Salam,
1- Teori konspirasi untukmenjatuhkan Anwar Ibrahim semakin ketara. Bukti yang akan dan sedang dimanipulasi untuk sang pemerintah sedang berjalan. Pihak pemerintah sedang dan akan mereka cipta banyak lagi bukti setelah pendedahan surat pemeriksaan perubatan daripada PUSRAWI menunjukkan tiada sebarang tanda2 pengadu yang melaporkan telah diliwat.....
2- Cerita " Anwar Trial " oleh ABC [ 1998 story ] banyak memberikan penerangan & menimbulkan tandatanya oleh kita kerana banyak singkapan yang dikupas amat relevan pada pemikiran seorang yang mungkin jahil daripada segi undang2. Akan tetapi , mereka yang punya kuasa sukar menafikan kebenaran ini. Ayuh ... bangun dan tegakkan kebenaran
3- Saya percaya ada satu pihak yang BENAR dan satu pihak yang SALAH. Untuk mereka yang menyokong kerajaan pemerintah .... ANWAR terlalu hina & kesalahan liwat adalah sabit pada beliau. Untuk mereka yang menyokong ANWAR , tentulah kesalahan liwat itu sama sekali tidak benar , sama dengan episod 1998 ....
4- Saya .... mengambil pendirian yang sama ..... bukti & tuduhan terhadap ANWAR akan bersabit benar oleh mahkamah Malaysia. Maknanya ANWAR akan disabitkan kesalahan dalam apa jua pertuduhan. Tapi .... SATUPUN TIDAK AKAN SAYA PERCAYAI.
5- Tuhan kurniakan akal untuk kita berfikir... maka sama2 kita fikirkan. Masuk akalkah ? mengapa PUSRAWI mengeluarkan report sedemikian ? Apa laporan HKL terhadap pemeriksaan sipengadu [ maaf ... segan saya nak menyebutnya ... sebab kawan saya pun ramai yang bernama sedemikian ] , mengapa report polis terhadap ANWAR masih belum lagi dikeluarkan ? AMENO & Be End telah semakin takut .... Sama 2 kita tunggu kebenaran yang akan kita singkap tidak lama lagi...
6- Untuk TUN MAHATHIR ... teruskan menulis. Tun akan terus saya ingati sebagai salah seorang perosak sistem kehakiman Malaysia. Tun banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Sedarlah wahai TUN MAHATHIR... banyak sudah kesalahan Tun terhadap Anwar atas konspirasi tahun 1998. Hormat saya pada Tun hanya atas dasar orang tua ... tetapi sebagai pemimpin ..... saya hilang respect.... Sedarlah TUN sebelum terlambat. Walaupun tidak sempat untuk Tun pergi perbetulkan... sekurang2 nya Tun tahu Anwar tidak bersalah atas dakwaan 1998.
ps : adakah apa2 pangkat kebesaran yang boleh kita berikan kepada mereka yang telah bergelar TUN ? Apakah pangkat kebesaran yang lebih besar daripada TUN ?
Syauqie
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment