Friday, August 22, 2008

22 Ogos 2008

1- Saya merasa gembira dan terharu bila Perdana Menteri DSAAB merasa pengalaman menaiki Komuter dan juga LRT bersama-sama dengan rakyat kebanyakkan. Selepasa ini tinjau-tinjaulah lagi keadaan pasar-pasar, perumahan awam, hospital awam juga ceruk-ceruk kampung supaya dapat merasa sendiri keperitan rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga barangan yang melampau. DSAAB, keep up your good work.

Kita tidak mahu ianya hanya menjadi satu mainan politik untuk membuka lagi tender-tender LRT & Komuter kepada KRONI DSAAB. Ini kita tidak mahu. Juga tidak kita mahukan ianya hanyalah menjadi retorik DSAAB menjelang hari pengundian di Parlimen Permatang Pauh. Biar jujur dalam berkhidmat.

2- Selagi BN menggunakan taktik-taktik murahan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, selagi itulah sokongan kepada DSAI akan semakin bertambah. BN & UMNO perlu belajar daripada kesilapan mereka di dalam PRU 12.

Saya percaya BN akan mengalami kekalahan di Permatang Pauh. Bezanya mejoriti yang DSWAI perolehi mungkin lebih sedikit berbanding DSAI.

3- EXCO Perak dibebaskan oleh BPR atas jaminan. Sekiranya kejadian rasuah itu benar-benar berlaku... amat memalukan.

Itu baru mereka yang berkuasa 5 bulan. Sekiranya sudah berkuasa lebih 50 tahun ? Berapa agaknya jumlah suapa yang mungkin telah diambil oleh mereka semata-mata hendak menjaga perut BOROI diri sendiri ?

No comments: