
1- Hari ini [ 14 July 2008 ] , Pakatan Rakyat seperti yang diwar-warkan akan mengemukakan usul undi tidak percaya atas pimpinan PM Pak Lah. Saya pun tak pernah tahu apa impak nya sekiranya usul ini diluluskan. Tetapi , susah sedikit kerana PR hanya ada 82 orang sedangkan BN ada 140. Sama-sama kita tunggu.....
2- Bermula sejak semalam , polis sudah mengadakan sekatan jalan raya yang tujuannya hanya pihak polis sahaja yang tahu. Sesak yang berterusan.... kami sabar. Daripada 5 lorong , jadi satu lorong , kami sabar. Ramai benar kereta yang potong barisan ... pun kami sabar. Alih2 bila sampai dibahagian sekatan polis .... bukan periksa apapun. Ada kawan saya kata .... macam bangla tengah kibarkan bendera nak perbetulkan jalan. Ha Tuan2 Polis ... kerja biar amanah. Apapun terima kasih la kerana bagi saya sampai rumah lambat dek penangan Road Block kamu semua.
3- " Anwar akan buat perhimpunan haram .... di Parlimen " kata Nazri Aziz. Tak tahu daripada mana sumber yang diberitakan, alih2 ada notis menghalang perhimpunan / perarakan dan yang sama maksud dengannya di bagunan parlimen dalam radius 5 km. Semua orang tak perlu berarak. Tengok TV ... kalau ada siaran langsung. Oh ya ... TV pun bukan boleh dipercayai.
4- Polis mesti ADIL. Bukannya menjaga punggung pemimpin BN sahaja. Apa yang BN cakap tak semestinya betul. Apa yang PR kata pun bukan semuanya benar. So, cik abang polis kita kena ADIL. Ada orang yang tak suka guna istilah ADIL.... kerana katanya nampak macam nak sokong Keadilan. So , boleh guna perkataan SAKSAMA. " Polis DiRaja Malaysia ... PDRM " bukannya " .... Polis Raja Di Malaysia ... "
5- Fikir2fikirkan .... dan tengok apa yang terbaik untuk anak kita.
Syauqie
No comments:
Post a Comment