Wednesday, August 13, 2008

Jihad

1- Tersenyum saya membaca laporan mengatakan Wanita UMNO sedang melaksanakan JIHAD bagi menghalang DSAI daripada kembali berkuasa di Permatang Pauh [ P 44 ]. Jihad yang bagaimana agaknya akan mereka laksanakan ?

Katanya menghalang Anwar daripada berkuasa di Malaysia adalah JIHAD kerana ANWAR banyak membawa kecelakaan daripada kebaikan di Malaysia. Yang bercakap tentang JIHAD ialah Shahrizat Jalil.

Kata orang bijak pandai... jangan melihat siapa yang berkata , tetapi lihatlah apa yang diperkatakan. Sama-sama kita fikirkan. Patutkah saya berjihad untuk mengekalkan kekuasaan Be End yang semakin hancur, atau BERJIHAD untuk menyelamatkan bumi Malaysia daripada kebejatan yang dimulakan oleh UMNO dan Parti sekongkolnya.

Shahrizat ... oh Shahrizat. Apa kata sama-sama kita berjihad agar Malaysia lebih aman , makmur dan selamat dariapada penyalahgunaan kuasa , rasuah dan penyelewengan daripada pemimpin yang sering membuncitkan diri mereka untuk mencari kekayaan ?

No comments: