Thursday, July 10, 2008

Kancil & Pandir ......



1- Saya ucap tahniah kepada Menteri Penerangan kita Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana sedia untuk berdebat mengenai isu minyak dengan Ketua UmumKeadilan DSAI; pada 15 Julai ini. Harap dapat disiarkan secara langsung dan tidak bias. Rakyat boleh menilai diantara kedua2nya yang mana satu tin kosong , dan yang mana satu penuh ilmu dan persediaan. Tak perlu ditentukan pada hari itu juga siapa yang menang dan siapa yang kalah. Biar rakyat yang membuat pilihan ; mengikut persepsi masing2.

Penyokong2 parti pemerintah tentu tidak akan percaya apa yang diucapkan oleh Anwar ; begitu juga sebaliknya. Akan tetapi ini berkaitan tentang salah satu sebab kos hidup kita naik mendadak. Anwar berjanji [ baca .... BERJANJI ] katanya kalau PR memerintah , harga minyak akan turun . Berapa ? 10 sen , 20 sen atau berapa ringgit ?

Kita ingin tahu apa mekanisme yang hendak dibuat oleh Anwar bagaimana nak mengurangkan bebanan harga minyak. Perdebatan yang hebat [ kalau berlaku ]. Tetapi janganlah beri masa hanya sejam kerana dua2nya tokoh yang bijak.

Kita percaya Shabery ada info2 yang boleh dikongsi mengapa kerajaan yang diterajui oleh cerdik pandai tak dapat nak mengurangkan harga minyak. Hemah saya , ini global issue. Singapura pun dikhabarkan telah menaikkan harga minyak mereka semalam. Tapi tak le macam Pak Lah kita.

Anwar juga punyai pengalaman dalam pemimpin kerajaan sebagai Menteri Kewangan [ 10 tahun yang lalu ]. Beliau kena ingat , keadaan pada masa itu mungkin berbeza dengan zaman sekarang. Tapi sekurang2 nya beliau ada sedikit inisiatif untuk mengurangkan bebanan rakyat yang semakin terjerut leher.

Pada pandangan Anwar , simpanan duit kerajaan mungkin ada sejumlah ini. Tetapi tidak pada pengetahuan Shabery. If both of them rely on the same issue and figure, saya percaya ada jalan penyelesaian.

Sekadar perumpamaan :

"Perbelanjaan bulanan Sammy Vellu sebulan mungkin 2 Ribu ringgit dengan pendapatan 4 Ribu sebulan. Tak mungkin dia dapat saving 3 ribu. Abdullah pula mungkin berpendapatan 4 ribu, dan belanjanya sebulan hanya 1 ribu. So ada kebarangkalian Abdulah dapat simpan 3 ribu.... " begitulah lebih kurang analoginya.

2- Jika Anwar nak buat laporan kepada JAWI sekalipun tentang isu fitnah beliau, biarkan. Let the truth come out. Fikir secara adil dan waras Sesiapapun berhak untuk dapat perlindungan , waima Najib dan Rosmah sekalipun.

3- Ada restoran2 disekitar Kuantan yang pendapatan tahunannya kurang 3 juta [ RM 3 , 000, 000 ] setahun tidak lagi dibenarkan untuk ambil 5 % cukai kerajaan. Baguslah. Kita harap ianya diperluaskan diuseluruh negara ; termasuk juga 10 % cukai perkhidmatan. Banyak benor.

4- Ada sesiapa yang boleh bagi tahu saya apa sebenarnya kerja Angkasawan Negara kita Dr. SMS nie ? Saya tengok asyik dok pakai baju biru dia dan sign autograph ? Bolehke diperluaskan sedikit ilmu yang dia ada mungkin bukan daripada segi angkasawan sahaja , tetapi tentang doktor perubatan.

5- Saya harap wakil rakyat dalam SAPP tetap setia pada amanat parti tentang isu undi tidak percaya kepada PM Pak Lah. Nak tengok apa impaknya terhadap Pak Lah. LA ni, Pak Lah kita relaks sikit sebab dia nampak macam budak baik diantara bebudak yang jahat & nakal [ Anwar vs Najib ]. Sekurang2 nya ada 2 negeri dah calonkan Pak Lah jadi Presiden. Tapi tak pe , kita tunggu perkembangan seterusnya.

Salam ; Syauqie Mohd Kharip
















No comments: