
1- Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa sedikit terkilan kerana usul undi tak percaya pada PM yang dibawa oleh PR ditolak oleh speaker. Dengan jumlah 82 orang , pemerintah kena ingat bahawa PR bukan pakatan yang tidak ampuh. Sepatutnya Parlimen digunakan untuk menilai sejauh mana pentadbiran negara digunakan untuk memberi impak yang besar kepada rakyat.
2- Mengapa ditolak ? Alasan2 teknikal yang digunakan oleh Pandikar Amin memang tidak difahami oleh orang kebanyakkan seperti saya. Parlimen perlu adil.... saksama. Beri kepentingan yang sama rata sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
3- Kalau parlimen tidak lagi dipercayai ... [ tetapi Pak Lah masih lagi percaya Parlimen untuk menyelamatkan beliau dan anak beranak ] ... maka apa kesudahannya.
4- Kebanyakkan usul yang tidak memihak kepada kerajaan DITOLAK. Kalau hak parti pembangkang untuk bersuara di Parlimen ditolak, maka ada sesuatu yang tak betul tentang pentadbiran kerajaan sekarang. Kalau dalam Parlimen hak pembangkang DITOLAK, apatah lagi hak mereka diluar parlimen. Kerana itu ada insiden2 dibawah dilakukan oleh " Polis Raja Di Malaysia ".... dan kawan2 nya
1) Tak boleh berhimpun. Kalau berhimpun jugak, dikira HARAM
2) Boleh mintak permit untuk berhimpun .... tetapi ... kita tak akan luluskan
3) Pilihanraya ..... tak berapa ADIL. SPR banyak menolong pihak pemerintah. Jangan lupa , SPR pun parti komponen BN yang tidak boleh mengundi.
4) TV 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7, 8, 9, 10 dan banyak lagi ... semuanya digunakan oleh BN untuk menunjukkan mereka sahaja yang maksum . Parti selain daripada BN semuanya tak betul
5) Kalau ada salah dalam PR, bogelkan dan telanjangkan mereka. Biar rakyat tahu. Kalau BN buat salah ....... mcm biasalah... jangan ada liputan.
5- Jahat sangatkah pembangkang tu wahai BN ? Adakah kalau pembangkang berkuasa di Malaysia , negara kita akan porak peranda ? Inilah mentaliti yang cuba ditekankan oleh parti pemerintah kepada kita [ sorry ... bukan aku ok ]. Hanya BN yang layak memerintah ..... mungkin relevan pada dahulu . Anak saya mungkin tidak fikir sebegitu. Sesiapapun yang memerintah Malaysia, negara kita masih seperti yang kita idamkan, Mereka bukannya ZIONIS . Mereka orang Malaysia , hanya label politik mereka berbeza. Objektif mereka masih sama ... berkhidmat untuk rakyat.
6- Untuk negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat .... berusahalah untuk memberi kabaikan kepada rakyat... tak kira apapun fahaman politik mereka. INGAT ... dalam negeri2 tu ada orang UMNO, MIC , MCA , PPP , dan mcm2 lagi yang mungkin tak menyokong saudara. SO ... berkhidmat untuk rakyat. Pastikan kebajikan rakyat dijamin. INGAT ... rakyat .. bukannya KRONI
No comments:
Post a Comment