Sunday, July 20, 2008

Merc E 200 - Kompressor


1- Disaat kita semua digalakkan berjimat , menabung , dan ada yang hampir mengikat perut untuk keperluan asas... kerajaan Terengganu membelanjakan hampir RM 3.43 juta untuk membeli 14 buah kereta Merc E 200 Kompressor untuk exco dan beberapa pegawai kanan kerajaan..... emm ... mewahnya

2- Mengikut berita harga kereta ini tanpa cukai ialah RM 245,000 sebuah . Ianya untuk menggantikan Perdana V6 - Excecutive yang telah digunakan hampir 4 tahun.

3- Bila saya lihat berita , dikhabarkan pembelian ini adalah untuk jangka masa panjang kerana ada kereta exco lama [ Perdana V 6 ] yang diselenggarakan lebih RM 50,000 sebulan. Saya cuma nak bertanya ... selenggara apa sehingga RM 50,000 sebulan ? Cuci minyak hitam ? Overhoul enjin ? Apa yang dibuat sehingga RM 50,00 sebulan ?

4- Memang bukan semua kereta diselenggara seehingga RM 50 ribu sebulan... tetapi fikirkanlah keperluan untuk berkimat.

5- Kepimpinan melalui tauladan. Bukannya nak menukar kepada kereta yang lebih murah ... malahan kepada yang lebih mahal. Aduhai pemimpin UMNO. Inikah yang dikatakan contoh .

6- Kalau ikutkan logik akal saya, inilah masa untuk kita semua menunjukkan bahawa kepimpinan negara bersama2 dalam mendengar rintihan rakyat jelata. Tapi, mereka bukannya terasa. Kalau minyak naik seringgit sekalipun, apa yang nak dirasakan. Semuanya ditanggung oleh rakyat... [ baca .. RAKYAT TERENGGANU ].

7- Kalau kepimpinan negeri Pulau Pinang bersungguh2 membatalkan pembelian KERETA PERDANA V6 BARU ...... Kerajaan Terengganu pulak sebaliknya. Entahlah...

8- Apa pun yang nak dikatakan, MB kena pertahankan keputusan kerana ianya dibuat secara musyawwarah. Kalau tidak ianya akan jadi modal pembangkang . ( ? ). Rasanya kepimpinan pembangkang akan lebih menghormati keputusan sebaliknya sekiranya tidak dibeli Merc E 200 ini. Tak tahulah sekiranya MB Ahmad Said menarik semula keputusan untuk membeli dan pembangkang membangkang keputusan itu... hah yang itu nyata pihak pembangkang hanya MEMBANGKANG.

9- Isu Liwat Anwar juga PM dah khabarkan yang Musa Hassan dan Gani Patail tidak akan terlibat secara langsung. Tidak terbabit langsung dalam siasatan katanya. Tetapi orang ramai pastinya tahu bahawa mereka akan memberikan arahan secara tidak langsung kepada pegawai penyiasat. Tak tahu kenapa PM Abdullah tidak menggantung tugas mereka berdua.....

10- "... NajibKomited terhadap pelan peralihan kuasa 2010 ... " . Tentulah najib komited sebab dia tak pernah melawan. Rekod Najib menaiki hiraki kepimpinan UMNO tak pernah melalui pertandingan. Semuanya .... disusun. Tak pernah bertanding untuk mana2 jawatan secara langsung .

11- Junjung tinggi kepada Sultan Mizan kerana dalam berita Hari Keputeraan Sultan ke 46 tahun ini dibuat dengan sederhana. Malahan tiada sebarang anugerah atau darjah kebesaran diberikan. Daulat Tuanku...

12- Adalah lebih baik Datuk Seri Syed Hamid Albar diam daripada memberikan sebarang komen dalam tindakan polis terhadap kes Anwar. Takut nampak tak bijak.... Kalau tak tahu, buat macam tak tahu. Biar polis buat kerja mereka dulu.

13- HKL kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ditelanjangkan dalam pemeriksaan kesihatan, manakala DSAI kata dia ditelanjangkan. Mana satu yang betul ? Ada pihak yang telah menipu dalam hal ini. Mungkin HKL dan mungkin juga DSAI. Allah maha mengetahui. Semoga diberi petunjuk dalam mencari kebenaran.

14-Bolehkah kerajaan mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 2.1 juta orang kepada 1.8 juta menjelang tahun 2010 ? Sebenarnya boleh kalau jabatan imegresan tidak ada segelintir pegawai2 yang menerima rasuah.... Jangan Terima Rasuah

15- 20 Sekolah Agama Rakyat [ SAR ] di Kelantan bakal diambil oleh kerajaan Pusat. Hishamuddin kena ikhlas dalam hal ini. Jangan jadi serampang dua mata. Ambik tapi tak ikhlas. Untuk kebajikan pelajar, biar ikhlas. Budak2 ni jangan dipolitikkan. PAS & UMNO kena jujur.

16- Saya tak berapa faham konsep Akademi Nasyid yang sekarang sedang ditayangkan di TV 9. Ala2 AF pun ada. Lagu2nya ... bukan semua Nasyid. Saya tak faham apa konsepnya . Mungkin lepas ni baru saya faham.

17- Dunia cyber ni memang menakjubkan. Kita boleh kenal orang daripada seluruh dunia dengan hanya melalui crian internet. Gunakan untuk kebaikkan , bukan sebaliknya.



No comments: