan UMNO
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment