Wednesday, August 27, 2008
Post Mortem : Permatang Pauh
2- Ikutkan hati saya bukan hanya AAB dan NR yang kena berundur , tetapi ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang sering menjadi " suara " kepada AAB. Walau salah macam manapun AAB mereka akan tetap mepertahankan.
3- Bukan AAB sahaja yang boleh memimpin negara. Tetapi masih adakah calon daripada kalangan UMNO yang boleh mengganti AAB ? Pilihan saya :
i- Muhyiddin Yasin
ii- Ku Li
iii- Razali Alias - YB Muar
4- Ahli MT UMNO tidak akan berani bersuara meminta secara hormat kepada AAB supaya berundur. Mengapa ? Inilah legasi peninggalan Tun Dr. Mahathir.
5- Saya percaya AAB tidak akan meletak jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Ini kerana AAB tahu bahawa UMNO tidak mempunyai pressure yang kuat untuk memaksa dia berhenti daripada jawatan PM.
6 Saya ada belek-belek berita 6 hari sebelum Pilhanraya Kecil Permatang Pauh. Kata orang BN cakap berdegar-degar.... tapi habuk pun tara.... Gelihati melihat dan membaca komen NR sebagai pemimpin di Permatang Pauh.
7- Anwar kata 16 Sept 08 still on track. BN dah menggelabah beruk. NR & AAB tak senang duduk dibuatnya. Kalau ada yang berfikir kerajaan akan bertukar tangan pada 16 Sept 08; rasanya baik baca blog " zul4kulim.blogspot.com "
8- Komen selepas BN kalah pun macam-macam. Yang cerdik pandai bagi pelbagai alasan mengapa Anwar boleh menang. Kalau belek komen sebelum 26 hb ... memang berbeza 100 %. Ini komen lepas mereka kalah :
a] Zainal Kling -" UMNO tak sempat nak buat apa2 lepas PRU 12. Perubahan terlalu cepat. "
Zainal .... UMNO memang macam gitu ... malas
b] Ali Rustam - " Kita hormati pendirian rakyat Permatang Pauh "
Ali Rustam ... dah kalah baru kau cakap macam tu. Hipokrit + berlagak. Elok pun kalah. Cuba tinjau sikit blog Ali Rustam ni ...
c] Ahmad Atory Hussain - " kemenangan sebab rakyat simpati pada Anwar Ibrahim "
Atory .... aku tak kan simpati pada kerajaan yang korupsi.
d] Chandra Muzaffar - " rakyat Permatang Pauh taksub pada Anwar . Merugikan ..."
Rakyat Pekan taksub Najib , Kepala Batas taksub AAB, Kuala Kangsar taksub Rafidah Aziz... so apa yang tak kena dengan Permatang Pauh ?
e] AAB - Haram .... tak de satu komen dia pun tersiar di akhbar. Masih tidur ?
Aku malas nak komen . zzzzzzzzzzzzzzz
f] Shamsul Amri UKM - " pengundi terpengaruh dengan dakyah Anwar Ibrahim. Mereka terpengaruh dengan manifesto PKR.
Hello ..... semua orang kena jual manifesto dia kepada rakyat sebelum boleh jadi Ahli Parlimen. So apa beza Anwar ?
g] Arif Shah - tolong terima dengan hati terbuka
h] KJ - sorry . Dia balik awal malam tadi. Dah tahu BN akan kalah buat apa nak stay...
i] Muhyiddin Yasin - ini yang paling relevan untuk kita sama-sama renungkan. Tolong cari sendiri apa Muhyiddin Yasin cakap.
j] Syed Hamid... malas aku nak ulas.
k] Lain-lain pemimpin [ pemimpin ke ???? ] ..... tak tahu nak cakap apa. Masih tunggu 16 September 08
www.malaysia-today.net
2- Sehinggalah saya melayari harakahdaily ; barulah saya tahu bahawa syarikat TM Net telah menyekat semua akses ke laman web tersebut.
3- Sekiranya kegagalan ini disebabkan oleh TM , maka saya fikir kerajaan yang ada sekarang ini semakin terdesak. Kerajaan yang ada sekarang [ sila baca : Najib Tun Razak ] begitu takut sehingga terpaksa mengambil keputusan sekeras itu hanya kerana tidak mahu maklumat-maklumat yang mungkin ada kebenarannya sampai ke pengetahuan rakyat.
4- Semua ini merupakan tindakan terdesak pihak yang sedang berkuasa untuk menghalang kuasa mereka direntap oleh rakyat. Mereka tidak dapat membayangkan diri mereka menjadi seorang yang tidak mempunyai kuasa politik.
Sindrom ini hanya menular kepada mereka yang berkuasa dan takut kuasa mereka hilang. Mereka tidak dapat membayangkan pada satu hari nanti mereka hanyalah seorang rakyat MALAYSIA yang biasa. Tidak mempunyai langusng kepentingan dan jawatan dalam iklim politik negara. Mereka takut.
5- Golongan ini takut betapa satu hari nanti mereka akan pergi ke Pasar Malam di Jalan TAR KL dan mendapati tiada seorangpun peniaga yang melayan mereka. Mereka risau bila nak buat tawar menawar ; mereka dijerkah.
Mereka takut sekiranya mereka pergi ke Pejabat Pos untuk membayar bil , mereka akan disergah kerana tidak mahu mengambil nombor giliran. Ataupun sekiranya mereka mengisi borang untuk penerimaan rebet , mereka akan dimarahi kerana tidak mengisi borang dengan penuh.
Mereka risau sekiranya mereka menjemput orang sekeliling datang untuk majlis kenduri anak, maka tak ramai yang datang untuk memberikan sokongan.
Golongan yang phobia terhadap kuasa ini akan melakukan apa saja untuk terus berkuasa. Golongan ini merasakan mereka adalah aristokrat melayu ; mereka tak boleh hilang kuasa.
6- Kerana sudah terlalu lama berkuasa , mereka lupa bahawa kuasa dan harta hanyalah pinjaman semata daripada Yang Maha Esa. Mereka mungkin terleka.
7- Untuk mereka yng sedang berkuasa, ingatlah betapa kekuasaan yang ada pada saudara hanyaloah pinjaman. Allah Ta'ala boleh menarik semua yang diberikan dalam sekelip mata. Tak selama-lamanya kita akan berkuasa.
8- Untuk Parti Pemerintah, berhentilah mengadu-dombakan bahawa kerajaan hanya boleh dipimpin oleh satu parti sahaja. Rakyat kebanyakkan sudah letih melihat situasi seperti sekarang.
Makin banyak mereka perbodohkan rakyat, semakin terpinggirlah kuasa mereka. Ada yang suka kepada mereka ; ada yang benci.
Dalam situasi sekarang ; semakin banyak yang menyampah dengan pentadbiran Abdullah Bin Ahmad Bin Badawi.
Segerakanlah proses peralihan kuasa . Daripada Be End kepada Pakatan Rakyat.
Sukan di Malaysia
Untuk menghadapi Pestabola Merdeka kali ke 40 yang akan datang , saya tak pasti mengapa hanya 3 orang daripada skuad KEDAH yang dipanggil untuk menjalani latihan. Mengapa tidak lebih daripada jumlah itu ?
Skuad Malaysia kena berubah. Pilih hanya mereka yang betul-betul ingin main untuk negara. Nama-nama besar yang merasa diri mereka BINTANG .... jangan dipilih.
Besar kepala dan ego jadi musuh utama kita selama ini. Main tak seberapa ; tetapi gaya mengalahkan Cecs Fabregas.
Mereka dah rasa macam bintang, tak perlu jalani latihan macam orang lain. Ini masalah. Saya peminat bolasepak. Pilih yang betul-betul berkelayakan. Tolonglah FAM ....
2- Sukan Olimpik Beijing 2008 dah berakhir. Aloha London 2012. Kementerian Belia dan Sukan telah memilih empat sukan teras untuk dijadikan sandaran Sukan Olimpik London 2012. Antara sukan terbabit :
i- Badminton
ii - Memanah
iii- Lumba Basikal
iv- Hoki.
Sebenarnya kita boleh fokus beberapa lagi jenis sukan yang tidak memerlukan perlawanan fizikal dengan pihak lawan. Antaranya :
a] Angkat Berat
b] Kapal Layar
c] Lompat Jauh / Lompat Tinggi / Lompat Bergalah / Lompat Kijang
d] Sukan terjun / diving ....
Bukankah semua sukan diatas hanya memerlukan kita berlawan dengan kekuatan mental kita sendiri. Mengapa begitu jauh standard kita di Sukan Olimpik ? Adakah taraf kita hanya setakat peringkat saringan ?
Banyak yang perlu dipertimbangkan oleh KBS dalam hal ini.
Jangan campur adukkan sukan dengan politik. Seperti baru-baru ini sewaktu dalam mesyuarat untuk program SUKMA yang akan datang ; mengapa wakil daripada Pulau Pinang, Kedah , Kelantan, Perak dan Selangor tidak dipanggil untuk duduk semeja dalam membuat keputusan ?
Selagi ada sifat tamak , balas dendam dan iri hati bernanah dalam diri penggiat sukan, percayalah ... kita mungkin akan menunggu lagi 20 tahun untuk mendapatkan sebutir pingat emas dalam sukan olimpik.
3- Harapkan Pagar , Pagar yang makan padi. Sekiranya benar ada pegawai olahraga yang terlibat dalam kes pencabulan atlit negara seperti yang dilaporkan, bawa mereka ke muka pengadilan. Situasi seperti ini tidak sihat untuk perkembangan atlit negara.
4- Saya harap jurulatih beregu negara Rexy Mainaky dapat berbuat sesuatu supaya ada beregu kita yang digeruni diperingkat antarabangsa. Letih la saya tengok gelagat Koo Ken Kiat & Tan Boon Heong.
Letih yang amat sangat tengok apa yang tak kena dengan mereka. Tiada rasa ghairah nak menang ? Mungkin ....
Ayuh Rexy , kudrat anda masih ditagih.
Tuesday, August 26, 2008
Mahu Jadi Editor ?
2- Apa pula cerita " Berita Harian " ? Sah-sah berita Anwar bukan muka hadapan
3- Agaknya NST nak bukak cerita muka hadapan yang bagaimana ?
4- The STAR ...? Mungkin cerita Anwar Ibrahim menang dimuka surat 5 @ 6 ... ? Boleh jadi ....
5- Sinar Harian nak cover cerita apa ye ?
6- APA KOMEN PM ABDULLAH BIN AHMAD BIN BADAWI ?
7- Yang kita tak sabar nak tunggu ... komen NAJIB AL-TANTUYA .....
8- Hishammuddin & Khairy nak komen apa ? Lebih baik diam dari bercakap ....
9- Syed Hamid ada berani mau komen ?
10- Entah apa pulak cerita berita TV 3 suku 12 tgh malam nanti .......
11- Berita TV 1 & TV 3 suku esok pagi ... sure memualkan.
12- Ulasan akhbar hari ini .... [ Selepas Berita RTM pukul 7 pagi ] ... kadang-kadang macam " cha , lam , alih , kap .....
13- Cerita Anwar menang sure akan lenyap lepas sehari dua .... kita bukak pulak cerita pembentangan rang undang-undang DNA di Parlimen.
Anwar Ibrahim & Permatang Pauh


Top 16 - Permatang Pauh
1- Anwar Ibrahim
2- Lim Guan Eng
3- Wan Azizah Wan Ismail
4- Azmin Ali
5- Raja Petra Kamarudin [ RPK ]
6- Nik Aziz Nik Mat
7- Hj Saad Jaafar [ Bloggers SUKJ ]
8- Mohammad Nizar Jamaluddin
9- Husam Musa
10- Nasharuddin Mat Isa
11- Tunku Abdul Aziz Ibrahim [ bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International ]
12- N. Gobalakrishnan
13- Ramlang Porigi
14- Mohd Sayuti Omar
15- Ruhanie Ahmad
16- A. Kadir Jasin
BN :
1- Najib Razak
2- Arif Shah Omar Shah
3- Ezam Mohd Noor
4- Syed Abd Rahman Al-Habshi [ Konsul Kehormat Mongolia ]
5- Saiful Bukhari Azlan
6- Syed Hamid Albar
7- Shafee Abdullah [ Peguam ]
8- Khairy Jamaluddin
9- Abdullah Bin Ahmad Bin Badawi
10- Ibrahim Abu Shah [ UiTM ]
11- Ahmad Said Hamdan [ BPR ]
12- S. Nallakaruppan
13- Shaharon Anuar [ Gerak Khas ]
14- Abdul Rashid [ SPR ]
15- Hishammuddin Hussin
16- Utusan Malaysia
Monday, August 25, 2008
1001 Maksud Yang Tersirat
Ramai yang suka kepada kedamaian dan keindahan, BN mula mencetus persengketaan
Ramai yang sukakan kehijauan , BN sukakan kekacauan dan huru hara1- Pemuda Mahu BPR Siasat Anwar Terima RM60 Juta Dari Magnum
Posted on Monday, August 25 @ 05:29:04 MYT
2- Khairy Pertaruh Jawatan, Tiada Kerajaan Baru Dibentuk 16 September Ini
Posted on Saturday, August 23 @ 02:26:49 MYT
3- Ezam : Tolak Pemimpin Hipokrit Seperti Anwar
Posted on Saturday, August 23 @ 02:19:18 MYT
4- Buka UiTM : Kenapa Anwar Tak Buat Masa Jadi TPM, Menteri Pelajaran Dulu
Posted on Friday, August 22 @ 22:38:24 MYT
Inilah BN yang kita kenali
2- Menjaja sumpah Liwat Saiful di PP. Dikeluarkan dalam bentuk CD
3- Menurunkan harga minyak sebelum 1 September 2008. [ Alhamdulillah ]
4- Cukup yakin tiada anggota Parlimen BN daripada Sabah & Sarawak yang akan melompat ke PR sebelum 16 September 2008
5- Meluluskan peruntukan untuk Masjid dan Surau di kawasan Parlimen PP. [ Alhamdulillah ]
6- YB Noh Omar datang ke PP dengan student Giat Mara untuk praktikal cara-cara untuk membetulkan rumah rakyat termiskin.
7- Membawa Konsul Kehormat Monggolia untuk sama-sama berceramah atas pentas BN ; disamping menafikan segala penglibatan Najib dalam kes Altantuya.
8- Propaganda betapa hanya BN yang layak memerintah..... [ dah berapa lama mereka gunakan dakyah seumpama ini ... ]
9- Pengedaran poster terdesak " Kabinet BABI ".
10- Juga membawa EZAM MOHD NOR ke Permatang Pauh untuk berkempen .... [ Tuuuu Dia ]
11- SPR rela diperkudakan untuk kepentingan sesetengah pihak yang bertanding.
12- BPR - selamat bekerja.......
13- Imam Masjid Wilayah Persekutuan ... RAMLANG PORIGI ....
14- Media cetak dan elektronik digunakan untuk melumpuhkan seluruh propaganda Pakatan Rakyat. [ Dimana agaknya janji Menteri Penerangan untuk memberikan liputan yang adil ? ]
15- Mensensasikan berita kes wartawan yang dipukul oleh ahli PKR [ dibuat secara berlebihan ]. "Kes orang terkena tembakan peluru hidup di Batu Buruk langsung tak ada disensasikan ..."
16- Isu 10 % UiTM disensasikan oleh semua pihak. [ erm..... tak tahu apa nak diulas ]
" Undilah dengan bijaksana .... Undi anda penentu masa depan negara ". Yang pasti undi saya dalam PRU bukan untuk UMNO. Noktah.
Sunday, August 24, 2008
Kedah & Bola Sepak
Friday, August 22, 2008
22 Ogos 2008
Kita tidak mahu ianya hanya menjadi satu mainan politik untuk membuka lagi tender-tender LRT & Komuter kepada KRONI DSAAB. Ini kita tidak mahu. Juga tidak kita mahukan ianya hanyalah menjadi retorik DSAAB menjelang hari pengundian di Parlimen Permatang Pauh. Biar jujur dalam berkhidmat.
2- Selagi BN menggunakan taktik-taktik murahan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, selagi itulah sokongan kepada DSAI akan semakin bertambah. BN & UMNO perlu belajar daripada kesilapan mereka di dalam PRU 12.
Saya percaya BN akan mengalami kekalahan di Permatang Pauh. Bezanya mejoriti yang DSWAI perolehi mungkin lebih sedikit berbanding DSAI.
3- EXCO Perak dibebaskan oleh BPR atas jaminan. Sekiranya kejadian rasuah itu benar-benar berlaku... amat memalukan.
Itu baru mereka yang berkuasa 5 bulan. Sekiranya sudah berkuasa lebih 50 tahun ? Berapa agaknya jumlah suapa yang mungkin telah diambil oleh mereka semata-mata hendak menjaga perut BOROI diri sendiri ?
Wednesday, August 20, 2008
Rasuah
Jika sabit kesalahan ; eloklah rasanya dilucutkan sahaja jawatan mereka. Sementara waktu elok juga mereka direhatkan. Siapa EXCO Perak itu ? Tunggu ....
2- Tahniah Lee Chong Wei kerana dikurniakan darjah kebesaran yang membawa pangkat " Datuk " . Tahniah " Datuk Lee Chong Wei ".
Ganjaran RM 300,000 beserta pencen bulanan RM 3000 bermula September 2008. Syabas Chong Wei. Terima kasih atas pengorbanan saudara.
3- PKR tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan silam di parlimen Permatang Pauh. Sedangkan Haji Hadi boleh tumbang dikawasan tradisi beliau suatu masa dahulu .... apa kurangnya Anwar. Kena kerja kuat.
BN mempunyai 1001 helah untuk menang dalam pilihanraya kecil ini. Siapa yang menang ... ? Tunggu .
4- Baru-baru ini saya melihat gambar saudara Khairy Jamaluddin berpakaian seperti perempuan dalam satu laman web PRO UMNO. Pesan saya ..... Jangan suka buat fitnah. Kalau gambar itu tak betul , banyak dosa besar yang kita dah lakukan.
5- Polisi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - " Merakyatkan Ekonomi Selangor " harus digunakan dengan sebetul-betulnya. Pacuan kearah matlamat tersebut mesti disepakati oleh semua pihak ; bukan hanya MB Tan Sri Khalid.
Jangan ada yang RASUAH. Rasuah perlu dibenteras.
6- Selamat bekerja untuk semua anggota-anggota petugas daripada Badan Pencegah Rasuah [ BPR ]
seluruh Malaysia. Integriti mencerminkan budaya diri. Ayuh , hapuskan perasuah diseluruh Malaysia.
Malaysia Bebas Rasuah !!!!!
Tuesday, August 19, 2008
" Kebetulan vs Motif Politik "
Noh Omar berkata, pelatih di Pusat Giat Mara di seluruh negara yang ada menawarkan kursus Teknologi Bangunan dan Pendawaian sejak tahun lalu, menjadikan rumah orang miskin sebagai latihan praktikal.
Adakah ini juga dikira rasuah politik ? Kebetulan atau motif politik ?
2- Sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan sehari sebelum hari penamaan calon Anwar lawan Arif Shah ; adakah ini juga kebetulan dan tiada motif politik ?
3- Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang bakal menjadi peraturan dan digunakan bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 19 Ogos 2008. Kebetulan atau ada motif politik ?
Realiti Politik Kampus
1- Cepat melatah bila cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kuota UiTM dibuka sebanyak 10% kepada pelajar non-bumi.2- Dulu tak melatah bila BN kata mereka nak kuota UiTM untuk diberikan kepada non-bumi.
3- MRSM sudahpun dibuka kepada bon-bumi. Mengapa tak melatah dan berdemonstrasi ?
4-Dulu bila pejar UiTM berdemonstrasi akibatnya dibuang kampus. Sekarang diatas kepentingan politik sempit empunya gambar , semua demo atas nama BN dihalalkan.
5- Tan Sri Khalid tak punya kuasa atas UiTM. Adakah kalau saya hantar surat kepada UiTM minta UiTM buka 20% kepada non-bumi ; semua pelajar UiTM akan berarak dan berdemo kearah rumah saya ?
6- Empunya gambar suka memanipulasikan isu Tan Sri Khalid untuk mendapat kredit daripada BN. Mungkin inilah calon sesuai untuk BN pada PRU 13 akan datang. Kawasan mana ? Letak di Parlimen Shah Alam.
7- Realitinya UiTM tidak bebas daripada pengaruh POLITIK. Saya tak tahu sama ada Tan Sri Khalid akan dibenarkan masuk ke UiTM kalau ada pelajar UiTM Shah Alam ingin menjemput beliau untuk menutup seminar kerja mereka. Hampir mustahil sebab ada empunya gambar diatas.
8- Pengampu, cetek pemikiran politik, melatah , cuba nak jadi jaguh, hebat dalam gelanggang sendiri.
9- Saya ex-student ITM & UiTM. Saya tahu bagaimana politik kampus dicorakkan oleh HEP. Kalau tiada tangan yang menyuruh mereka berdemo, jangan mimpi ada pelajar UiTM yang berani kehadapan dalam apa isu sekalipun. NOKTAH
Permatang Pauh
Sama juga dengan keadaan Permatang Pauh. Semua media yang ada digunakan untuk memburukkan PKR ; selebihnya memberikan kredit kepada UMNO. Ini realiti.
UMNO seperti tidak mahu belajar melalui kesilapan mereka pada PRU-12. Mereka masih lagi menggunakan taktik yang sama , gerak yang sama, cerita yang sama , semuanya dilakukan seperti musim PRU 12 , TETAPI mengharapkan kesudahan yang berbeza.
Dalam teori pengurusan, ini tidak mungkin terjadi. Taktik dan teknik yang sama bila diaplikasikan berulang kali jarang sekali memberikan keputusan yang berbeza. Lazimnya sama. NOKTAH.
Tetapi tak salah jika UMNO mahu mencuba. Tidak ada yang kurangpun jika UMNO bermula dengan lebih sopan dan berhemah. Harus diingat, Permatang Pauh adalah rumah Anwar Ibrahim. Masih ada yang nostalgik pada Anwar Ibrahim. Ini realiti.
Saya tak menjangkakan sumpah Saiful akan memberikan impak besar kepada pengundi tegar Anwar Ibrahim. Tetapi mungkin membeikan kesan kepada pengundi atas pagar.
UMNO semakin ditolak bukan sahaja oleh pengundi Malaysia pada PRU 12. Tetapi semakin ditolak sebab kebejatan yang dibawa oleh UMNO sangat memualkan. Pemimpin UMNO kena sedar. Mereka seringkali mengatakan merekalah pemimpin bangsa MELAYU. Realitinya tidak seperti yang diucapkan.
Rakyat kebanyakkan melihat apa sumbangan UMNO kepada mereka. Untuk menafikan betapa UMNO tiada sumbangan kepada negara memanglah janggal. Tetapi timbangtara antara kebaikan dengan kebejatan yang dibawa oleh UMNO lebih kepada yang buruk. Ini realiti UMNO.
Untuk UMNO menang dalam pertempuran menentang Anwar ; tidak ada yang mustahil. Anwar boleh menang , Arif Shah juga boleh menang. Dalam hukum POLITIK semuanya boleh berlaku.
Yang menang harus membawa kebaikan kepada rakyat. Yang penting kebajikan rakyat akan lebih terjaga diatas bahu " YB Baru " kita nanti.
Selamat Mengundi.
Monday, August 18, 2008
Permatang Pauh P 44
1- Banyak projek-projek atas nama pembangunan akan dilambakkan di kawasan Parlimen Permatang Pauh sepanjang 10 hari berkempen ini. Kerajaan Be End akan menggunakan semua peluang yang ada untuk menggempur PR, atas nama pembangunan.
Banyak tembelang PR akan ditelanjangkan, begitu juga sebaliknya. Cuma Be End beruntung kerana banyak TV yang 1 suku , 2 suku dan 3 suku akan memberikan laporan yang tak sama rata ; tidak adil dan berat sebelah ; bukan saksama seperti gambar dacing yang Be End gunakan.
SPR seperti biasa akan membenarkan apa sahaja yang menjadi modal Be End, dan hanya membuat kenyataan sekiranya Be End diserang. Seperti biasa, pengerusi SPR akan bertindak menjadi orang yang paling adil [ kononnya ] dengan mendakwa Pilihanraya Kecil kali ini adalah yang paling adil.
2- Syed Hamid Albar pula seperti yang dilaporkan akan mendakwa pihak yang mempergunakan isu-isu yang melampau sehingga boleh menggugat keharmonian kaum dalam siri ceramah mereka.
Untuk mereka ... sila baca begini " Syed Hamid and gang hanya akan akan mendakwa PKR sahaja" sekiranya ianya membabitkan ketegangan kaum. Be End boleh gunakan apa sahaja asalkan Anwar Ibrahim dikalahkan pada pilihanraya kecil ini.
3- Puteri , Wanita , Pemuda serta Putera UMNO akan menggunakan segala helah silat politik kotor mereka untuk menawan pengundi Permatang Pauh. Kalau mereka hulur duit , ambil. Beri minyak atau betulkan rumah kita [ macam yang Noh Omar buat ] ... silakan. Bila pangkah .... jangan sesekali pangkah Be End.
Arif Shah masih boleh memberikan khidmat sekiranya beliau kalah. Ini kerana beliau ahli DUN Seberang Jaya. Tetapi , saudara Anwar mesti dikembalikan ke Parlimen untuk mengimbangi kebejatan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Be End yang lebih banyak jadi Pak Tunggul , Dungu dan Kayu Mati dalam Parlimen.
Ayuh pengundi Permatang Pauh.... Jalankan kewajipan Anda.
Sunday, August 17, 2008
17 Ogos 2008
* Pada saya cuba tengok apa yang dah UMNO buat pada Wilayah Pembangunan Iskandar. Adakah itu tidak mengkhianati bangsa ? Buka mata dan fikir. Jangan jadi bacul dalam isu WPI.
2- " UMNO cawangan KB buat laporan BPR dakwa pencalonan Zaid Ibrahim disabotaj "
* UMNO dengan rasuah bagai isi dengan kuku. Tak boleh dipisahkan. Itupun tak perasan ? Dah jadi budaya. Memang tak boleh dipisahkan....
3- " BN tidak eksploitasi kes liwat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, kata Najib"
* Nak gelak bila baca statement diatas pun ada. Tengoklah siapa yang bercakap. Yang bercakap pun Najib... kaki penipu dan pembelit. UMNO akan lakukan apa sahaja asalkan memberi keuntungan kepada mereka. Cakap orang putar alam mana boleh percaya.
4-" Sumpah Mohd. Saiful bercanggah dengan Islam - Nik Aziz "
* Bila yang bercakap adalah orang politik, apapun yang mereka katakan akan difikirkan 2 kali maksud yang tersirat. Sama dengan statement Nik Aziz diatas. Sumpah saiful memang tak boleh diterima oleh penyokong kem A, tapi bagi kem B ianya betul lagi disahihkan. Yang jadi persoalan ialah mereka yang diatas pagar . Ada yang berbolak hati mereka untuk menyokong kem yang satu lagi.
5- PENGESAHAN: Bolt menuding ke arah papan markah elektronik yang mengesahkan dia mencatat rekod baru dunia dan Olimpik dengan kepantasan 9.69s sekali gus meraih emas, malam tadi. Pingat perak milik Richard Thompson dari Trinidad and Tobago (9.89s) dan gangsa diraih Walter Dix dari Amerika Syarikat (9.91s).
* Hebat betul manusia ini. Untuk mereka yang tidak menyaksikan aksi 100 meter akhir Sukan Olimpik 2008 memang rugi. Cara Usain Bolt membawa diri sepanjang larian 100 m itu memang menakjubkan. Tak terkejar rasanya.
Alangkah baiknya kalau Malaysia punya pelari seperti ini.
Malaysia Boleh

1- Apa lagi yang boleh saya katakan.... Syabas dan Tahniah kepada Lin Dan dan Lee Chong Wei yang masing-masing dikalungkan pingat Emas dan Perak. Syabas kepada Lin Dan dan Tahniah kepada Lee Ching Wei atas segala usaha yang telah dilakukan.
Untuk kita rakyat Malaysia , bukan sedikit pengorbanan yang telah dilakukan oleh Lee Chong Wei untuk membawa pulang Pingat Emas. Walaupun tewas, Chong Wei sudah berusaha sebaik mungkin. Syabas dan Tahniah. Usaha tangga kejayaan.
Tiada apa yang kurang pada Lee Chong Wei. Ramuan juara semuanya ada pada dia. Hanya mungkin faktor tidak dapat menyerap asakan dan tekanan menjadikan ada jurang antara Chong Wei dengan Lin Dan. Apapun syabas.
Semoga akan lahir lebih banyak lagi Lee Chong Wei dalam arena badminton tempatan. Ayuh Malaysia ... kita buktikan sesuatu. Malaysia Boleh.
Saturday, August 16, 2008
Protes : Dulu & Sekarang
Saya sebenarnya naik menyampah dengan gelagat segelintir pelajar UiTM di Kampus Shah Alam mahupun di kampus-kampus cawangan yang berdemonstrasi baru-baru ini. Alasan mereka kerana MB Selangor TS Khalid hendaklkan 10% kuota bumiputera diberikan kepada non-bumi.Pencacai-pencacai UMNO , khususnya orang kuat UiTM yang gemuk , gempal, pakai cermin mata & bermisai tebal sebenarnya turut menggalakkan pelajar UiTM ni berdemonstrasi secara aman asalkan untuk kepentingan UMNO. Bodoh ......
Kalau dulu ... jangankan berdemo, andainya student UiTM mengikuti mana-mana demo anjuran parti pembangkang pun boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tapi baru-baru ini UiTM membuktikan yang mereka semakin maju. Welldone.
Untuk bebudak UiTM yang suka berdemo ... saya sarankan you all baca ARKIB ini supaya mata dan fikiran korang lebih terbuka. Tengok dan teliti siapa yang sebenarnya hendak jual maruah melayu kalau betullah itu yang korang fikir.
--------------------------------------------------------------------------------------
ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz -- Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.
Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.
Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya.
``Kita jangan tutup pintu kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian boleh menjurus kepada perasaan perkauman.
``Jika kita ada perasaan tertutup, akhirnya nanti kita akan menemui jalan buntu dengan tidak lagi mampu menjalin kerjasama antara kaum,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau diminta mengulas permintaan 26 pertubuhan itu yang dicapai sebulat suara pada majlis dialog pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.
Selain GPMS, pertubuhan yang menyatakan pendirian tersebut ialah Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (Ansara), Barisan Bertindak Melayu (BBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Intelek Melayu Malaysia dan Majlis Kebudayaan Melayu.
Turut menyokong keputusan itu ialah Majlis Belia Selangor, Persatuan Melayu Sabah dan beberapa ahli akademik dari universiti awam dan swasta.
Abdul Aziz seterusnya berkata, kerajaan amat bergantung kepada semangat perpaduan kaum terutama untuk mencapai matlamat menjadi negara maju pada tahun 2020.
Justeru, jelas beliau, langkah mengetepikan kaum tertentu untuk memperoleh kemudahan pendidikan hanya akan mendedahkan negara kepada semangat perkauman yang menebal.
``Kita kena latih anak-anak kita menjalin perpaduan antara kaum kerana jika tidak orang Cina akan mengikut haluan sendiri, India begitu juga dan Melayu dengan caranya.
``Di mana (titik perpaduan) kita nak bertemu?,'' katanya.
Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang sebarang saranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara tetapi mahu pihak yang mengemukakan saranan meneliti dahulu manfaatnya dalam jangka panjang.
Abdul Aziz menambah, dalam isu kelonggaran kuota 10 peratus untuk bukan bumiputera dalam dua program berkenaan, kerajaan berharap ia tidak disalah faham kerana tindakan itu tiada sebarang motif untuk menggugat pendidikan orang Melayu.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz berkata, peruntukan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di MRSM tetap dilaksanakan walaupun banyak pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu mahu perkara itu ditangguhkan.
Bagaimanapun menurut beliau, perubahan ke atas kuota itu boleh dilakukan oleh Kabinet jika didapati sistem tersebut merugikan kaum bumiputera dan tidak mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kata beliau, sistem kuota itu akan dilaksanakan di semua MRSM di Semenanjung kecuali di MRSM Kinarut, Sabah dan Kuching, Sarawak yang telah dikhususkan 100 peratus untuk bumiputera.
Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat untuk menjadikan kaum bumiputera lebih cemerlang dan mampu bergaul serta bersaing dengan bangsa lain dalam era globalisasi.
Ini berikutan kebanyakan lulusan MRSM didapati hanya cemerlang dalam akademik tetapi lemah dalam aspek pergaulan dengan kaum lain, di samping gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Biarpun begitu, Nazri memberi jaminan pengenalan sistem kuota itu tidak akan mengurangkan sama sekali jumlah pelajar bumiputera yang diambil setiap tahun.
``Misalnya, kalau setiap tahun kita ambil 4,000 pelajar bumiputera, maka jumlah itu akan kita kekalkan manakala tambahan 10 peratus pelajar bukan bumiputera akan kita tentukan di mana untuk menempatkan mereka ini,'' katanya selepas menerima memorandum mengenai isu kuota tersebut daripada Pemuda UMNO Selangor di sini hari ini.
Nazri menambah, kuota 10 peratus bukan isu baru memandangkan ia pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sewaktu idea penubuhan MRSM dipersetujui kerajaan kerana mahu melihat pelajar Melayu bersaing dengan kaum lain.
-------------------------------------------------------------------------------
Selamat membaca... mengapa dulu korang tak nak berdemo ? F^$K ..... UMNO
UMUM
Kita hormati pendirian beliau. Tetapi kegagalan beliau melawan sewaktu beliau diliwat mencetuskan pelbagai interpretasi. Mengapa tidak melawan ? 61 tahun vs 23 tahun ? Saya hanya boleh berkata Subhanallah.
Andainya Saiful memainkan agama ISLAM hanya untuk kepentingan politik pihak yang memerintah , maka eloklah mereka yang berada dibelakang Saiful ini juga mendapat sumpah laknat yang serupa oleh Allah Ta'ala.
Politik Malaysia semakin jijik , kotor serta memualkan. Saya penuh yakin kebenaran akan tetap menjelma. Yang Hak akan menjelma, yang batil akan kita kuburkan.
2- Pakatan Rakyat hanya mempunyai 10 hari sahaja untuk counter attack segala bentuk tomahan dan cacian daripada pihak Be End. Seperti biasa Be End akan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk memancing undi daripada Rakyat Permatang Pauh.
Hidup mati Be End di Permatang Pauh. Andai be End tumbang, cerahlah harapan PR untuk memimpin negara pada 16 September. Sebaliknya jika PR tumbang, maka apa yang mereka janjikan sebelum ini untuk mentadbir Malaysia akan hanya tinggal sebagai realiti.
3- Pihak POLIS jangan pula bias kepada sebelah pihak. Yang disini diberikan permit untuk berceramah, yang disebelah sana disekat untuk bercakap. Untuk Syed Hamid Albar ... you better buck up .... look around your corner and please do not say something which make you look more stupid.
4- Selamat berjuang kepada mereka di Permatang Pauh. Paling penting, rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat kebajikan. Bukannya hanya memberikan kekenyangan kepada segelintir pihak seperti yang AMENO amalkan sekarang.
5- Lee Chong Wei akan menentang Lin Dan dalam Final Badminton sukan olimpik. Selamat berjuang untuk beliau. Ini barulah spirit Malaysia Boleh.
Wednesday, August 13, 2008
Malaysia oh Malaysia
Apakah AMENO sudah tiada lagi calon tempatan yang lebih berwibawa untuk diketengahkan ke Parlimen sehingga " terpaksa " mengambil ADUN Seberang Jaya untuk dipertaruhkan ? Biarlah pengundi Permatang Pauh yang menentukan. Masing-masing mempunyai penyokong. Semua akan berusaha agar calon masing2 menang di Permatang Pauh. Selamat berjuang.
2- Wakil tunggal pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo tewas dalam perlawanan peringkat suku akhir kepada pemain tuan rumah Lu Lan 21-7, 29-27 di Sukan Olimpik Beijing hari ini. Namun kekalahan Mee Choo ini saya anggap kalah dengan melawan. Lebih2 lagi dalam set kedua. Tahniah ....
Wakil beregu Malaysia ; Koo Kien Keat - Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Indonesia Markis Kido - Hendra Setiawan 16-21 18-21. Impian kita untuk membawa pingat OLIMPIK semakin malap dengan kekalahan beregu harapan kita ini. Apa yang dapat saya simpulkan, pemain kita masih tidak cukup GAH untuk menakluk areana OLIMPIK. Usaha lagi tahun 2012. Sayang ... seribu kali sayang.
Saya amat berharap pasangan ini dapat membuat sesuatu yang lebih baik daripada badminton 1996... tetapi hampa. Aduh ... sakitnya.
Kini harapan kita hanya tinggal kepada Lee Chong Wei yang akan menentang Sony Dwi Kuncoro. Selamat berjuang.
3- Saya nak ucap selamat bekerja kepada anggota2 Badan Pencegah Rasuah. Teruskan usaha murni anda untuk terus membanters rasuh. Pergi jahanam dengan perasuah. Hidup celaka mereka yang mengambil rasuah serta menghabiskan harta benda kerajaan umpama harta mak dan bapak mereka. Nyah mereka dari bumi Malaysia. Kadang2 kita harapkan pagar, rupanya pagar yang makan padi.
4- Tun Mahathir kata kerajaan kita takut kepada Majlis Peguam ? Benarkah ? Mana perginya suara Zaid Ibrahim ? Dimana yang silapnya sehinggakan kerajaan tidak sanggup mengambil tindakan keatas perhimpunan Majlis Peguam ; dan tidak mengambil langkah2 perlu agar perhimpunan haram pada hari itu dihadapan pejabat Majlis Peguam tidak berlaku ? Apa yang kerajaan buat ? Woiiiiiii ... bangun Tegakkan kebenaran.
5- 10 % kuota pelajar UiTM harus dibuka kepada non-bumi ? Itu pandangan perbadi MB Selangor. Hanya cakap mulut dan lontaran idea. Masih boleh dibahaskan. Sukar untuk dilaksanakan kerana bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Tetapi tindakan IBRAHIM SHAH mengumpulkan lebih 5000 student UiTM untuk membuat bantahan sebenarnya menampakkan baju pagoda sebenar siapa itu Ibrahim Shah [ saya kurang periksa nama penuh beliau ... maaf ].
6- Sebelum hari mengundi ... sila lihat, baca , dengar dan nyanyikan lagu ini ...
Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
DULU , KINI DAN SELAMANYA ..... bukan UMNO
Politik Malaysia
Bagi saya apapun alasan yang diberikan oleh YB kita ; ianya memberikan gambaran bahawa segelintir orang-orang tertinggi politik memang suka mengenyangkan tembolok masing-masing dengan membuat amalan-amalan kerja yang tidak bermaruah. Bila berkuasa mereka jadi tamak dan ingin terus kaya dan berkuasa. Ada yang berkhidmat dengan penuh jujur tetapi sebilangan daripada mereka membawa lumpur busuk yang susah hendak dibersihkan. YB kita tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Selalunya dalam pentadbiran Abdullah Ahmad , yang ikan besar terlepas dan yang ikan kecil ditangkap. YB kita dibahagian ikan mana ?
2- Sukan Olimpik: Koo-Tan bangkit kembali
Saya menaruh sedikit harapan kepada pasangan beregu kita untuk membuat penampilan yang lebih baik berbanding gandingan Soon Kit - Kim Hock pada Atlanta 1996. Harapan tetap ada , kata kuncinya FOKUS dan KONSISTEN. Ayuh Malaysia ... buktikan sesuatu
3- Penduduk Jalan Tok Din, Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang, Kedah dalam satu kenyataan bersurat menyatakan rasa amat kecewa mereka dengan tahap bekalan air di kawasan tersebut sejak 51 tahun lalu. Menurut pengirim surat tersebut, penduduk kampung hanya menerima bekalan air pada jam 10 malam hingga jam 5.30 pagi setiap hari.
Mengapa keperluan asas untuk mereka masih dalam keadaan dhaif? Apakah kerajaan yang memerintah KEDAH selama lebih 50 tahun tidak prihatin kepada keperluan ini ? Apakah pembangunan yang mereka janjikan semasa menabur janji dalam memancing UNDI ? Inilah Be End ..... memang patut dikuburkan sahaja mereka yang berada didalamnya.
4- Siapa lawan Anwar di Permatang Pauh ? AMENO sedang pening kepala mencari calon yang benar-benar sesuai untuk dilawankan dengan Anwar dalam Pilihanraya kesil P 44. Selamat berjuang untuk semua.
5- Apa kesudahan kes Altantuya ? Lama sangat menunggu, lebih berminat nak tahu apa kesudahan penghakiman. Tekaan saya :
1- Razak Baginda lepas sebab tak cukup bukti
2- Sirul dan Azilah ... pun lepas sebab pendakwaan hanya bersifat main-main.
3- Najib Razak .... dia tak terlibat langsung dengan warga monggolia ni. Tak kenal sama sekali. [ biasalah ..... politik maa ]
6- Tahun depan tiada lagi pemain import dalam Liga Malaysia. Ada baik dan ada buruknya. Inilah masa untuk jurulatih kita mencari pemain penyerang yang betul-betul boleh menyerang supaya lagi 3 - 5 tahun akan datang ; sekurang-kurangnya Malaysia berada ditempat yang lebih baik daripada sekarang. Sekarang ni Malaysia ditempat keberapa ? [ 167 ... saya teka je ]
Syauqie
Jihad
Katanya menghalang Anwar daripada berkuasa di Malaysia adalah JIHAD kerana ANWAR banyak membawa kecelakaan daripada kebaikan di Malaysia. Yang bercakap tentang JIHAD ialah Shahrizat Jalil.
Kata orang bijak pandai... jangan melihat siapa yang berkata , tetapi lihatlah apa yang diperkatakan. Sama-sama kita fikirkan. Patutkah saya berjihad untuk mengekalkan kekuasaan Be End yang semakin hancur, atau BERJIHAD untuk menyelamatkan bumi Malaysia daripada kebejatan yang dimulakan oleh UMNO dan Parti sekongkolnya.
Shahrizat ... oh Shahrizat. Apa kata sama-sama kita berjihad agar Malaysia lebih aman , makmur dan selamat dariapada penyalahgunaan kuasa , rasuah dan penyelewengan daripada pemimpin yang sering membuncitkan diri mereka untuk mencari kekayaan ?
Monday, August 11, 2008
Politik : segalanya mungkin
1- Pokok persoalan diatas adalah SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA cuba mengambil kesempatan daripada lawan masing-masing. Yang sorang ada kemampuan untuk membalas maklumat dengan segera, manakala lawan yang satu lagi tidak berkemampuan. Antara mereka ada yang KAKI TEMBERANG, KAKI PUTAR , dan juga KAKI PEMBELIT ... dalam konteks politik semasa.
"BUKIT MERTAJAM 10 Ogos - Selepas begitu yakin akan menang di Permatang Pauh dan pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan 16 September ini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berubah nada apabila berkata, laluan untuk beliau menang pada pilihan raya 26 Ogos ini, tidak mudah. "
2- Andai SELURUH JENTERA KERAJAAN disalahgunakan dan dihalakan ke Permatang Pauh , mana-mana parti politik selain daripada Be End tentu merasa sukar untuk menang. Hampir mustahil. Tetapi sekiranya hanya UMNO machinery digunakan.... tiada yang mustahil untuk PKR mendapat undi daripada Permatang Pauh. Apa-apapun dalam politik ... jangan OVER CONFIDENT.
"SHAH ALAM 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang menguasai empat negeri pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini. "
3- Ini antara taktik yang paling saya suka. Kita nak tengok mana pentadbiran yang lebih huru hara , banyak menyusahkan rakyat, lebih banyak membuncitkan perut sendiri, tak amanah serta jujur dan pelbagai kesalahan yang hanya mengenyangkan tembolok kumpulan mereka sendiri.
Soalan saya .... KEM MANA YANG LEBIH SENANG DITELANJANGKAN KESALAHAN MEREKA ? Yang baru berkuasa 6 bulan .... ataupun yang dah berkuasa lebih 50 tahun? Yang paling banyak buat kebejatan.... tolong kuburkan.
"KOTA BHARU 10 Ogos - Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon berwibawa yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi bagi menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. "
4- Ini cakap orang politik. Dalam UMNO masih adakah lagi calon terbaik yang mampu memberi sumbangan berkesan kepada RAKYAT ? Yang mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada tembolok sendiri, anak bini, kaum kerabat , kroni , sedara mara ...memang ramai. Tapi yang nak berjuang untuk rakyat..... boleh dibilang dengan jari.
Kalau UMNO sendiri dah hampir reput ... macamana mereka nak beri perhatian kepada masalah rakyat? Kalau unsur rasuah , kronisme dah bersarang dalam UMNO, bolehkah mereka memberikan khidmat yang terbaik.
Selalunya janji manis yang ditabur sebelum pilihanraya kecil memang seronok nak didengar. Tak kiralah kem manapun mereka wakili. Yang kita nak TUNAIKAN JANJI selepas pilihanraya.
"KUALA TERENGGANU 10 Ogos – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz perlu bersedia dicabar oleh Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan parti Disember ini walaupun pelan peralihan kuasa antara kedua-duanya telah dipersetujui. "
Topik ini dah saya ulas. Masih ingat lagi WASIAT dalam kepimpinan UMNO ? Hak ahli untuk melantik pemimpin semakin pupus. Apatah lagi nak melantik ketua atau presiden. Takut , kecelaruan pemikiran , dan macam2 lagi.
"PONTIAN 10 Ogos - Dakwaan kononnya Singapura memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang perlu disiasat secara serius memandangkan perkara tersebut berkaitan dengan kedaulatan negara dan negeri Johor. "
5- Saya tak tahu kalau kita akan kehilangan lagi Pulau Pisang ini , sama seperti kita kehilangan Pulau Batu Putih. Kita mahu kerajaan bertindak sekarang. Bukannya menunggu lagi 30 atau 40 tahun. Bangun !!!!
"SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing."
6- Cadangan ini saya tak berapa setuju. Ada pro dan kontranya. Jika kita nak memajukan pembelajaran student kita , dalam kepompong masyarakat Bumiputera itu sendiri ada yang hebat. Tak perlu kita ajak kaum non Bumi untuk sama-sama menikmati iklim pembelajaran UiTM. Saya pernah belajar disini, dan saya percaya UiTM sesuai untuk kaum BUMIPUTERA. Dasar ini perlu terus diperjuangkan. NOKTAH
"KOTA BHARU 10 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan mengkaji semula punca kenaikan harga barang yang kini dianggap terlalu tinggi dan membebankan golongan rakyat termiskin"
7- Apa yang kerajaan buat ? Dengan kenaikkan harga PETROL dan DIESEL yang melampau, itulah antara beberapa punca harga barangan semakin melambung tinggi. Susah sanagtkah kerajaan ni nak menolong rakyat. Kerajaan sudah berbuat sesuatu tetapi tak cukup untuk rakyat kebanyakkan.
Syauqie
Friday, August 8, 2008
Apa Salah Aku
VS Tak semua berhati busuk .... dan tak semua yang makan rasuah
Tak semua bernafsu serakah ..... dan tak semua bermuka amarah
Tak semua memalsu bukti .... dan tak semua membuta tuli
Tak semua bersikap lewa .... dan tak semua mudah dibuntuti
Ada yang berjiwa besar berperibadi unggul .... menjunjung amanah bahu memikul
Ada yang menegak daulat tidak berundur .... menjadi benteng penegak untung
Thursday, August 7, 2008
UMNO - masih relevan ?
UMNO tetap releven sepanjang zaman,
Itu adalah hakikat yang perlu diketahui semua rakyat yang aman,
Permatang Pauh nantikan kami untuk menyebar kebenaran,
Yang bersalah akan Tuan Hakim Duniawi penjarakan,
Hidup Islam, Hidup Melayu, Hidup UMNO....!!!
Jawapan saya mudah .......
1. Kenapa kes rasuah import permit (AP) yang didakwa oleh Ezam Mohd Nor dan Mahathir Mohamed terhadap Rafidah Aziz tidak disiasat? [ Pemimpin UMNO ]
2. Kenapa kes rasuah konsesi balak yang dilakukan oleh Khalid Yaacob semasa dia jadi Menteri Besar Pahang dijerukkan? [ Pemimpin UMNO ]
3. Kenapa dakwaan kes rogol gadis bawah untuk oleh pemimpin UMNO tidak disabitkan kesalahannya oleh pejabat peguam negara? [ Pemimpin UMNO ]
4. Kenapa kes penyelewengan dana Khazanah Nasional untuk memberi laba berbillion ringgit kepada anak, menantu dan kroni Abdullah Badawi diizinkan? [ Pemimpin UMNO ]
5. Jelaskan kepada kami kenapa Abdullah Badawi berbohong dan tidak pengistiharan harta anak dan menantunya? [ Pemimpin UMNO ]
6. Kenapa Abdullah Badawi menunjukkan simpati yang teramat sangat kepada Saiful Bukhari dalam isu penipuannya dia diliwat, sedangkan berjuta rakyat Malaysia yang derita dan sengsara Abdullah langsung tidak pedulikan. Tanya Abdullah perkara ini. [ Pemimpin UMNO ]
7. Tanya kepada pemimpin UMNO, kenapa kerajaan BN kehilangan majoriti dua per tiga dalam pilihanraya Mac 2008 lalu.[ sebab Pemimpin UMNO ]
8. Tanyakan kepada mereka kenapa presiden umno tidak mempertahankan hak dan keadilan terhadap dua orang pemuda yang ditembak oleh polis menggunakan peluru hidup, sedangkan dalam bab Saiful Bukhari yang jelas menipu, Abdullah beria-ia sangat menunjukkan simpati. [ Pemimpin UMNO ]
12. Kalau Tan Sri Rahim Tamby Chik datang ke Permatang Pauh, tanyakan terus kepadanya daripada mana dia dapat duit untuk membeli harta berikut? : Hasil siasatan BPR; didapati Rahim mempunyai akaun dalam puluhan Bank. Syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam:
A. Hotel Ayer Keroh D'Village.
B. Stesen Pam Minyak Shell.
C. Lot 706 yang dijual kepada EON.
D. 17 anak syarikat Daya Promile
E. 53 ekar dusun durian di Bertam.
F. Rumah kedai di Mesjid Tanah
I. 5 unit rumah kedai di Taman Melaka Raya
J. Peringgit Point.
K. Taman Buaya Melaka
L. Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
M. Taman Ikan Melaka
RTC juga memiliki beberapa buah kereta mewah yang pada dasarnya sebagai :
A. BMW 525 harga RM 180,000.00
B. Porche 928 harga RM 448,495.00
C. Mercedes Benz 300 harga RM 190,000.00
Harta yang beliau miliki berjumlah RM 39,782,772.69.
Untuk makluman semua ; Rahim Tamby Chik adalah ..... BEKAS PEMIMPIN UMNO
Makanya UMNO masih lagi relevan ; dulu kini dan selamanya kerana -
1- Segelintir pemimpin tertinggi dalam UMNO telah terdidik atas budaya rasuah. Rasuah dibolehkan dalam UMNO untuk mengekalkan kuasa.
2- Kalau jadi pemimipin UMNO, tembolok perut , anak bini , anak menantu , kroni perlu dibuncitkan dalam menghakis kekayaan yang ada.
3- Untuk berbicara secara intelek ... yang UMNO ada hanyalah Shabery Cheek. Yang lain , banyak menikus. Berani bersuara dalam surat khabar UMNO sendiri. Bila diajak berdebat .... " HAMPEH "
Jadi , sama-sama kita fikirkan .... masih relevankah UMNO dalam suasana kita sekarang ?
Syauqie
Politik Malaysia Tanpa Anwar
www.kerajaanrakyat.blogspot.com
Kepada seluruh rakyat Malaysia walau apapun pegangan politik, saya yakin semuanya inginkan keadilan. Justeru, samada kalian dari parti UMNO, PAS, Keadilan, DAP atau apa saja, selagi kalian beragama Islam, kesekian kalinya saya amat berharap kita sama-sama bermunajat kepada ALLAH demi keadilan rakyat dan kesejahteraan negara kita.
“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Politik & UMUM
1- Mengapa terlalu susah PM Abdullah Badawi nak meletak jawatan ? Apa yang sangat susah untuk turun daripada jawatan PM bila ahli UMNO sendiri dah memberi isyarat ?
2- Mengapa Najib Tun Razak tidak dipanggil dalam kes pembunuhan Altantuya ? Saya tak faham ?
3- Mengapa cerita & Skrip Anwar Ibrahim dalam kes yang sedang dihadapinya ini bagai ulangan 1998 ? Ada ke golongan makhluk berakal yang akan percaya [ selain daripada Be End ... ] tentang cerita sebegini ?
4- Apakah MUsa Hassan dan Gani Patail sebenarnya tidak terlibat langsung dalam cerita Anwar Ibrahim? Bukankah mereka masih boleh memberi arahan atas kapasiti jawatan masing2 ?
5- Apa yang susah sangat kalau sebelah pihak kata boleh turunkan minyak sehingga RM 2 seliter ? Mengapa Be End tak nak tengok keadaan semasa dan cuba laksanakan apa yang dicadangkan oleh PR ? Mengapa susah sangat nak buat benda2 baik kepada rakyat Malaysia sendiri ?
6- Mengapa WASIAT untuk jawatan dalam UMNO semakin teruk ? Sesiapa pun boleh jadi pemimpin andainya diwasiatkan supaya penyerahan kuasa berlaku .... mengapa ianya masih berlaku ... malahan menular pula ke Kem Wanita UMNO. Pun sama jugak, alasannya takut mereka akan berpecah belah ? Mengapa demokrasi tidak berlaku secara TOTAL di Dalam UMNO ?
7- Siapa sebenarnya dalang [ sekiranya ada ] dalam episod DSAI ini ? Kalau tiada dalang , mengapa DSAI mengatakan sebaliknya. Tolonglah DSAI ... tunjukkan bukti yang mengatakan PR tidak serius dalam membantu masalah rakyat ? Menagapa ?
8- Apa akan jadi di Permatang Pauh andai Anwar disabitkan kesalahan ? Masih bolehkah ia bertanding ?
9- Anwar juga bukan malaikat. Dia mungkin melakukan jenayah yang diceritakan itu ... mungkin juga dia tidak melakukan. Tetapi mengapa pengaiban itu seteruk ini ? Inikah erti sebenar perjuangan politik ? Dahulu saya tak berapa berminat nak mengulas, namun sekarang berbeza. Saya ingin sampaikan kepada mereka diluar bahawa kita masih punya ruang untuk memperbaiki negara Malaysia kita ini. Apa akan jadi 10 - 20 tahun lagi kalau Be End masih memerintah ?
10 - Saya berdoa agar DSAI terlepas [ sure x lepas lah ] daripada pertuduhan FITNAH itu kerana hati kecil saya masih berkata - ini semua FITNAH.
11- Semoga yang baik akan dilihat dan yang buruk akan kita bongkar. Ya Allah berilah hambamu ini petunjuk agar yang hak akan menang dalam menentang yang batil
12- Soalan saya masih saya ... MENGAPA , BAGAIMANA , APA , SIAPA , DIMANA .... semua ini boleh berlaku....
Tuesday, August 5, 2008
Politik & Umum
UMNO memang hebat. Dapat mencari calon yang sememangnya saya rasakan terbaik untuk menentang DSAI daripada PKR. Dr Asri asalnya orang Permatang Pauh. Mengapa tidak disambar MUFTI ini dulu sebelum Perlis sambar dia menjadi Sahibus Samahah Mufti ? Lambat bertindak , kurang effisien, hanya pentingkan tembolok sendiri. Bila dah tergadah , baru nak mencari. Dr Asri bukan calang2 orang. Namun sayang... pinangan UMNO ditolak. So kena usaha lagi OK.
2- Rafidah juga ada pelan peralihan kuasa
Tan Sri Rafidah Aziz juga khabarnya akan menyerahkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO kepada Shahrizat Jalil pada pertengahan 2009. Tiada yang menarik kerana jawatan dalam UMNO sudah disusun Yang bagusnya kurang sikit nak lawan-melawan. Mana yang setuju dengan orang atasan akan lebih cepat naik. Yang suka dan percaya dengan demokrasi ...? Demokrasi sudah mati dalam UMNO. Tak boleh lawan sikit. Kalau lawan katanya derhaka. Ada baik dan ada buruknya. Entahlah. Macam kata DR Asri [ Mufti Perlis ] ... politik serahkan pada orang politik. Saya juga bukan ahli politik.
3- Permatang Pauh - sebelum Pilihanraya kecil
Saya percaya selepas ini berduyun-duyun manusia akan datang ke Permatang Pauh untuk sama2 berkempen bagi kem masing2. Tak kiralah UMNO mahupun PKR. Yang pentingnya orang P. Pauh akan mendapat nikmat pembangunan yang akan dilimpahkan dalam sekelip mata. Projek2 pembangunan jalan , balairaya , air , elektrik dan apa sahaja sememangnya menjadi target parti pemerintah untuk dipersembahkan. Kalau BN beri ... ambil. Undi .. Rahsia. Nak takut apa ? Mereka nak pangkah BN ataupun PKR , itu hak masing2.
Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh.. andai ada menteri yang datang dengan kereta mewah dan berlagak, pemandunya pulak sombong mengalahkan empunya kereta, Undi saya pada PKR. Kalau pemimpin PKR lebih kepada retorik kisah peribadi daripada berusaha nak membangunkan P. Pauh.... undi saya pada BN. Tetapi BN ni pun satu. Kadang2 janji susah nak ditunaikan. Tengok saja IKOK. Macam2 yang dujanjikan. Bila sampai masa ... dah menang , nak jumpa dengan cikgu Parthiban pun payah. Ala .. ini biasalah. Mana2 pemimpin pun macam ni. Rakyat jugak yang diperbodohkan. Jumpa 5 tahun sekali pun ... masih nak pangkah dia. Bila jumpa 5 tahun sekali ... diberi plak kain batik... undi terus swing kepada parti tadi. Tak susah nak merasuah penduduk malaysia ni kerana rata2nya dah dimomokkan bahawa hanya ada satu parti yang boleh memerintah. Lain daripada itu... kalau parti ALIBABA memerintah... seolah2 negara akan jadi kacau bilau.
Yang jadi kacau bilau sebab orang yang kalah tak boleh terima kekalahan. Dan orang yang menang pulak asyik nak membesarkan tembolok anak bini dan kaum keluarga. Macamana Malaysia nak sejahtera ? KAdang2 susah nak beri kesedaran pada golongan Hard Core ini.
Saya percaya mereka yang mengundi Be End dalam Pilihanraya lepas akan terus undi Be End. Yang undi Wan Azizah akan terus undi PKR. Ini memang fakta. Hard Core katakan. Yang jadi persoalan ialah mereka yang atas pagar. Mahukah mereka balik ke Permatang Pauh dan mengundi seandainya mereka bekerja di Selangor, KL, Perak, Pahang , NS mahupun JOHOR ? Kalau dulu Wan Azizah menang dengan majoriti lebih 13 ribu, berapa agaknya majoriti yang DSAI akan dapat ? Kalau lebih maksudnya UMNO & Be End kalah. Kalau kurang daripada 13 ribu... UMNO & Be End dapat hadiah saguhati.
Saya nak tanya , teruk sangatkah keadaan Permatang Pauh jika dibandingkan dengan Kepala Batas dan Tasek Gelugor? Hebat sanagatkah keadaan pacuan ekonomi kawasan Be End tadi ? Apakah tiada masalah berbangkit dikawan PM kita dan Menteri Kewangan 2 kita itu ? Teruk sangatkah keadaan Permatang Pauh pada pandangan orang sana ? Apa KPI yang digunakan untuk mengukur pembangunan kawasan Pak LAh & TS Nor vs Permatang Pauh ? Kadang2 orang pemberita ni pun menulis ikut sedap mulut jugak. Malas nak mendengar... tetapi interested nak mengikuti.
Semoga dapat kita laksanakan tanggungjawab masing2 dengan lebih berkesan. SPR pulak bukan macam pihak yang berkecuali. Dia pun jadi salah satu komponen dalam Be End . Patutnya dia berkecuali.. ini tidak. Menyampah sungguh bila dengar Pengerusi SPR bercakap. Macam dia saja yang bagus. Apa helah politik SPR selepas ini ? Tunggu ......
Syauqie
Monday, August 4, 2008
Utusan Malaysia - masih relevan ?
1- Terdetik hati kecil ini untuk menyentuh beberapa berita yang menjadi topik bualan dalam akhbar UTUSAN MALAYSIA [ UM ]. Persoalan samaada masih relevan atau tidak, kita sendiri akan mengetahuinya. Kiranya jualan mereka masih seperti dulu , ironinya UM ini masih lagi segar diminda kita. Untuk saya, baca .... YA. Untuk membeli .... TIDAK SAMA SEKALI. Tidak rela pemikiran saya diperkotak katikkan oleh sebuah akhbar sepatutnya jujur dan berkecuali.Ya ... memang sukar mencari akhbar yang 100 % tidak memihak. Untuk kem A... akhbarnya akan pro kepada A. Begitu juga bagi kem yang lain. Tidak akan ada akhbar yang 100% bebas. Saya setuju. Akan tetapi melihat daripada laporan yang ditulis di UM membuatkan hati kecil saya menjauhi akhbar ini. Mungkin satu hari nanti akan ada satu masa dimana akhbar UM ini akan menjadi wadah bacaan saya. Insyaallah.
2- " Kemaruk Kuasa Di Kota Tinggi - Syed Hamid "
Kata beliau pemilihan bahagian di Kota Tinggi semakin teruk dengan masing2 menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk politik wang untuk menumbangkan lawan masing2. Saya tak terkejut. Inilah UMNO. Jika pencabar Syed Hamid menggunakan pelbagai taktik kotor, saya percaya Syed Hamid juga demikian. Bayangkan Syed Hamid ini sudah 4 penggal menjadi ketua bahagian untuk Kota Tinggi.. tak mudah untuk dia turun takhta. Bak kata orang 2 x 5. Awak ada advantage ... sebab you menteri.
3- V6: Exco, bekas Exco beri keterangan kepada BPR
Semua pemimpin kena sedar, duit ini amanah rakyat. Bukan kita boleh belanja sesuka hati. Saya bukan orang Terengganu. Tapi saya orang Malaysia. Kalau inilah sikap pemimpin kita yang sering tak ambil endah tentang duit belanja ... lingkuplah rakyat. Dah tahu belanja V6 tinggi, mengapa tidak dirujuk kepada Proton dalam tempah warranty 4 tahun itu ? Itu yang saya tak faham. Mengapa tak ditukar sahaja kereta V6 tu kalau betul kos operasinya mahal ? Dimana kredibiliti Proton bila orang perlekehkan kereta kamu ?
Saya juga pengguna kereta Proton [ bukan V6 la ]. Kalau orang kata penyelenggaraannya mahal, ada yang setuju ada yang tidak. Kenapa zaman Idris Jusoh dulu tak dibangkitkan perkara ini. Ahmad Said nak kenakan Idris Jusoh .... [ 1 - 0 ]
4- Penduduk rayu tangguh roboh rumah
" ...JOHOR BAHRU 3 Ogos - Kira-kira 300 keluarga dari Kampung Baru Plentong Tengah di Pasir Gudang di sini, merayu kerajaan menangguhkan kerja-kerja meroboh kampung mereka pada 14 Ogos ini, sehingga penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Ulu Tiram, siap sepenuhnya.... "
Saya percaya antara mereka ini ada yang sudah kaya raya kerana duduk dirumah haram sejak 1985. Bayangkan... tak payah bayar sewa. Kerajaan kena tegas. Saya setuju penempatan dilaksanakan secara teratur. Mereka kena betul2 berusaha untuk memansuhkan penempatan haram. Kalau ini berlaku di negeri PR, tentu UM buat coverage muka depan
5- MRR2 retak lagi . Inilah akibatnya kalau proses pembuatan jembatan tidak dilaksanakan secara telus. Mana yang saya kenal ... saya beri projek ini. Pandai atau tidak .. belakang cerita. Samy Vellu pun dah tak kecoh. " Bukan akau yang kena jawab " kata Samy. Saya percaya ada yang tak kena dalam hal ini selain daripada nak menyalahkan faktor keadaan semula jadi . Rasuah .... boleh jadi. BPR kena kerja lebih sikit
6-Pilihanraya Permatang Pauh : Selamat bertanding untuk kedua-dua calon. Khabarnya ada satu lagi parti politik akan meletakkan calon; selain daripada BN & PR. Nak pecah undi ... mungkin. Apapun selamat bertanding. Laporan yang berat sebelah sudah pasti akan kita tonton disemua media kerajaan. Nak tengok berita ... malas dah saya. Tak ada keseronokan
Shabery Cheek kata RTM akan membuat laporan yang adil untuk Pilihanraya Kecil tersebut. Adil yang bagaimana ? kena tanya Shabery Cheek. [ BN 90 % - PR 10 % ] . Itu adil pada Shabery Cheek
7-Ezam semakin "hebat" dibawah bendera UMNO. Selamat berjaya. Saya masih tertunggu-tunggu laporan rasuah yang dibuat dek Ezam dulu kepada pemimpin UMNO & BN. La ni bila dia dah masuk UMNO, semua laporan itu dah hilang. Mengapa GERAK tak follow up? Mungkin sebab dah disogokkan duit berjuta2. Banyak tu " JUTA-JUTA ". Mereka boleh beri kerana itu bukan duot mereka , tapi duit kerajaan. Apa nak risaukan. Tutup ketua dia dgn duit, maka segalanya boleh dibereskan.
8-Muhyiddin Yassin hanya tanding kerusi Naib Presiden. Saya tak tahu apa yang nak saya ucapkan. Bak kata sahabat saya... bila dah sampai keperingkat tertinggi, mereka hanya fikirkan survival diri sahaja dan bukannya rakyat kebanyakkan. Muhyiddin takut untuk mencabar Kalau dia kalah .. mungkin Dollah Badawi akan kekalkan jawatan menteri kabinet yang disandangnya sebagai hadiah kerana tak melawan serta akur dengan Pelan Peralihan Kuasa. Apa Nie ?????
Syauqie



