Sunday, August 17, 2008

17 Ogos 2008

1- " Anwar Khianati Bangsa " - kata Lukmanulhakim Mohamad Idris ; Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) .

* Pada saya cuba tengok apa yang dah UMNO buat pada Wilayah Pembangunan Iskandar. Adakah itu tidak mengkhianati bangsa ? Buka mata dan fikir. Jangan jadi bacul dalam isu WPI.

2- " UMNO cawangan KB buat laporan BPR dakwa pencalonan Zaid Ibrahim disabotaj "

* UMNO dengan rasuah bagai isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan. Itupun tak perasan ? Dah jadi budaya. Memang tak boleh dipisahkan....

3- " BN tidak eksploitasi kes liwat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, kata Najib"

* Nak gelak bila baca statement diatas pun ada. Tengoklah siapa yang bercakap. Yang bercakap pun Najib... kaki penipu dan pembelit. UMNO akan lakukan apa sahaja asalkan memberi keuntungan kepada mereka. Cakap orang putar alam mana boleh percaya.

4-" Sumpah Mohd. Saiful bercanggah dengan Islam - Nik Aziz "

* Bila yang bercakap adalah orang politik, apapun yang mereka katakan akan difikirkan 2 kali maksud yang tersirat. Sama dengan statement Nik Aziz diatas. Sumpah saiful memang tak boleh diterima oleh penyokong kem A, tapi bagi kem B ianya betul lagi disahihkan. Yang jadi persoalan ialah mereka yang diatas pagar . Ada yang berbolak hati mereka untuk menyokong kem yang satu lagi.


5- PENGESAHAN: Bolt menuding ke arah papan markah elektronik yang mengesahkan dia mencatat rekod baru dunia dan Olimpik dengan kepantasan 9.69s sekali gus meraih emas, malam tadi. Pingat perak milik Richard Thompson dari Trinidad and Tobago (9.89s) dan gangsa diraih Walter Dix dari Amerika Syarikat (9.91s).

* Hebat betul manusia ini. Untuk mereka yang tidak menyaksikan aksi 100 meter akhir Sukan Olimpik 2008 memang rugi. Cara Usain Bolt membawa diri sepanjang larian 100 m itu memang menakjubkan. Tak terkejar rasanya.

Alangkah baiknya kalau Malaysia punya pelari seperti ini.

No comments: